Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Komen nakal Zizan untuk Ozlyn mengenai Nasi Lemak

Khamis, 13 April 2017


Baru-baru ini, Ozlyn mengucapkan terima kasih kepada Zizan Razak kerana mengingatkan suaminya Johan untuk membawa nasi lemak pulang ke rumah. Ozlyn terharu kerana apabila Johan pulang walaupun penat, sempat juga bawa pulang dan hidang nasi lemak padanya dan keluarga.

Komen Ozlyn itu juga di balas oleh Zizan. Komen nakal dan lawak dari Zizan itu berjaya mencuit hati ramai followers di twitter dan IG.

Ekin geli bila Mawi makan makanan ini... (3 gambar)

Khamis, 3 November 2016


Mawi menceritakan pengalaman ketika terlibat dalam program dokumentari kembaranya di kawasan luar bandar di mana memaparkan pengisian yang unik seperti memakan landak dan juga telur belangkas.

'Fizo Omar Kurang Ajar'! - Rosyam Nor

Khamis, 28 April 2016

Isu sambal Fyn Jamal, apa yang terjadi?

Jumaat, 22 Januari 2016



Fynn Jamal didakwa tiru 'Ibu Sambal' dan tak ikhlas minta maaf

Penyanyi lagu popular, Arjuna Beta, Fynn Jamal, kini sekali lagi menjadi bualan netizens apabila kisahnya dan “Ibu Sambal” tersebar secara meluas.

Semuanya bermula apabila satu keratan perbualan Whatsapp menjadi viral. Melalui perbualan Whatsapp itu, difahamkan seorang individu mendakwa Fynn Jamal meniru produknya yang bernama Ibu Sambal.

Restoran Fizo dikritik pedas.. ini jawapan Fizo

Sabtu, 9 Januari 2016

Pelakon Fizo Omar menganggap ulasan sebuah blog yang mengkritik tentang makanan dan perkhidmatan di restoran miliknya iaitu FizoMawar Kitchen mengenai perkhidmatan terlalu lambat dan makanan tidak seperti diharapkan adalah tidak boleh diterima sekali.

kritikan itu memberi persepsi buruk kepada perniagaannya yang baharu sahaja beroperasi selama tiga minggu.

"Saya bukan tidak boleh terima kritikan orang ramai tentang kelemahan restoran saya tetapi cara penulisan dan niat sebuah blog dalam ulasannya baru-baru seperti berniat tidak baik.

"Kita boleh baca penulisan tersebut dan menilai niat penulis itu untuk menegur. Apa salahnya dia menegur dengan cara yang lebih baik seperti menghantar e-mel atau mesej peribadi kepada saya," -Fizo petikan portal mStar

Restoran FizoMawar Kitchen yang terletak di Bandar Baru Bangi dilancarkan secara rasmi pada 15 Disember 2015.

Aksi sempoi Mamat Khalid, MB Zambry (5 gambar)

Jumaat, 16 Oktober 2015

Pengarah Mamat Khalid semalam telah mengunjungi rumah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir. Paling unik mereka makan malam mee rebus sambil bersila di meja ruang tamu.

Memang sempoi dan bersahaja aksi mereka berdua, takde protokol sangat.

Sedapnya Awal, Scha pergi makan seafood, kat mana ni? (4 gambar)

Khamis, 8 Oktober 2015

Scha al Yahya dan suaminya, Awal Ashaari telah pergi makan di restoran Shell Out di Kota Damansara, restoran ala seafood paling terkenal. Lihat makanan mereka, sungguh mengeliurkan. -Facebook Shell Out

Azwan Ali bakal ke Negara Syurga! ko mampu! (5 gambar)

Khamis, 1 Oktober 2015

Azwan Ali aka Diva AA bakal pergi ke negara Brunei Darussalam dengan undangan khas untuk satu demonstrasi memasak rendang.

Paling membingungkan apabila ada caption bersama-sama peminatnya dan negara yang digelar negara Syurga. Nah? ko mampu?

Lokasi acara ini adalah di Tutong pada 3hb Oktober 2015 (Sabtu) dan 4hb Oktober 2015 (Ahad) untuk menyaksikan live demo masakan rendang Azwan Ali dan berselfie bersama-sama. -Gambar Forum Cari

Neelofa makan 'siput babi'? (gambar)

Isnin, 3 Ogos 2015

Isu Neelofa Makan Siput Babi
Dek kerana sekeping gambar makanan yang kelihatan seperti siput babi, peminat-peminat Neelofa di Instagram mula berbalah.

