Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Akibat gambar seksi, akhirnya Zul Ariffin.....

Selasa, 4 Julai 2017

Dengar cerita akibat daripada gambar seksi Zul Ariffin di laman sosial miliknya, akaun Instagram beliau sudah digodam. Ramai peminatnya yang mengeluh dan menanyakan hal sedemikian.

Isu 'buka aurat' tidak disengajakan! - Zul Ariffin

Sabtu, 17 Jun 2017

Percutian beberapa minggu lalu Zul Ariffin di Sepanyol dengan memakai seluar pendek mendapat kecaman dan kritikan. Kini Zul tampil memberitahu wanita-wanita yang meminati dirinya bahawa ianya tidak disengajakan dan meminta maaf kerana terlepas pandang soal Aurat.

“Gambar itu tidak sengaja, saya memang selesa berseluar pendek. Saya akui saya terlepas pandang hal tersebut, saya minta maaf saya tahu benda itu melibatkan aurat dan saya tidak berniat untuk menayang aurat saya”

“Tapi saya tidak akan padam gambar tersebut kerana ia kenangan ketika saya bercuti, saya suka gambar itu. Walaubagaimanapun, saya berterima kasih kerana menegur saya dan saya tidak akan terlepas pandang lagi. Saya tahu dosa dan pahala,” jelasnya kepada m Star Online.

Edisi mengigit!. Zul Ariffin muatnaik gambar berseluar pendek

Sabtu, 27 Mei 2017

Haish. apa lah nak jadi dengan Zul Ariffin ni. Nak post gambar seksi pun, agaklah sikit. Tak pasal-pasal ramai yang dah kritik tindakan dia ni.

Apakah kesudahan kisah cinta Zahirah Macwilson, Zul Ariffin?

Jumaat, 7 April 2017

Hubungan yang dikatakan sudah tidak lagi ada selama ini diantara Zahirah Macwilson dengan Zul Ariffin terjawab apabila Zahirah tampil memberitahu mengenai hubungan mereka.

Buat Zahirah, hubungannya dengan Zul masih lagi terjalin dan tidak berlaku perpisahan di dalam percintaan yang mereka bina buat masa ini.

Zul Ariffin mengata siapa tu? tapi terkena balik?

Jumaat, 27 Januari 2017


"Bagi saya tidak perlu untuk berkepit setiap masa di set untuk mendapatkan chemistry."

Demikianlah kata-kata Zul Ariffin yang menegaskan dia tidak perlu 'berkepit' dengan pelakon wanita di set semata-mata mahu peroleh keserasian dalam lakonan.

Zul berkata dia dan mana-mana pasangan heroin tidak pernah melakukan rehearsal sebelum penggambaran bermula.

Zul Ariffn dedah kenapa dia tidak muncul setahun

Sabtu, 21 Januari 2017

Zul Ariffin berkata dia berasa lebih tenang dan kembali mendapat privasi selepas mengambil pendekatan menyepikan diri daripada dunia lakonan kira-kira setahun.

Zul tidak cemburu atau berasa kurang popular selepas perhatian peminat kini beralih kepada pelakon-pelakon lelaki lain.

"Ia bagus apabila kita tidak lagi menjadi tumpuan peminat, saya rasa lebih tenang kerana saya akui tidak semua orang boleh kawal perkara itu, saya sendiri tidak mampu mengawal populariti yang saya terima suatu ketika dahulu.

"Pada saya ia memerlukan kekuatan mental kerana ke mana kita melangkah sehingga nak masuk tandas pun ada yang ingin bergambar," ujarnya kepada mStar Online.

Zul Ariffn, Zarina McWilson putus cinta?

Rabu, 12 Oktober 2016

Dengar khabar memetik portal Utusan yang pelakon kacak, Zul Ariffin sudah putus cinta dengan kekasihnya Zahira McWilson.

Walaupun ramai tidak mengetahui mereka bercinta namun sumber ini mengatakan yang mereka berpisah disebabkan orang ketiga.

Tambah sumber itu lagi, ianya dikaitkan dengan Zul yang mempunyai kekasih baru dengan pelakon dari Singapura.
“Dari satu sumber, mereka dikhabarkan sudah pun memutuskan perhubungan tersebut. Cuma rasanya ramai yang tidak tahu tentang gosip ini kerana mereka bukan jenis yang canang satu kampung. Dengar cerita, punca perpisahan itu juga adalah kerana orang ketiga. Panas sungguh kisahnya apabila Zul dikatakan bermain kayu tiga dengan seorang pelakon wanita bertudung”

“Poklip pun buatlah kajian sikit. Sumber tersebut menyebut nama seorang pelakon berasal dari Singapura, sebagai wanita ?yang merampas cinta Zahirah. Poklip tidak berani hendak mengiyakan khabar angin tersebut, sebab macam rumit sungguh kisah cinta mereka ini. Mana tidaknya, Zul dikatakan sudah lama bercinta dengan pelakon itu walaupun sebelum ini menafikannya”

“Poklip tidak tahu mana satu yang betul. Disebabkan hubungan rahsia yang sudah lama terjalin di antara Zul dan pelakon wanita itu, Zahirah dikatakan membawa diri dan mengambil keputusan untuk putuskan saja hubungan tersebut. Harapnya cerita ini hanyalah khabar angin yang sengaja diungkit dan digembar-gemburkan,” katanya menerusi ruangan Pok Lip di Utusan Online.

