Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Rita Rudaini dedah sebab kenapa restoran miliknya ditutup!

Isnin, 19 Jun 2017

Sebelum ini, Rita Rudaini ada membuka perniagaan restoran yang diberi nama Rumah Kueh dimana konsep restorannya dengan menjual kuih tradisional yang sukar didapati di bandar Kuala Lumpur.

Namun memetik portal mStarOnline, khabarnya restoran milik Rita itu sudah pun menutup sepenuhnya restoran selepas setahun ia beroperasi.

Menurut Rita, beliau mengambil keputusan untuk menutup Rumah Kueh kerana ia tidak mendapat sambutan.
Sebenarnya keputusan saya menutup restoran itu bukan kerana ada apa-apa masalah sebaliknya kontrak menyewa premis itu sudah pun tamat baru-baru ini.

Antara alasan lain saya tidak menyambung kontrak kerana pelanggan tidak ramai memandangkan kawasan itu bukannya tumpuan orang kerana ia masih baru.

Punca sebenar Restoran Ajai terpaksa ditutup

Khamis, 23 Jun 2016

Inilah punca sebenar kenapa Ajai menutup operasi restoran miliknya baru-baru ini.

“Biasalah, saya percaya masalah pekerja dialami oleh kebanyakan peniaga. Cuma, ia pengalaman pertama buat saya memandangkan perniagaan makanan adalah bidang yang baharu saya ceburi. Bayangkan, pengurus restoran curi duit, kemudian minyak yang sudah digunakan dijual tanpa pengetahuan saya”

“Belum lagi masalah pekerja datang lambat. Jadi saya mengambil pendekatan untuk tutup restoran berkenaan buat sementara waktu bagi mendapatkan pekerja baharu,” jelasnya kepada BH Online.

'Fizo Omar Kurang Ajar'! - Rosyam Nor

Khamis, 28 April 2016

Perniagaan terkini Rita Rudaini (video artis)

Khamis, 31 Mac 2016

Restoran Fizo dikritik pedas.. ini jawapan Fizo

Sabtu, 9 Januari 2016

Pelakon Fizo Omar menganggap ulasan sebuah blog yang mengkritik tentang makanan dan perkhidmatan di restoran miliknya iaitu FizoMawar Kitchen mengenai perkhidmatan terlalu lambat dan makanan tidak seperti diharapkan adalah tidak boleh diterima sekali.

kritikan itu memberi persepsi buruk kepada perniagaannya yang baharu sahaja beroperasi selama tiga minggu.

"Saya bukan tidak boleh terima kritikan orang ramai tentang kelemahan restoran saya tetapi cara penulisan dan niat sebuah blog dalam ulasannya baru-baru seperti berniat tidak baik.

"Kita boleh baca penulisan tersebut dan menilai niat penulis itu untuk menegur. Apa salahnya dia menegur dengan cara yang lebih baik seperti menghantar e-mel atau mesej peribadi kepada saya," -Fizo petikan portal mStar

Restoran FizoMawar Kitchen yang terletak di Bandar Baru Bangi dilancarkan secara rasmi pada 15 Disember 2015.

Ebby Yus yang bikin panas (video)

Isnin, 4 Januari 2016


Ntah lah apa nak jadi dengan Ebby Yus ni kan. Bikin panas betul. Apa-apa pun jom lihat video kat bawah ini. Layan..

Sedapnya Awal, Scha pergi makan seafood, kat mana ni? (4 gambar)

Khamis, 8 Oktober 2015

Scha al Yahya dan suaminya, Awal Ashaari telah pergi makan di restoran Shell Out di Kota Damansara, restoran ala seafood paling terkenal. Lihat makanan mereka, sungguh mengeliurkan. -Facebook Shell Out

Pelanggan komen kafe mahal, ini komen Nora Danish...

Selasa, 16 Jun 2015

Fenomena makanan naik harga di sesetengah kedai makan terutama restoran kini menjadi semakin viral. Tidak ketinggalan kafe milik Nora Danish, kafe Kopi & Xoxo yang dikatakan pelanggannya agak mahal.

Nora pada mulanya menafikan harga di kafenya mahal, namun selepas itu mahu meminta para pelanggannya untuk memahami perbelanjaan sewa yang dikatakan mahal seperti komennya di portal mStar semalam.

Jadi tolak tambah kira kira, harga berpatutan dengan kualiti yang terbaik dari ladang! keke.
“Sebenarnya harga makanan dan minuman di kafe Kopi & Xoxo itu tidak begitu mahal dan orang ramai juga harus faham kerana ia terletak di Bangsar jadi kami harus menanggung kadar sewa yang agak tinggi”

“Barang-barang digunakan juga berkualiti jadi harga yang dikenakan bersesuaian dengan lokasinya,”

“Kami bukan nak kejar untung semata-mata kerana perniagaan ini dibuat sekadar suka-suka jadi keuntungan yang diambil sebenarnya tidak banyak. Jadi harga yang dikenakan amat berpatutan dan ia amat sesuai kepada pelanggan,” -Nora

Sebab kenapa Chef Wan tangguh buka restoran 1 Market by Chef Wan

Sabtu, 21 Mac 2015

Datuk Chef Wan terpaksa menangguhkan hasrat untuk membuka restoran '1 Market by Chef Wan' di pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya kerana keadaan ekonomi negara kurang baik.

