Aaron Aziz buka kafe sendiri (6 gambar)

Pada: Rabu, 23 Julai 2014
Dengarnya pelakon, Aaron Aziz kini telah berjinak-jinak dengan membuka perniagaannya sendiri berbentuk kedai makan ala kafe.

Menurut portal MediaHiburan, nama kafe tu adalah Kidz @ Creme yang terletak di Setia Alam dengan usia penubuhannya sudah sebulan yang lalu.

"Alhamdulillah, ini satu lagi impian saya untuk membuka restoran yang berbentuk kafe. Istimewanya, kafe ini turut menyediakan ruangan berkonsepkan dapur khas untuk anak-anak yang datang bersama ibu bapa mereka. Sebab itu saya namakan kafe ini sebagai Kidz & Creme," -Aaron
"Sepanjang Ramadan ini kita menyediakan hidangan berbuka puasa berbentuk bufet. Dan selepas hari raya nanti, kafe kita akan beroperasi seperti biasa iaitu 12 tengah hari sehingga 9.00 malam untuk hari bekerja kecuali Isnin dan pada waktu hujung minggu sehingga jam 10.00 malam,"

"Sepanjang Ramadan ini boleh dikatakan setiap hari dia akan datang kafe. Dia tidak mahu duduk diam sebaliknya dia juga sibuk bekerja menjadi pelayan. Kalau nak tahu, dia sangat pentingkan kebersihan. Dan dia sangat cerewet tentang hal itu," -Diyana

Tag : , , , , , , ,