Zul Arifin dikecam tayang badan di Majalah (3 gambar)

Selasa, 29 Mac 2016


Kan dah kena, jangan kerana duit dan populariti, maka agama tergadai. Zul lepas ni kena alert, biarlah model yang Non-Muslim je tayang macam ni, Zul pakai jubah ke, sarung ke, baju Melayu ke, sure ramai yang sokong. hehe.

Zahirah Macwilson dipanggil sial sebab..

Selasa, 8 Disember 2015

Kasihan juga melihat nasib Zahirah Macwilson apabila dia digelar sial, perampas dan lain-lain lagi sejak menjalinkan hubungan dengan Zul Ariffin. Zahirah mengulas lanjut mengenai hal itu dengan rasa sedihnya dan mahu berdiam diri selepas ini.

“Saya tidak mahu nampak menunjuk atau meraih simpati orang ramai dengan menunjukkan kesan cakar penculik di lengan dalam Instagram sebagai bukti membela diri. Begitu juga kisahnya gambar-gambar Ayda dipadam di Instagram Zul. Itu semua hak Zul bukan atas arahan saya, tapi entahlah, semuanya salah saya.

“Apa sahaja kenyataan saya, mereka (pembenci) akan tukarkan ia menjadi negatif. Jadi, lebih baik sekiranya saya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Mula-mula, saya sedih juga baca komen-komen pembenci”

“Sebagai contoh ada yang kata saya sial, sengaja mencederakan diri dan sebagainya. Kalau boleh, saya tidak mahu kontroversi yang terjadi menggugat minat saya untuk terus berlakon,” jelasnya kepada Kosmo! Online.

Bekas kekasih sambut harijadi dengan ibu Zul Ariffin

Khamis, 3 Disember 2015

Baru-baru ini bekas kekasih Zul Ariffin, Gayatri Su-Lin Pillai telah memuatnaik gambar sambutan hari lahir di Instagram bukan saja bersama Zul, malah ibu Zul sekali.

Walaupun sudah putus tapi dengan cara ini hubunga mereka nampak rapat sebagai kawan. Mungkin inilah cara terbaik buat mereka, bukan putus cinta tak mahu menegur lagi, namun menjadi kawan baik yang tidak disangka-sangka.

Zul Ariffin padam gambar Ayda Jebat, ini komen Ayda..

Khamis, 19 November 2015

Dengarnya Zul Ariffin telah memadam gambar dia dengan Ayda Jebat yang pernah digosipkan satu masa dahulu.

Dan ini komen Ayda mengenai hal itu.
“Saya tidak ada masalah atau mempunyai sebarang hal kerana akaun Instagram hak miliknya. Jadi mungkin dia ingin mengemas kini akaunnya dan membuang apa sahaja yang dirasakan tidak perlu,” -Ayda
Selain itu, Ayda menyatakan dia tidak mempunyai masalah untuk berganding bersama Zul dalam mana-mana drama bagaimanapun ketika ini jadual mereka masing-masing padat

Kereta mewah hadiah Gayatri dipulangkan semula Zul?

Isnin, 16 November 2015

Episod putus cinta diantara orang kuat Astro, Gayatri Sue Lin dengan pelakon kacak, Zul Ariffin sudah diketahui minggu lalu.

Namun ada sumber yang memetik laporan Metro Ahad memberitahu, hadiah yang pernah diberikan oleh Gayatri satu masa dahulu sekitar Oktober 2014 iaitu kereta Maserati berharga RM200,000 lebih itu dipulangkan semula oleh Zul baru-baru ini.

Komen Ayda Jebat mengenai hubungan Zul-Zahirah

Ahad, 15 November 2015

Nama Ayda Jebat pernah kedengaran mesra bersama Zul Ariffin satu masa dahulu melalui lakonan bersama dalam drama Rindu Awak 200% terdahulu, namuun bagi Ayda, dia tidak mempunyai masalah jika Zul dan Zahirah Macwilson kini menjalin hubungan dan menyifatkan ia adalah hak peribadi pelakon lelaki tersebut.
“Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang hal itu kerana ia tiada kena-mengena dengan diri saya. Saya dan Zul hanya mesra di set penggambaran. Malah di luar set ketika sedang melepak, kami bergurau kasar dengan membahasakan diri masing-masing sebagai ‘aku dan kau’”

“Dengan siapa Zul mahu menjalin hubungan, itu adalah hak peribadi dia. Saya bukan siapa-siapa untuk menghalang dia. Ingin ditegaskan, saya dan dia hanya rakan sekerja. Tidak lebih daripada itu,” jelasnya kepada Kosmo! Online.
Selain itu, Ayda Jebat mendoakan agar Zul dan juga pasangannya baik-baik belaka dan tidak mahu campur tangan di dalam urusan perhubungan mereka berdua.