Chef Wan berkata, rakan kongsi dan pelabur memutuskan penangguhan tersebut selepas membuat kajian selama lima bulan di pusat beli belah tersebut yang mendapati perniagaan di situ kurang memberangsangkan.

Restoran pertama milik Chef Wan di..

Khamis, 8 Januari 2015

Siapa nak bertemu secara live dengan Datuk Chef Wan, bolehlah mengunjungi kedai makan miliknya yang terletak di iOi City Mall, Putrajaya.

Buat masa ini kedai makan berkenaan sedang dibangunkan dan akan siap beberapa minggu lagi. Kedai makan ini sebenarnya merupakan antara usahasama pihak Chef Wan dengan sebuah syarikat untuk mewujudkan rangkaian kedai makan francais atas namanya.
“Sebenarnya ada sebuah badan korporat yang pinang saya untuk jadi parner mereka untuk membuka restoran francais seperti Paparich. Tapi yang ini hanya namakan ia sebagai Chef Wan.

“InsyaAllah saya akan rancangan sesuatu untuk mereka,” - Chef Wan petikan portal Murai

Chef Wan buka Restoran pertamanya? (gambar)

Jumaat, 5 Disember 2014

Dengarnya Chef Wan bakal membuka kedai makannya sendiri di IOI City Mall Putrajaya. Jika dilihatkan ianya masih dalam pembuatan lagi.

Buat masa ini banner sahaja yang terpampang atas nama 1Market by Chef Wan. Mungkin dalam masa beberapa minggu lagi akan dibuka.

Bob Lokman buka warung mini.. (4 gambar)

Isnin, 22 September 2014

Difahamkan yang kini Bob Lokman telah membuka perniagaan kecil-kecilan iaitu sebuah kedai makan. Kedai makan yang diberi nama, Warog Menu Sarapan Pagi Selera Kelantan itu berada di Kuang, simpang 3 Sungai Plong (dekat Balai Polis).

Menurut info, kedai makannya itu menyewa di warong cendol, ‘Ilin Cendol House’. Kedai Makan Bob dibuka sewaal 6:30 pagi sehingga jam 11 pagi, hari-hari buka kecuali hari Jumaat.

Dengarnya sedap-sedap makanan yang dijualnya..

Ani Mayuni buka kafe (video)

Khamis, 4 September 2014

Ani Maiyuni dikhabarkan belum lagi mahu bersara di dalam bidang nyanyian di usianya kini mencecah 35 tahun.

Memetik portal mStar, walaupun bersaing dengan pendatang baru anak seni, namun Ani masih lagi menyayangi para peminatnya.

Selain dariada itu, Ani bakal membuka kafe restoran pada penghujung tahun ini dengan diberi nama, Mayuni Mini Kafe.

"Sekiranya saya mengundurkan diri ia akan mengecewakan peminat kerana sokongan mereka tidak berbelah bahagi dan Alhamdulillah permintaan untuk mengadakan persembahan juga masih ada.

"Tambahan pula nyanyian adalah karier tetap dan saya masih ingin perjuangkan irama dangdut kepada peminat,"

"Alhamdulillah impian saya ingin membuka sebuah kafe hampir terlaksana namun kerana kesibukan dengan pelbagai tugasan saya terpaksa tangguhkan sehingga penghujung tahun ini,"

"Saya mahu ia menjadi sebuah kafe dengan konsep terbuka di mana pengunjung dapat menghabiskan masa bersama-sama sambil menikmati snek," -Ani

Aaron Aziz buka kafe sendiri (6 gambar)

Rabu, 23 Julai 2014

Dengarnya pelakon, Aaron Aziz kini telah berjinak-jinak dengan membuka perniagaannya sendiri berbentuk kedai makan ala kafe.

Menurut portal MediaHiburan, nama kafe tu adalah Kidz @ Creme yang terletak di Setia Alam dengan usia penubuhannya sudah sebulan yang lalu.

Ebby Yus miliki kereta, no plat mewah!

Khamis, 26 Jun 2014

Wah tak disangka, pelawak sederhana penampilannya, Ebby Yus mampu membeli kereta mewah Mercedes Benz berharga sekitar RM200,000. Inilah hasilnya apabila dia membuka dan membina dirinya sebagai seorang ahli pernigaan Restoran.

Restoran bernama Adam Lai iaitu sebuah restoran masakan CIna Mulsim yang terletak di 3 cawangannya, Shah Alam, Sri Gombak dan Wangsa Melawati adalah restoran yang mendapat sambutan mengalakkan.

Tambahan lagi plat nombor keretanya juga agak unik, dengan meletakkan namanya sebagai huruf permulaan kereta berkenaan, kalau diikutkan, buat pon mahu beribu juga ni.

