Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fattah Amin buat aksi romantik kepada Nur Fazura!

Isnin, 21 Ogos 2017

Wah dengar khabar yang Fattah Amin buat kejutan dengan memberikan jambangan bunga kepada Nur Fazura. Kejadian berlaku ketika Fazura selesai mempragakan rekaan jenamanya di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2017 (KLFW2017).

Ramai yang bersorak melihat aksi Fattah ketika itu yang dikatakan sangat romantik sekali. Tidak tahu ianya gimik atau mereka memang menjalinkan hubungan yang lebih jauh lagi.

Dan ini komen Fazura terhadap aksi Fattah itu.

Syafiq Kyle, Hannah Delisha berpelukkan (video)

Sabtu, 22 Julai 2017



Drama Mencintaimu Mr Photographer yang disiarkan sejak 3 Julai lalu mengundang padah apabila ia menimbulkan kemarahan orang ramai kerana adegan yang dipaparkan iaitu aksi berpelukan dilihat membelakangkan nilai murni seseorang Islam.

Karya adaptasi arahan Eyra Rahman lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha ini turut dikatakan tidak sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Isteri Aaron Aziz beri lampu hijau aksi mesra Soo Wincci!

Selasa, 18 Julai 2017

Dr Soo Wincci berharap tidak ada peminat yang salah faham apabila menonton aksi mesra dia dan Aaron Aziz dalam filem terbaharu mereka, Kau Yang Satu.

Soo Wincci, 31, berkata isteri kepada Aaron Aziz iaitu Diyana Halik sudah memberi lampu hijau untuk dia melakonkan babak seperti memegang, memeluk dan duduk di atas peha pelakon tersebut.

Video manja Sharnaaz Ahmad, isteri.. Apa pendapat korang?

Jumaat, 2 Jun 2017

Sharnaaz Ahmad baru-baru ini ada memuatnaik video kemesraan dengan isterinya, Noor Nabila. Kemesraan yang dirakam sendiri oleh Sharnaaz itu dan dimuatnaik ke dalam laman sosial itu mendapat pelbagai reaksi.

Ada yang bersependapat, video manja berkenaan tidak sepatutnya ditayangkan kepada umum lebih-lebih lagi di bulan Ramadan. Tidak kurang juga berpendapat, video mesra seperti itu lebih baik disimpan secara peribadi suami isteri sahaja.

Tapi Sharnaaz yang selalu bersikap lantang dan terbuka, selalunya tidak menghiraukan komen-komen seperti berkenaan.

Ruhainies berpegang tangan berpeluk mesra dengan Asyraf Aley? (gambar peluk)

Sabtu, 22 April 2017

Kamal Adli muatnaik video Emma-Aiman Hakim berpeluk... (Video)

Isnin, 13 Mac 2017

Emma Maembong bersedia andai lakonan babak romantik bersama aktor gandingannya Aiman Hakim Redza dalam filem Kimchi Untuk Awak menerima kritikan penonton.

Emma sedar perkara yang dilakukan itu adalah salah di sisi agama dan mengakui dalam proses untuk belajar memperbaiki diri menjadi seorang muslimah yang lebih baik.
"Saya bersedia terima nasihat atau kritikan penonton yang menganggap lakonan saya itu bertentangan dengan imej saya sebagai wanita berhijab.

"Saya sendiri akui ia memang salah, namun saya enggan komen tentang perkara itu kerana ia biarlah antara saya dengan tuhan sahaja," ujarnya kepada mStar Online.
Dan ini video Kamal Adli kekasih Emma yang memuat video berkenaan dengan aksi lucunya.

A post shared by K.A (@kamaladli) on

Yuna dipeluk Anderson, wow! (video)

Jumaat, 16 Disember 2016

Kejadian ini berlaku ketika Yuna menghadiri Soul Train Music Awards di Las Vegas baru-baru ini. Didalam video berkenaan, Yuna nampaknya sedang ditemubual dan tiba-tiba Anderson memeluknya.

Adi Putra akui boleh bersentuhan bila berlakon, TAPI....