Sudah putus dengan Zul Ariffin.. Ini komen Gayatri..

Rabu, 11 November 2015

Zul Ariffin memang ada buat gempak baru-baru ini berkait rapat dengan pelakon, Zahirah MacWilson. Dan ramai yang tak tahu kesudahan cinta diantara Zul dengan Gayatri Su-Lin Pillai.

Dan akhirnya cinta mereka sudah putus, namun bagi Gayatri, dia enggan mengulas apakah sebab dan punca mereka putus. sebab agama? sebab wanita? masih dalam tanda tanya..

Kantoi dah pegang tangan Zul, Zahira.. (2 gambar)

Rabu, 4 November 2015

Memang tak dinafikan lagi kalau melihat gambar ini hubungan yang terjalin diantara Zul Ariffin dengan Zahira MacWilson.

Gambar yang beredar ini dikatakan tangan kedua-dua selebriti berkenaan yang sempat ditangkap oleh seorang individu tidak dikenali.

Namun bagi kedua-dua selebriti ini, mereka masih lagi berkeras untuk menafikan yang mereka kini sedang bercinta.

Ha ha ha. kan dah kantoi.

Zul Ariffin, Zahira Macwilson keluar berdua lagi.. (4 gambar)

Rabu, 28 Oktober 2015

Tidak dinafikan lagi hubungan diantara Zul Ariffin dengan Zahira Macwilson kini sangat rapat. Mereka mula rapat sejak bekerjasama untuk sebuah drama 'Mr London Ms Langkawi'.

Baru-baru ini mereka berdua telah muncul di Tayangan Amal Travelling Beruang yang diadakan di TGV Mines Shopping Mall, kedua-duanya juga turut dilihat muncul bersama bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap kempen Travelling Beruang yang dianjurkan oleh TV3 sejak beberapa bulan lalu.
"Saya bukan mengelak. Apa yang boleh saya katakan, kami berkawan rapat. Saya tidak mahu berkongsi terlalu banyak maklumat kerana kami hanya berkawan. Kalau apa yang peribadi, biarlah saya simpan sendiri,"

"Saya dan Zul sama. Dia juga jenis terbuka seperti saya," -Zahira petikan portal MediaHiburan


Dating dengan Zul Ariffin, ini komen Zahirah.. (2 gambar)

Isnin, 28 September 2015

Dengar khabar pelakon hensem, Zul Ariffin tengah rapat dengan pelakon Zahirah MacWilson dengan tersebarnya gambar curi yang menunjukkan mereka bersama-sama bersiar di sebuah shopping mall One Utama.

Namun bagi Zahirah, hubungan dia dengan Zul hanya kawan biasa dan tak lebih dari itu memetik portal mStar semalam.

Babak peluk Zul Ariffin dengan Ayda Jebat tak di tapis? (video)

Jumaat, 10 Julai 2015

Drama apa ni, tak dipastikan pula. Sepertinya drama tempatan. Yang jadi isu pula, kenapa babak-babak seperti ini tak lepas ek atau sebolehnya tak akan ada babak seperti ini.

Terkejut tengok, peluk pula tu, yang bab last tu yang hampir-hampir terkena.

Dengar dari sumber, ini adegan Ayda Jebat dengan Zul Ariffin dalam cerita M.A.I.D. OMG!

Pu**mak punya Zul Ariffin -Peminat

Selasa, 21 April 2015


Peminat Dakwa Zul Ariffin Poyo
Dengarnya ada seorang peminat yang telah tidak berpuas hati dengan Zul Arifin. Tambahannya lagi dia menyesal menyokong kerjaya Zul sehingga menang anugerah di ABPBH yang lalu.

Punca dakwaan ini keluar disebabkan keengganan Zul untuk bergambar bersama. Bahkan kesungguhan mereka mengomen juga membuktikan mereka ikhlas dalam mengundi Zul tapi sebaliknya yang mereka dapat. Sehinggakan memaki hamun Zul melalui laman sosial mereka dan membuatkan mereka kini membenci Zul.

Gambar komen itu sempat di snapshot melalui sebuah blog hiburan tempatan.

Zul Ariffin, Gayatri bercuti ke pulau Bali (6 gambar)

Khamis, 19 Mac 2015

Tak dipastikan samaada Zul Ariffn dan kekaishnya, Gayatri Su Lin bercuti di Pulau Bali adalah berdua atau dengan kawan-kawan atau ahli keluarga mereka. Yang penting kita berfikiran positif sahajalah kan.

Untuk informasi lain, Zul juga belum lagi mahu berniat untuk berkahwin pada tahun ini, ini berikutan kesibukan kerjanya yang amat padat.