Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ucapan romantik, hadiah 'wow' dari Fazura buat Fattah Amin...

Jumaat, 15 September 2017

Pada jam 12 malam hari Rabu, Fattah Amin sudah genap berusia 27 tahun. Dan paling mengembirakan buat beliau, dia diraihkan rakan-rakannya dan juga oleh Nur Fazura.

Paling istimewa, Fazura ada membuat wish paling romantik buat Fattah Amin di Instagram miliknya. Dan dibalas sweet juga oleh Fattah Amin.

"Amin. Terima kasih yang paling manis. Terima kasih untuk hadiah," kata Fattah.

Menurut portal mStarOnline, Fattah juga menerima kejutan paling 'sweet' yang merupakan 50 kuntum ros merah dan kad ucapan berbentuk hati yang diberikan oleh Fazura.

Inikah kekasih Nur Sajat? jejaka berbadan sado..

Jumaat, 11 Ogos 2017

Nur Sajat buat kejutan apabila dia memuatnaik gambar dikatakan 'kekasih' hatinya. Jejaka berbadan sado itu dikenali sebagai nama Coach Yin.

Bagaimanapun Sajat mengakui lelaki itu adalah rakan lelaki paling rapat dengannya.

Fasha Sandha dedah hubungannya dengan Mukhlis.. rupanya...

Khamis, 10 Ogos 2017

Heboh jejaka yang rapat dengan Fasha Sandha sejak beberapa hari ini telah menjadi bualan sehinggakan info mengenai jejaka berkenaan di keluarkan.

Namun bagi Fasha, tidak dinafikan jejaka bernama Mukhlis itu adalah jejaka yang pernah menyatakan rindu pada dirinya. Mukhlis juga memanggil Fasha dengan nama 'Nur'.

Memetik BharianOnline, Fasha menganggap hubungan mereka sebagai seorang sahabat walaupun pemuda terbabit dilihat sanggup datang ke Kuala Lumpur dari Kelantan untuk berjumpa dengannya.

"Setakat ini, kami hanya berkawan. Benar, dia pernah menyatakan rindu pada saya, tetapi saya tidak membalas perasaan itu buat ketika ini. Kesibukan tidak memberikan ruang untuk saya rindu pada sesiapa, kecuali anak-anak saya.

"Saya hargai apabila dia menyatakan sanggup datang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan saya dan anak-anak, namun saya menerima perkara itu dengan positif.

"Panggilan Nur untuk saya pula mungkin kerana dia mahukan kelainan. Nama saya Nur Fasha Sandha, mungkin dengan panggilan itu, dapat membezakan dirinya dengan orang lain," kata Fasha

Soal jodoh, ini jawapan akhir Mira Filzah!

Rabu, 26 Julai 2017

Walaupun menjangkau usia 24 tahun, nama Mira Filzah menjadi kegilaan ramai lelaki diluar sana. Pun begitu, Mira juga buat masa ini masih mencari calon yang sesuai buat dirinya.

Namun soal jodoh bagi Mira bukanlah sesuatu yang terdesak cuma belum masanya lagi memikir hal itu.

“Saya tidak pernah tolak untuk berkasih-kasihan, saya juga tidak tolak untuk ke jinjang pelamin. Cuma jodoh saja belum tiba. Barangkali perjalanannya tersekat akibat kesesakan jalan raya. Saya teringin akhiri hubungan cinta dengan baik, tetapi masih menunggu”

“Tidak guna mendesak membuat keputusan demi kesenangan hati pihak lain. Saya percaya masa itu akan tiba jua, cuma bukan sekarang. Lagipun, tiada apa yang perlu dirahsiakan apabila bergelar anak seni. Lambat-laun peminat dapat hidu juga dengan siapa saya berkawan,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimana hubungan Emma, Kamal buat masa ni?

Isnin, 24 Julai 2017

Senyap je kan cerita pasangan dua merpati ni, Emma Maembong dengan Kamal Adli. Ada yang mengatakan yang mereka sudah berpisah dan ada juga yang mengatakan yang mereka tidak mahu menonjolkan sangat mengenai hubungan.

Dan ini jawapan Emma terhadap persaoalan yang timbul.

“Tiada perkembangan baru nak dikongsi mengenai saya dan dia. Kami masih bersama. Cuma pada ketika ini, masing-masing ingin memberi tumpuan untuk masa depan. Saya tak fikir soal kahwin lagi buat masa ini. Saya hanya ikut rentak hidup dan tiada tekanan”

“Jika diikutkan, orang pun sudah tidak hiraukan kisah huungan kami. Saya pernah mengeluarkan kenyataan, selagi tiada kenyataan rasmi atau status dikongsi di laman sosial atau saya sendiri bercakap mengenai kahwin, memang tiadalah,” jelasnya kepada Berita Harian Plus.

