Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Naz mohon maaf!, rupanya ini yang dia ingin sampaikan...

Isnin, 18 September 2017


Pengacara TV3, Naz memohon maaf andai ada perkataan yang diluahkan di laman Twitter miliknya mengenai isu mati syahid menimbulkan perasaan kurang senang netizen.

Mmemetik portal mStarOnline, Naz apa yang diluahkannya itu bukan untuk mempertikaikan kenyataan 'mati syahid' tersebut.

Sebaliknya, dia mahu pihak yang menguruskan pusat pendidikan mengutamakan keselamatan pelajar dan tidak terlalu mudah memberi alasan bagi menutup sesuatu kejadian.

Keadaan terkini Mazidul Akmal Sidek (wajib tonton)

Rabu, 19 April 2017

Tangan pengacara WHI melecur semasa Live akibat kena air panas

Isnin, 13 Mac 2017


Kasihan pengacara ini terkena air panas ketika membuat menu masakan. Namun ramai yang susah nak percaya dan ada juga memberikan kata-kata semangat untuk pengacara ini di ruangan komen Youtube.

Pakai baju ATM, Kan dah kena!

Rabu, 15 Februari 2017

Pihak penerbitan rancangan hiburan Mentor Milenia milik TV3 memohon maaf kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung pemakaian baju bercorak celoreng salah seorang penyanyi yang terlibat dalam program berkenaan iaitu Hazama.

Menerusi kenyataan kepada mStar Online, pihak produksi rancangan berkenaan itu menjelaskan bahawa mereka tidak berniat untuk memperkecilkan tugas badan berunifom itu kepada masyarakat dan negara.

"Syarikat penerbitan rancangan Mentor Milenia, Primeworks Studios Sdn Bhd memohon maaf kepada Angkatan Tentera Malaysia dan semua pihak yang tersinggung atas pemakaian baju celoreng oleh salah seorang daripada mentor rancangan tersebut.

"Kami ingin memaklumkan bahawa pemakaian baju celoreng oleh Hazama ketika berlangsungnya Konsert Mentor Milenia pada 12 Febuari 2017 tidak sama sekali berniat untuk memperkecilkan tugas dan pengorbanan ATM kepada masyarakat dan negara," ujar wakil produksi.

Dalam pada itu, pihaknya juga mengakui kurang peka dengan situasi yang melibatkan ATM.

Berikutan insiden ini, mereka berjanji untuk memberi peringatan kepada semua krew produksi termasuk selebriti jemputan untuk memastikan perkara seperti ini tidak akan berulang di masa akan datang. -mStarOnline

Azlee dedah kenapa Senario belum 'terkubur' lagi..

Isnin, 6 Februari 2017

Kumpulan Senario mengakui bahawa kumpulan itu masih wujud dan mereka tidak pernah mengundurkan diri dari dunia hiburan tanah air.

Menurut pelawak Azlee berkata, ramai beranggapan bahawa kumpulan itu sudah berkubur kerana kewujudan mereka sudah tiada lagi di mana-mana rancangan sejak tidak bersama TV3 kira-kira tiga tahun lalu.

"Sebenarnya kumpulan kami masih wujud dan tidak menghilang dari dunia hiburan.

"Kami sebenarnya masih aktif namun mengakui sejak tidak lagi bersama TV3 kira-kira tiga tahun lalu tawaran yang diterima semakin berkurangan.

"Kumpulan Senario sudah bertapak selama 20 tahun dalam industri namun akibat daripada kekurangan tawaran kami dikatakan sudah berpisah sebenarnya perkara itu tidak betul.

"Senario sebenarnya masih ada seperti yang anda kenal dan kami tidak pernah mengundurkan diri cuma tidak banyak peluang yang kami dapat sejak tidak lagi bersama TV3," kata Azlee memetik AstroGempak.

Anas Mentor 6 selamat berkahwin (34 gambar)

Ahad, 23 Oktober 2016


Naib juara Mentor musim keenam, Anas Ridzuan, 27, sah bergelar suami kepada Ana Syuhada, 25, yang juga bekas peserta program realiti berkenaan tepat pada pukul 10.17 pagi semalam.

Bertempat di Masjid Seksyen 7, Shah Alam, bekas protege kepada Faizal Tahir dan Ramlah Ram itu masing-masing secocok mengenakan persalinan sedondon berwarna hijau ketika melangsungkan majlis pernikahan yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

Komen penuh Ally Iskandar ceraikan isterinya..