Selasa, 18 Oktober 2016

Adi Putra mengakui dia langsung tiada masalah untuk bersentuhan dengan perempuan dalam lakonan tambah pula perkara itu tidak menjadi halangan dan dibenarkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
“Tiada istilah terpaksa. Apabila berlakon, terpulang pada kami. Kita hendak sentuh, kita sentuh. Kalau kita tidak mahu sentuh, jangan sentuhlah. Tidak ada [batas], cuma semasa drama ‘Cinta Si Wedding Planner’ orang tidak nampak bersentuh.”
Walaubagaimanapun Adi menegaskan yang dia tidak akan mencium dahi perempuan kerana tahu tentang batas-batas yang perlu dijaga.
“Cium dahi memang tidak boleh sebab sudah keluar dalam LPF. Kita tahu garis panduan,” katanya kepada Malay Mail Online.
Sebelumnya, pelakon ini pernah mengeluarkan kenyataan yang dia enggan berkongsi foto isteri kedua di laman sosial keran mahu menjaga hati ramai pihak.

Sekarang Adi juga sedang sibuk menguruskan agensi umrah yang dijalankannya sejak tiga tahun lalu, selain terus aktif dalam bidang lakonan.

Abby Abadi tegur pedas dengan Mas Idayu! PANAS..

Khamis, 29 September 2016

Beberapa hari lepas, Abby Abadi menerusi akaun Facebook miliknya bertindak untuk menegur seorang selebriti yang telah memeluk pelajar lelaki didalam program realiti Akademi Fantasia.

Ramai percaya bahawa teguran Abby itu ditujukan buat Mas Idayu dan ia mendapat perhatian orang ramai.

Yuna tuduh bangsa Melayu hina dirinya sebab isu peluk?

Ahad, 24 Julai 2016

Akibat penyanyi terkenal US, Usher memeluk Yuna di suatu persembahan, ramai yang memberikan komen negatif dan kritikan terhadap tindakan Yuna itu.

Namun Yuna berasakan dirinya tidak sepatutnya menerima kritkan dan komen negatif itu.

Tahniah Yuna.. Ops!

Rabu, 20 Julai 2016

Tahniah Yuna kerana telah berjaya menjadi artis ternama peringkat antarabangsa selepas kejayaan lagu Crush duet bersama Usher. Kalau korang nak tahu, lagu tu adalah lagu Top 10 di carta US..

(Tangan didada, mata keatas, jelir lidah)

Miera Leyana didukung oleh Afiq Muiz?

Selasa, 22 September 2015

Wah panas!, Miera Leyana dikatakan telah didukung oleh Afiq Muiz di KLIA baru-baru ini yang disaksikan oleh orang ramai.

Namun Miera menafikan itu adalah dia, dan orang yang didukung oleh Afiq adalah adiknya sendiri, Aisha yang secara tiba-tiba sesak nafas.

Uqasha Senrose, Iqram Dinzly buat adegan tidak senonoh?

Rabu, 9 September 2015


Uqasha Senrose Bermesra Dengan Iqram Dinzly Dalam Kapal Terbang
Dengar cerita ada khabar angin mengatakan yang ternampak Uqasha Senrose dengan Iqram Dinzly bermesraan di dalam kapal terbang. Kapal yang didakwa itu menuju dari bandar Kuching, Sarawak ke Kuala Lumpur menurut laporan sebuah akhbar tempatan.

Bukan itu sahaja, dakwaan itu melihat mereka membuat adegan melampui batas ketika perjalanan itu. Bagi Uqasha ianya sesuatu yang melampau dan mahu memburuk-burukan keadaan.
“Mustahillah kami mahu buat benda tidak elok, malah Iqram bukan budak-budak dia sudah lebih dewasa dalam hal ini. Saya anggap ini satu lagi fitnah, masalahnya kenapa tidak sudah-sudah,” -Uqasha

Gambar aksi peluk dan cium Zarina Anjoulie..

Rabu, 26 Ogos 2015

Sekali lagi Zarina Anjoulie membuat aksi panas di laman sosial apabila gambar berpelukkan dia dengan seorang jejaka yang tidak dikenali telah dimuatnaik olehnya.

Sepertinya mereka sepasang kekasih dan ianya bukan asing lagi buat Zarina dengan aksi begitu. Memang ramai yang mengkritik dan memberikan nasihat, tapi Zarina seperti enggan ambil peduli dan masih dengan pendirian sosialnya itu.