Adakah ini kekasih Fathia Latiff

Khamis, 22 Jun 2017


Menurut Miss K daripada portal AstroGempak, ada rakan beliau yang melihat Fathia Latiff begitu mesra dengan seorang lelaki yang segak dan berkepala botak di sebuah kedai makan. Malah, lelaki itu dikatakan adalah invidu yang sama dimana foto beliau dimuat naik oleh Fathia di Insta Stories.

Bukti Erra Fazira, Shahir sah bercinta (3 gambar)

Jumaat, 16 Jun 2017


Sebelum ini hanyalah gosip dan kata-kata sahaja, akhirnya Ahmad Shahir dan Erra Fazira tampil dengan pakaian sedondon di dalam sebuah majlis berbuka puasa bagi meraikan anak-anak dari Rumah Anak Yatim Fatimah Az-Zahra di Melaka.

Gambar ini sendiri dimuatnaik oleh Shahir di laman sosial Instagram miliknya. Namun yang menjadi perhatian pengikutnya, pasangan itu yang kelihatan malu-malu apabila gambar mereka dirakamkan ketika duduk di meja makan.

Ainul Aisyah dedah wajah buah hati barunya.. (4 gambar)

Rabu, 14 Jun 2017

Jejaka yang bersama Ainul Aisyah di laman sosial miliknya baru-baru ini telah menimbulkan persoalan siapakah gerangan lelaki ini. Memetik portal mStarOnline, Ainul berkongsi status sebenar gambar lelaki dikenali sebagai Khalid Redzuan itu di Instagramnya.

Fattah Amin sudah berjumpa keluarga Fazura, tidak tolak dijodohkan!

Isnin, 5 Jun 2017


Fattah Amin mngakui dirinya semakin rapat dan sedang dalam proses mengenali hati budi Fazura. Dalam tak disangka, memetik portal AstroGempak, Fattah sudah bertemu dengan keluarga Fazura untuk bersilaturahim.

“Terus terang buat masa ini kami senang untuk berkawan dan mula mengenal hati budi masing-masing. Saya dah jumpa keluarga Fazura begitu juga sebaliknya.

“Buat masa ini semuanya amat positif. Jadi untuk pergi jauh lagi, itu kuasa Allah. Kalau dialah jodoh saya, tidak salah untuk saya terima,”

“Dia seorang wanita yang sangat positif. Aura itu yang menyebabkan saya sedia untuk bekerjasama. Itu juga merupakan ciri-ciri wanita yang saya idamkan selama ini,” jelas Fattah dengan nada senyum.

Lagi gambar Mawar Rashid, Raf Yaakob bercuti di London (10 gambar)

Sabtu, 3 Jun 2017

Gambar mesra Mawar, Raf di London. Apa kata nitizen?

Khamis, 1 Jun 2017

Bukan main mesra lagi kedua merpati sejoli yang bercuti di London, Mawar Rashid dan Raf Yaakob. Untuk pengetahuan korang, Raf merupakan adik kepada penceramah, Fazley Yaakob.

Namun apa reaksi nitizen dan follower mereka yang melihat gambar ini?

Siapa wanita ini, kekasih baru Raja Afiq?

Rabu, 24 Mei 2017


Wah dengar khabar yang Raja Afiq kini rapat dengan seorang wanita jelita dimana gambar mereka bersama tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Raja Afiq juga turut meninggalkan komen romantik kepada wanita yang dipercayai bertugas sebagai pramugari sebuah syarikat penerbangan.

Namun wanita berkenaan sebenarnya adalah..

"Itu sepupu sayalah, kami memang rapat masa kecil tapi selepas itu terpisah, sekarang baru jumpa dan rapat balik.

"Nama dia Shafirah, berusia 24 tahun, saya sayang dia macam sayang kakak sahaja.

Kapsyen I Love You memang saya selalu komen untuk ahli keluarga yang rapat," ujar Afiq yang tidak memendam sebarang perasaan pun terhadap Sharifah n mStar Online.

Kekasih hati pelawak Dzawin yang cun (6 gambar)

Rabu, 17 Mei 2017


Pemenang tempat ketiga Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017), Dzawin semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat industri komedi tanah air.

Untuk pengetahuan, Dzawin memang gemar memberi kelainan dengan menyelitkan unsur dakwah dalam setiap persembahannya.

Apabila sudah popular, sudah tentulah ramai yang berminat untuk mengetahui kisah peribadi Dzawin termasuk status dirinya samada sudah mempunyai kekasih atau tidak.

Hakikatnya, Dzawin kini sudahpun berpunya dan sedang menjalin hubungan dengan gadis berumur 26 tahun bernama Fatih Puteri yang berasal dari Jogjakarta, Indonesia

Mereka difahamkan sudah menjalin hubungan cinta sejak 4 tahun yang lalu.

Malah, Fatih juga dilihat hadir semasa pentas akhir MLM2017 baru-baru ini sebagai tanda sokongan kepada teman lelakinya itu.

Pasangan sama cantik sama padan ini juga gemar bercuti dan mengembara bersama antaranya di Malaysia dan Singapura baru-baru ini.