Ahad, 21 Ogos 2016

Ally Iskandar mengesahkan telah bercerai talak satu dengan isterinya, Nurfarahin Romli pada 17 Ogos lalu.

Ally menerusi status di laman Facebooknya pada Jumaat menjelaskan lafaz cerai itu dibuat dihadapan Hakim Syarie, Azeeman Omar di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Azwan Ali komen pengacara MHI tarik hingus..

Jumaat, 4 Mac 2016

Tarik Hingus Ketika Siaran Langsung, Pengacara MHI Kena Maki Azwan Ali
Sekali lagi Diva AA Azwan ali menimbulkan kontroversi, kali ini mangsanya adalah salah seorang wanita pengacara program MHI di TV3.

Difahamkan selain daripada orang ramai yang 'jijik' melihat aksi pengacara wanita itu rupanya Azwan Ali juga tidak ketinggalan menonton rancangan tersebut. Rupanya ramai yang perasan pengacara wanita tu asyik tarik hingus.

Kisah menarik sebelum Zaim Helmi HMI bernikah.. (2 gambar)

Selasa, 29 Disember 2015

Pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3, Zaim Helmi, 29, dan Nurdamia Mohamed Nasir, 28 selamat diijab kabul di sebuah hotel di Ampang, pada jam 10.53 pagi, Jumaat lalu.

Zaim menyerahkan mas kahwin serta lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak perempuan.

Majlis persandingan kedua mempelai berkonsepkan moden tradisional diadakan di Laman Kayangan, Seksyen 7 Shah Alam, pada Sabtu.

Sebelum ini mereka bertunang selama lima bulan. Dan dalam tempoh itu, mereka juga hanya dua kali bersua. -petikan portal Bharian

Sekitar Pernikahan Hazlin Hussain, Mir Abdul Malek Raiyani (70 gambar HD)

Rabu, 23 Disember 2015

Neelofa tersentap dikhabarkan bakal jadi isteri ke-3

Isnin, 23 November 2015

Neelofa tersentap apabila sebuah portal berita menyiarkan tajuk dimana dirinya redha dengan menjadi isteri ke-3.

Walaupun ianya sebuah drama namun bagi Neelofa memetik Facebook miliknya agak terkilan dengan tajuk berkenaan yang seakan-akan dirinya akan berbuat demikian.

Biasalah Neelofa, nak gempakkan beritakan kenalah tajuk yang hot sikit.

Pra-perkahwinan personaliti TV3, Hazlin & Mior Abdul Malek (7 gambar)

Isnin, 16 November 2015

Pengacara program 999, Hazlin Hussain, dengan tunangnya yang juga pembaca berita TV3, Mior Abdul Malek Raiyani bakal disatukan pada 12 Disember ini dan memilih Eropah sebagai lokasi bulan madu. -gambar Sixuca Wedding Photography.

Sekitar pernikahan pengacara Nadia Annuar (48 gambar)

Jumaat, 13 November 2015

Pengacara TV3, Nadia Annuar selamat menjadi isteri kepada pasangannya, Hafiz Salleh semalam. Mewah dan berseri majlis yang dilakukan ini. -gambar Instagram DianaAnnuar

Penampilan Normala Samsudin terkini (6 gambar)

Isnin, 24 Ogos 2015


Alhamdulillah, sekarang dalam usia 51 tahun, Normala Samsudin kini sudah berhijab penuh. Dan ini komennya mengenai kehidupannya sekarang yang memetik portal mStar semalam

Program Da'i Milenia ke-3 dikecam dan ada perbuatan 'haram'

Selasa, 18 Ogos 2015

Rancangan realiti Da’i Milenia Musim Ketiga terbitan TV3 dikatakan sudah terkeluar bukan saja daripada daripada batas susila budaya, malah terkeluar daripada batas-batas Islam, sedangkan pesertanya adalah individu yang bakal digelar ‘Pendakwah Milenia’.

Ismaweb.net telah menerima beberapa e-mel dan maklumat daripada orang ramai yang terkejut selepas mereka menonton Episod Pertama yang disiarkan oleh stesen televisyen TV3 hujung minggu lalu.