Apa-apa pun bersyukurlah dengan apa yang ada, rezeki masing-masing.

Video gedik Zizan ucap sayang kepad Emma

Khamis, 17 April 2014

Pasangan kekasih paling meletop tahun ini, Zizan Razak dan Emma Maembong baru-baru ini telah membuat kejutan atau gimik dimana Emma memuat naik video yang menayangkan Zizan melafazkan kata-kata sayang kepadanya di dalam sebuah kedai.

Kata ramai peminat di Instagram itu, mereka ni pasangan yang gedik dengan sengaja mencari publisiti murahan dan lain-lain lagi padangan negatif.




Kerjaya Ebby Yus sebelum bergelar artis..

Selasa, 18 Mac 2014

Menurut sebuah petikan sisipan Berita Minggu yang lalu, pelawak terkenal, Ebby Yus dulu sebelum dan semasa ke dunia seni dia sebenarnya adalah seorang penjual petai dipasar malam.

Kerjayanya itu adalah merupakan seorang yang berkehidupan sederhana. Sekarang dia sudah berjaya dan dikenali ramai.

Bahkan sudah membuka 3 buah restoran (di Shah Alam, Sri Gombak dan Wangsa Melawati) masakan Cina Muslim iaitu, Restoran Adam Lai dengan dibantu oleh 3 partner yang lain.
“Jangan tak tahu, saya pernah berniaga petai di pasar malam, walaupun sudah bergelar pelakon ketika itu,” Ebby Yus.

Shaheizy Sam Buka Kafe @ Restoran

Isnin, 22 April 2013

Wah pelakon dan penyanyi Shaheizy Sam dikhabarkan buat pertama kali telah membuka sebuah kafe aka restoran kedai makan. Langkah ini bukanlah biasa sebagai seorang selebriti yang mahu beralih arah sampingan dengan perniagaan, ramai juga artis yang berbuat demikian dengan wang mereka sendiri.

Menurut portal Utusan semalam, nama kafe nya itu adalah Best Time Family Cafe & Grill yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Hasil usaha 'partner' diantara ahli keluarganya.
"Saya sebenarnya sudah lama berminat untuk membuka sebuah kedai makan dan akhirnya impian itu tercapai juga. Kedai ini saya buka bersama dengan kakak, Zizie Ezette dan seorang ibu saudara kami.

"Menu di sini ada macam-macam termasuk makanan tempatan tetapi istimewanya ialah masakan grill yang merupakan resipi saya sendiri," -Sam

Linda Onn Masih Berusaha Mencari Jodoh

Jumaat, 1 Februari 2013

Linda di salah satu restoran miliknya MMCR.
Penyampai radio yang dikenali ramai dan juga bos besar My Mom's Chicken Rice (MMCR) yang kini memiliki 4 buah cawangan, Linda Onn digosipkan akan berkahwin tidak lama lagi sebelum ini dan seterusnya mahu menamatkan zaman bujangnya yang kini dia berusia 35 tahun.

Namun ianya hanyalah gosip semata-mata, Linda menyifatkan ianya hanyalah satu doa dan kini sedang berusaha untuk mencari jodohnya agar dipercepatkan untuk berkahwin dengan menyerahkannya kepada Allah SWT.

Kenyataannya di dalam mStar semalam menunjukkan dia kini semakin kuat untuk berusaha memilih calon suami. Namun tidak dinyatakan ciri-ciri yang menjadi pilihan di hatinya.
"Saya ada berusaha untuk mencari pasangan namun terlalu peribadi untuk saya kongsi tetapi semuanya berbalik kepada jodoh. Mungkin suatu hari nanti jika diizinkan saya akan berkahwin.

"Apabila orang mengatakan saya akan berkahwin saya menganggap itu sebagai satu doa daripada mereka dan mungkin ia akan dimakbulkan.

"Ibu bapa saya juga tidak pernah memaksa atau meletakkan tempoh khusus untuk saya berkahwin dan bersyukur mereka sentiasa menyokong," -Linda Onn, mStar.

Restoran Cheng Ho, Milik Amy Search - Tutup

Khamis, 25 Oktober 2012

Memetik daripada portal Kosmo Online semalam, dikhabarkan penyanyi terkenal yang juga raja rock negara, Amy Search telah menutup kedai perniagaan makanannya, Restoran Cheng Ho di Wangsa Maju bermula pada hari Selasa 23 Oktober 2012.

Restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina halal dan mampu bertahan selama 4 tahun itu ditutup kerana mengalami pelbagai masalah dalaman diatas sebab menyerahkan tugas pengendalian restoran itu kepada seseorang.

"Apa pun, saya tetap sedih kerana perniagaan ini sudah lama dijalankan tetapi akhirnya terpaksa ditutup," katanya  
Itulah kata-kata Amy ketika ditemui. Dan yang pasti penutupan restoran ini bukanlah mengakhiri zaman kerjaya Amy berhenti di sini, namun tindakannya itu pasti ada seribu hikmah yang kita tidak tahu kelak.