Sufian Suhaimi dedah rahsia bahagia dengan Elfira Loy

Selasa, 2 Mei 2017

Kisah percintaan diantara Sufian Suhaimi dengan Elfira Loy diakui pasangan tersebut dimana setiap kontroversi dan gosip sedikit sebanyak membuatkan hubungan mereka berdua lebih rapat. Malah, menurut Sufian tidak menafikan yang dia mempunyai hubungan baik dengan ibu Elfira.

"Elfira adalah pendengar yang baik. Pengalamannya dalam industri seni banyak membantu saya menyusun langkah. Elfira banyak memberikan tunjuk ajar mengenai apa yang perlu dilakukan atau sebaliknya. Dia juga tempat saya meluahkan perasaan dan masalah. Keluarga saya dan Elfira tahu mengenai persahabatan kami. Hubungan saya dengan ibunya juga baik. Tetapi, rasanya terlalu awal untuk berbicara lebih jauh mengenai hubungan kami.

Kita tidak pernah tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Kami selesa berkawan dan membiarkan segala-galanya mengalir mengikut keadaan. Setakat ini, kami belum membuat apa-apa perancangan untuk membawa hubungan ini ke fasa lebih serius." kata Sufian memetik BharianPlus

Azrel Ismail akui sayang Ruhainies

Rabu, 19 April 2017

Azrel Ismail mengakui pernah meluahkan perasaan sayang kepada aktres Ruhainies. Menurut Azrel, ucapan istimewa itu hanyalah sebagai tanda persahabatan mereka yang telah lama terjalin.

"Sejujurnya saya memang menyayangi Ruhainies tapi kalau orang kata sayang kerana kami bercinta, itu salah sama sekali.

"Ungkapan tersebut hanyalah sebagai tanda sayang saya kepada seorang sahabat, sama seperti saya menyayangi teman-teman yang lain.

"Bagaimanapun, tentang soal jodoh dengan Ruhainies, saya tak fikir lagi sampai ke tahap itu. Kalau sudah tertulis ada jodoh antara kami, adalah," katanya kepada mStar Online.

Zizan buat lagu untuk Mira Filzah! (video)

Sabtu, 15 April 2017

Zizan oi, kalau dah suka tu dengan Mira Filzah tu p la cepat-cepat pinang. Banyak duit, kahwin lah cepat kan. Hehe.

Ini kah kekasih Fasha Sandha? (gambar bersama jejaka)

Selasa, 4 April 2017

Fasha Sandha sebelum ini ada mengakui yang dia kini rapat dengan seorang lelaki yang tidak diketahui identiti nya. Namun baru-baru ini, memetik portal HarianMetro, satu pendedahan telah dibuat dimana ada sekeping gambar dimana Fasha sedang bergambar dengan seorang lelaki yang disyaki teman rapat nya itu.

Buat masa ini, Fasha masih belum mengomen mengenai gambar berkenaan.

SnapChat: Mira Filzah terkedu dengar jawapan 'kaw' dari Zizan Razak

Rabu, 29 Mac 2017


Fasha Sandha bercinta dengan 'jejaka' ini?

Isnin, 27 Mac 2017

Dengar cerita, Fasha Sandha kini sedang rapat dengan seorang jejaka yang dirahsiakan identitinya sejak 6 bulan yang lalu. Dua anak Fasha juga pernah berjumpa dengan jejaka berkenaan untuk diperkenalkan.

"Kami masih dalam fasa berkawan lagi. Setakat ini, dialah lelaki yang paling rapat dan kami juga berhubung setiap hari. Saya juga sudah memperkenalkan si dia dengan dua anak.

Namun, saya belum bersedia untuk mendedahkan identitinya kerana belum dia belum menjadi teman istimewa lagi. Saya juga akan berkongsi mengenai dirinya jika hubungan kami sudah sampai pada tahap serius.

Saya tidak suka lelaki yang suka mendesak dan mengganggu ketenangan diri. Saya juga mencari lelaki yang memahami dan tidak suka bertanya banyak.

Maklumlah dengan tuntutan kerja ini saya memang dikelilingi ramai lelaki. Oleh itu, terimalah diri saya seadanya." kata Fasha memetik HarianMetro

Mawar Rashid, Raf Yaakob tengah bercinta ke? (4 gambar mesra)

Isnin, 6 Mac 2017

Timbul cerita dimana adik kepada penceramah dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob kini sedang rapat dengan Mawar Rashid (Mawar GST). Raf juga sebelum ini pernah dikatikan menjalinkan hubungan dengan pelakon Emma Maembong. Namun cerita dengan Emma itu hanya lah gosip sahaja, mereka menafikan menjalinkan cinta.

Kini Raf dikatakan sering memuat naik foto mesra bersama Mawar dengan ayat-ayat yang mengambarkan mereka sedang menjalin hubungan cinta.

Mengikut informasil, Emma dengan Mawar sebenarnya adalah kawan baik dan ada kemungkinan Emma juga yang 'rekomen' Mawar kepada Raf.