Ayda Jebat terima saranan untuk kahwin dengan Zul Ariffin!

Pada: Rabu, 20 Ogos 2014
Belumlagi berakhir cerita mengenai dua hero heroin Aku Rindu 200%, Zul Ariffin dengan Ayda Jebat ni. Terbaru Ayda mengakui yang dia menerima sepucuk email dari seorang peminat.

Kandungan email itu adalah untuk mahu melihat mereka berdua berkahwin dengan kadar yang cepat pada tahun ini.
"Peminat setakat ini suka akan gandingan kami walaupun ada juga yang membenci dek kerana watak saya yang sombong dan sangat degil.

"Saya menerima banyak respon daripada peminat terutama di laman sosial seperti Instagram yang kebanyakannya positif sahaja.

"Memang ramai yang mahu melihat kami berdua benar-benar bercinta walaupun di luar drama tapi paling hebat sampai ada yang personal emel saya sendiri berutahu mahu melihat kami bahagia dan berkahwin.

"Biasanya kami anggap ianya sebagai joke sahaja dan tak ambil pusing kerana itu yang perlu kami terima bila peminat benar-benar menghayati lakonan kami," -Ayda petikan portal Murai

Tag : , , , , , , , , ,