Rozita memasuki dewan kira-kira pukul 9 malam sambil menggayakan kebaya moden berwarna ungu gelap rekaan Rizman Ruzaini ditemani bakal suaminya, Zain Saidin, 29.
Rozita menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta.
Inai yang dipakai oleh Rozita mendapat tajaan daripada My Beautiful Henna.
Selepas selesai majlis berinai, pasangan tersebut menukar persalinan kedua dari rona putih rekaan Bianco Mimosa.
Pada sesi kedua itu Rozita turut menggayakan set berlian merangkumi sebentuk tiara, cokar mutiara kuning dan berlian, dua bentuk cincin berlian kuning, sepasang anting-anting labuh serta dua pasang rantai tangan berlian lebar bernilai RM5 juta.
Pasangan ini bakal dinikahkan pada malam Rabu (hari ini) di Pusat Konvensyen Setia City Shah Alam. -mStar
Tag : Baju Pengantin , Berinai , Gambar Artis , Habib Jewels , Pelakon , Perkahwinan , Perkahwinan Artis , Rozita Che Wan , Shah Alam , Zain Saidin