Gambar tersebut dipercayai dimuat naik oleh Neelofa ketika sedang bercuti di Perancis dengan kapsyen “hands down the best escargot so far”

Setelah gambar itu dimuat naik, peminat-peminat Neelofa mula melontarkan pandangan mereka terhadap perkara terbabit. Antara isu yang dibahaskan oleh mereka adalah status halal makanan terbabit.

Masyarakat kita tamak dan gelojoh bila Ramadan - Chef Wan

Jumaat, 26 Jun 2015

Datuk Chef Wan menganggap masyarakat negara ini sebagai tamak dan gelojoh sehingga sanggup membazirkan makanan ketika bulan Ramadan.

Chef Wan menambah, senario itu dapat dilihat ketika mereka berada di buffet Ramadan apabila ada diantaranya berebut-rebut dan enggan beratur untuk mendapatkan makanan.
"Mereka sering mengambil makanan dengan banyak ketika di hidangan buffet, tidak mahu beratur tetapi akhirnya tidak mampu menghabiskan makanan tersebut kerana kekenyangan.

"Di rumah sekalipun, ada juga ibu-ibu yang membazir dengan menyediakan makanan sehingga penuh satu meja untuk ahli keluarga tetapi untuk apa?” -Chef Wan petikan portal mStar
Katanya lagi, masyarakat Malaysia telah mengubah bulan Ramadan menjadi pesta makanan dan ia telah lari daripada objektif sebenar berpuasa.

Lara Alana bangun di waktu sahur (3 gambar)

Khamis, 25 Jun 2015

Di bulan Ramadhan ini, Lara Alana anak kepada Scha al Yahya dan Awal Ashaari dikhabarkan turut bangun bersama ibubapanya untuk bersahur.

Namun tidak makan yang berat-berat cuma minum susu. Bagi Scha, Ramadhan kali ini dia tidak merancang untuk berdiet tapi pemakanannya perlulah seimbang.

Tanpa bersenam, Fazley kurangkan badan 18kg-sebulan! rahsianya...

Rabu, 13 Mei 2015

Wah dengarnya penyanyi, Dato' Fazley Yaakob kehilangan 18kg dalam masa sebulan. Agak mengejutkan juga. Ini adalah impian setiap orang nak turunkan berat badan sepantas itu.

Namun Fazley ada rahsianya tersendiri. Memetik portal Murai, dia memberitahu cara sebenar adalah dengan mengawal kadar pengambilan gula tanpa perlu bersenam!

"Selepas menjuarai pertandingan Masterchef Selebriti beberapa tahun lalu, saya akui yang berat badan saya bertambah. Menyedari hakikat itu, saya cuba untuk mengawal kadar pengambilan gula dalam makanan saya.

Seperti contoh, jika saya minum kopi ataupun teh, saya akan menikmatinya tanpa gula. Sebelum ini berat badan saya 90 kilogram, dalam masa sebulan, saya berjaya menurunkan berat badan saya sehingga 72 kilogram," -Fazley

Restoran pertama milik Chef Wan di..

Khamis, 8 Januari 2015

Siapa nak bertemu secara live dengan Datuk Chef Wan, bolehlah mengunjungi kedai makan miliknya yang terletak di iOi City Mall, Putrajaya.

Buat masa ini kedai makan berkenaan sedang dibangunkan dan akan siap beberapa minggu lagi. Kedai makan ini sebenarnya merupakan antara usahasama pihak Chef Wan dengan sebuah syarikat untuk mewujudkan rangkaian kedai makan francais atas namanya.
“Sebenarnya ada sebuah badan korporat yang pinang saya untuk jadi parner mereka untuk membuka restoran francais seperti Paparich. Tapi yang ini hanya namakan ia sebagai Chef Wan.

“InsyaAllah saya akan rancangan sesuatu untuk mereka,” - Chef Wan petikan portal Murai

Ani Mayuni makan ulat untuk..

Rabu, 10 Disember 2014

Penyanyi dangdut, Ani Mayuni mengakui yang dia ada dipaksa untuk memakan ulat untuk pengacara sebuah rancagan TV yang diterbitkan oleh RTM. Nama program itu adalah Jejak Juadah Borneo yang memaparkan keunikan makanan yang ada di Sabah dan Sarawak.

Ani ada juga merasa sedikit namun selepas itu dia tidak mahu meneruskannya lagi kerana rasa mual dan geli.

Chef Wan buka Restoran pertamanya? (gambar)

Jumaat, 5 Disember 2014

Dengarnya Chef Wan bakal membuka kedai makannya sendiri di IOI City Mall Putrajaya. Jika dilihatkan ianya masih dalam pembuatan lagi.

Buat masa ini banner sahaja yang terpampang atas nama 1Market by Chef Wan. Mungkin dalam masa beberapa minggu lagi akan dibuka.