Sementara memuji usaha TV3 dalam melaksanakan rancangan berbentuk keagamaan bagi melahirkan lebih ramai pendakwah, mereka juga kesal dengan beberapa acara yang disediakan untuk diikuti oleh peserta Da’i Milenia Musim Ketiga itu.

Zuan Azmi digantung kerja gara-gara muatnaik gambar PM..

Isnin, 17 Ogos 2015

Akibat dari memuat naik satu gambar menghina Perdana Menteri, Najib Razak di Instagram, seorang wartawan dan juga Penolong Penerbit rancangan Melodi dikatakan telah digantung tugas.
Namun, menurut Free Malaysia Today, laporan pergantungan tugas ini masih belum disahkan secara rasmi oleh Media Prima.
Zuan Azmi atau Zuanbikinpanas sebelum ini telah memuat naik sekeping gambar Najib Razak yang telah diedit.

Farah Lee ulas setahun melahirkan anak sulung.. (gambar)

Sabtu, 8 Ogos 2015

Isteri Ally Iskandar, Farah Lee telah selamat melahirkan anak sulong mereka tahun lalu. Dan anak itu dah pun membesar setahun, kini Farah sempat berkongsi meluahkan pengalamannya sepanjang bergelar ibu dan isteri di laman Facebooknya semalam.
Exactly ONE year ago.

Terima kasih Allah pinjamkan seorang hamba pada kami suami isteri. MashaAllah Maream cerdik sangat, cepat belajar, kuat makan dan very cheeky pandai hiburkan orang, cuma kadang-kadang angin kuskus dia datang, omma rasa nak bungkus masuk perut balik hah

To Maream, terima kasih sebab ajar Omma jadi monster 😅. Only now I realised that I actually have ten multi-functional hands. Omma minta maaf sebab I am far from perfect to be a good mom to you. Kadang Omma garang, tapi banyak masa Omma sayang. Tapi omma janji to protect you all the time, cuma kalau ada lipas terbang, Omma terpaksa surrender haks

Omma tak minta banyak, omma cuma nak Maream hidup untuk tunaikan janji pada Tuhan. Moga omma dapat pulangkan Maream, dalam nikmat iman dan islam.

Happy Birthday Maream Esabel binti Ally Iskandar. Saranghae banyak banyak

Cantiknya pelakon, pengacara tv, Mira Filzah (36 gambar)

Isnin, 29 Jun 2015

Cantiknya pengacara dan pelakon, Mira Filzah ni. Sebelum ni Mira pernah menjadi pengacara KLTV kt Hypptv dengan Ammar Titan, kemudia berlakon di layar perak, drama Eksperimen Cinta dgn Izreen Azminda kat TV3 tu, dan yang terbaru menjadi pengacara untuk program realiti, QARI Junior di tv3/tv9.

Berita TV3 dikecam orang Sabah sebab..(PANAS)

Isnin, 15 Jun 2015


Ni lah berita TV paling express, amik dari je laman sosial dan banyak sponsor iklan. Dah bosan. Lihat Awani dan RTM lagi bagus.

Ogy A. Daud sindir Zahida Rafik guna botox (mesti baca)

Sabtu, 25 April 2015

Dalam rancngan Ya Ke yang ditayangkan baru-baru ini di TV3 ada mana host rancangan berkenaan iaitu AG dan Ogy Ahmad Daud telah digandingkan bersama untuk setiap tetamu selebriti yang berbeza setiap minggu, rancangan ini sebenarnya adalah sesi soal jawab secara spontan.

Namun jemputan selebriti seperti Zarina Zainuddin, Jasmin Hamid, Maria Farida, Zahida Rafiq, Sherry, Kilafairy dan Adira. Sehinggalah giliran Zahida yang ditanyakan oleh Ogy dengan soalan panas dimana dia kerap dihubungkaitkan dengan golongan VVIP.

Sehinggalah soalan paling panas bertanyakan soal botox yang ditujukan oleh Ogy kepada Zahida. Zahida menjawab persoalan itu, namun dipotong oleh Ogy dengan ucapan, ''bukan ke menggubah ciptaan maha pencipta itu berdosa besar' bahkan Ogy dikatakan bangga kerana wajahnya tidak menggunakan botox, tapi neutral.

Siapa tidak termakan hati dengan kenyataan Ogy seperti ini kan. Dah lah live.. -gambar Forum Cari