Mawar Rashid dikecam kerana gambar mesra bersama kekasihnya.. (3 gambar)

Ahad, 2 Ogos 2015

Apalah nak jadi dengan selebriti yang dikatakan masih beragama Islam tapi tak menjaga sensitiviti mejoriti Islam disekeliling ni kan. Terbaru Mawar Rashid dikecam peminatnya sendiri apabila memuatnaik gambar berpelukan mesra dengan kekasih hatinya.

Kecaman dan kritikan itu dilemparkan bagi tanda tidak setuju dan kurang senang dengan tindakan Mawar itu berbuat demikian kerana memandangkan mereka masih bukan muhrim.

Babak peluk Zul Ariffin dengan Ayda Jebat tak di tapis? (video)

Jumaat, 10 Julai 2015

Drama apa ni, tak dipastikan pula. Sepertinya drama tempatan. Yang jadi isu pula, kenapa babak-babak seperti ini tak lepas ek atau sebolehnya tak akan ada babak seperti ini.

Terkejut tengok, peluk pula tu, yang bab last tu yang hampir-hampir terkena.

Dengar dari sumber, ini adegan Ayda Jebat dengan Zul Ariffin dalam cerita M.A.I.D. OMG!

Aksi panas Remy Ishak, Izara Aishah

Jumaat, 17 April 2015

Bukan main lagi babak Remy Ishak dan Izara Aishah untuk filem Pilot Cafe. Salah satu babaknya adalah aksi mereka berasmara di tepi pantai. Filem arahan pengarah Osman Ali diadaptasi melalui novel Ahadiat Akashah.

Bercium sudah menjadi amalan kami berdua - Ozlyn

Jumaat, 10 April 2015


Ozlyn Wati memilih untuk berdiri di belakang suaminya iaitu Johan (Raja Lawak) apabila mempertahankan tindakan pelawak itu yang mencium bibirnya ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) Ahad lalu.

Ozlyn berkata, bercium telah menjadi amalan mereka di rumah dalam menyatakan rasa cinta terhadap satu sama lain dan ia mengeratkan hubungan mereka sebagai suami-isteri.

Ozlyn juga berasa pelik mengapa tindakan Johan dipertikaikan sedangkan mereka adalah suami-isteri yang sah dan ia diketahui oleh semua orang.

Malah dia pelik mengapa tiada pihak mengecam selebriti yang tidak mempunyai ikatan sah tetapi bergaul bebas dengan bukan muhrim pada malam itu. -petikan mStar
"Bukan saya sahaja yang dia cium di bibir malah empat anak-anak kami dia buat begitu dalam menyatakan rasa kasihnya pada kami.

"Mungkin pada orang lain aksi spontan Johan itu keterlaluan tetapi bagi kami ia biasa sahaja kerana memang itu amalannya,"

"Malam itu rasanya ramai artis lain yang tiada ikatan sah tetapi berpelukan dan berlaga pipi, tidak pula dijadikan isu.

"Kami yang mempunya ikatan sah pula menjadi perhatian dan mendapat pelbagai kecaman,"

"Saya ingatkan lama, cuma dua saat sahaja dan kami dituduh memberikan impak negatif kepada penonton terutamanya kanak-kanak.

"Ia berlaku terlalu pantas dan ia bukannya menimbulkan ghairah pun," -Ozlyn

Abby Abadi tak salahkan penyanyi Kpop berpeluk!

Rabu, 14 Januari 2015

Isu KPop yang melibat gadis bertudung menjadi bahan panas dan kontroversi yang menjadi perbualan ramai pihak. Selebriti juga ada yang memberikan pendapat mereka mengenai hal demikian.

Namun seorang selebriti Abby Abadi telah memberikan kenyataan sepertinya tidak menyalahkan golongan orang Korea berkenaan kerana mereka bukan tahu halal dan haram serta adat Malaysia.

Pesanan dari Azwan Ali kepada gadis kPop

Selasa, 13 Januari 2015


Pesanan Abang Azwan Ali yang cukup membina dan membakar semangat peminat kPop di Malaysia. Kuikui.