Aaron Aziz buka kafe sendiri (6 gambar)

Rabu, 23 Julai 2014

Dengarnya pelakon, Aaron Aziz kini telah berjinak-jinak dengan membuka perniagaannya sendiri berbentuk kedai makan ala kafe.

Menurut portal MediaHiburan, nama kafe tu adalah Kidz @ Creme yang terletak di Setia Alam dengan usia penubuhannya sudah sebulan yang lalu.

Chef Wan komen isu pasal babi

Isnin, 9 Jun 2014

Jom baca apa kata chef Wan mengenai babi. ye la, kadang2 kita lupa yg Malaysia ni bukan cuma ada orang islam ada juga orang agama lain selain dari islam. Bila kita pandang hina pada makanan orang agama lain secara terang-terangan mungkin ada hati mereka yg rasa terluka. Memang la babi tu haram untuk kita makan tapi jangan la kita menghina dan pandang macam mereka yg makan babi ni sangat jijik. Itu kan makanan mereka. kita pun ada makanan kita yg diorang tak makan tapi tak de pun diorang nak hina teruk sangat kan. kalau diorang buat macam tu mau melatah la semua orang melayu islam ni. -gambar eastwoodphotography.photoshelter.com

"I remembered talking about respect and tolerance for others some months back there are someone making a negative remark kononnya gambar2 Pork ni tak usah la post konon mereka geli. Apa budu dan cencalok itu bukan ke bangkai makananan laut yg busuk mau pun ikan masin serta Perkasam dan belacan itu tak busuk ke? Dont u think other races also find that a complete turn off tetapi boleh pula kita mencekek dan sedap. Susah jika manusia yg hidup mereka macam katak bawah tempurung ini. Ini makanan orang yg perlu kita respect dah tak perlu nak rasa jijik dan aib kan mereka.Shame on this moron that today is destroying the image of this country and causing alot of tension among other races with their itu haram dan ini haram! Dah tahu haram diam sudah la.Bangsa asing tak suruh pun kita mencekek bodoh! Why cant we exercise tolerance towards others instead of always finding fault at them bangsa Asing? This country is not just for the Muslim alone likewise the whole World. If other races and nation of the World can respect Islam and even the Pope can take his shoe off to enter our mosque in Juruselem nak saja saya kata di sini who the Hell are we to try and preached others and find fault as them sedang we our own race pun tak sempurna mana la! I am getting so sick of reading all this irresponsible human being from the public to Politician that put their brain on their knee cap! Opened up yr eyes and watch the news where is Peace in this world today? Letaknya di hati dan tangan kita! -Chef Wan

Bila Chef Wan Komen Kedai Mamak

Khamis, 6 Mac 2014

Muka bukan main happy lagi Datuk Chef Wan dalam gambar yang dimuatnaknya, sekali bila dia mengomen pada gambar tu, sekali mengena pula yang tersimpan dalam senyumannya itu.

Tepuk dada tanya selera kita, nak ikut bujet or ikut kebersihan. kuikui.. -gambar forum Cari

Nasi Lemak MAS, Chef Wan Tidak Puas Hati!

Isnin, 3 Februari 2014

Baru-baru ni Datuk Chef Wan ada menaiki penerbangan MAS, tak dipastikan ke mana, tapi Chef Wan dikatakan berang dengan makanan sarapan pagi ketika di dalam sebuah pesawat dengan sarapan berkenaan adalah Nasi Lemak.

Sangat terkejut apabila Duta Pelancongan Makanan Malaysia ini melihatnya, sungguh tidak berwarna warni Nasi Lemak yang dihidangkan.

Chef Wan apa lagi, membidas cara persembahan makanan berkenaan, apatah lagi, MAS adalah sebuah penerbangan yang menaik turunkan ribuan orang dari pelbagai tempat, kena lagi dengan tahun melawat Malaysia 2014 ni.

Memang patut Chef Wan buka mulut, admin rasa malu lihat hidangan ini, sangat cincai dibuatnya.
“I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan..The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini. Kita orang Malaysia sudah pasti la tahu akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey….what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be. Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm ” Telanjang la” Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul? Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?” -Facebook Chef Wan

Farid Larang Diana Makan Nasi

Jumaat, 18 Oktober 2013

Menurut laman blog hiburan tempatan baru-baru ini, Diana Danielle ditemui ketika satu majlis perasmian produk coklat Cadbury Dairy Milik “Pick Your Favourite”.

Apabila ditemui Diana kelihatan memiliki badan yang langsing. Jadi dikorek apa rahsia memiliki bentuk badan seperti itu, dan ini jawapan kepada suami Diana, Farid Kamil yang sama-sama menemaninya ketika itu.