Suriani Abdul Rahman kahwin dengan Datuk

Pada: Sabtu, 18 Disember 2010
Bernama General Manager, Datuk Hasnul Hassan dan penyampai Radio Televisyen Malaysia (RTM), Suriani Abdul Rahman selamat dinikahkan/berkahwin pada kelmarin Jumaat (17 Disember 2010). Pernikahan itu dilangsungkanbdi Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh kerabat dan teman-teman dekat pasangan. Mereka kelihatan sungguh cantik dengan pakaian tradisional Melayu berwarna kuning keemasan.

Datuk Hasnul dilantik sebagai Bernama General Manager pada 2 Jan 2009 dan mempunyai 22 tahun pengalaman kerja di sektor komersial dan korporat serta telah bertugas di syarikat multinasional, termasuk Bestfoods International, British American Tobacco, Johnson & Johnson dan Unilever. Datuk Hasnul merupakan anak jati kelahiran Johor dan mendapat ijazah MBA dari Gabenor State University, University Park, Illinois, USA.

Manakala personaliti dan pembaca berita Suriani merupakan anak kelahiran Teluk Kumbar, Penang dan telah bekerja dengan RTM selama 10 tahun. -Bernama

Tag : , , , ,