Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Didie Alias kena saman RM400,000 kaw-kaw...

Jumaat, 14 Julai 2017


Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam menetapkan 14 November ini untuk perbicaraan kes tuntutan saman penerbit drama dan filem, Datuk Rafena Ezanee Ramli terhadap pelakon terkenal, Didie Alias atas dakwaan pelanggaran kontrak dan mengaibkannya menerusi media sosial.

Hakim menetapkan tarikh tersebut yang akan berlangsung selama empat hari ketika kes berkenaan disebut dihadapannya di dalam kamar hakim.

Rafena Ezanee dan Didie hadir ke mahkamah bersama peguam masing-masing iaitu Mohd. Fadhly Hashim dan Azlan Abdul Razak.

Berdasarkan saman yang difailkan Rafena dan syarikat penerbitannya, Dark Wave Pictures Sdn. Bhd. (Dark Wave) pada 21 Mac lalu, kedua-duanya menamakan Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohammad, 43, sebagai defendan.

Kedua-dua plaintif da-lam pernyataan tuntutan saman tersebut menyatakan defendan merupakan penerbit eksekutif bagi satu rancangan travelog Street Food Asian sebanyak 13 episod yang merupakan program terbitan Dark Wave.

Dalam penyataan tuntutan saman itu, plaintif mendakwa Didie yang telah menerima RM7,000 untuk melakukan kerja-kerja penerbitan travelog itu telah sengaja, cuai dan gagal untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut seperti mana termaktub dalam perjanjian yang dimeterai pada 7 Oktober tahun lalu sehingga menyebabkan kedua-duanya mengalami kerugian. -Kosmo!

Nina AF umum tarikh berkahwin dengan arkitek

Jumaat, 2 Jun 2017

Finalist Akademi Fantasia 2014, Nina Nadira atau Nina AF dan tunangnya, Ahmad Farhan bakal menamatkan zaman tunang mereka dengan memilih tarikh 29 Julai sebagai suami isteri yang sah.

Memetik BharianOnline, 30 Julai pula mereka akan mengadakan majlis resepsi yang di adakan di hotel yang sama ketika bernikah di Shah Alam.
"Sehingga kini, persiapan yang dilakukan juga berjalan dengan baik. Untungnya, kami tidak perlu menguruskan segala-galanya kerana kebetulan majlis diadakan di hotel," katanya
Manakala majlis bertandang pula akan diadakan di Alor Setar, Kedah, pada penghujung tahun ini. Nina dan bakal suami, yang juga seorang arkitek, melangsungkan pertunangan pada 25 Mac lalu.

Ainan Tasneem bakal berkahwin pada Jan 2017, bakal suaminya merupakan...

Rabu, 5 Oktober 2016

Penyanyi yang mula menaik namanya, Ainan Tasneem memaklumkan yang dia akan menamatkan zaman bujangnya dengan bakal berkahwin pada tahun hadapan, 7 Januari 2017. Calon suaminya itu bernama Ariff merupakan seorang jurutera di syarikat yang kurang pasti indentitinya.

Menurut Ainan memetik mStar Online, dia dan Ariff baru sahaja berkenalan selama dua bulan, namun selepas solat istikarah (minta petunjuk), Ainan yakin bahawa Ariff adalah bakal seorang suami yang bertanggungjawab.

Selain itu, kedua-dua ahli keluarga mereka juga telah bersetuju untuk menyatukan mereka tiga bulan daripada sekarang. Eloklah tu, yang baik harus dipercepatkan. Cinta selepas akad nikah itukan selalunya lebih romantik.

Pada masa yang sama Ainan juga memberitahu dia apabila sudah bergelar isteri dia akan berhenti dari bidang seni suara.

Untuk rekod, majlis pernikahan Ainan dan Ariff bakal dijadualkan di Hotel Blue Wave Shah Alam sekali gus mengadakan majlis resepsi di lokasi yang sama pada sebelah petang.

Sekitar pernikahan Shalma Ainaa, Wan Imar Izzat (20 gambar)

Isnin, 19 September 2016

Bekas hos saluran h!Live, Shalma Ainaa Bruhanuthen, 25, dan penyanyi baharu, Wan Imar Izzat ke alam baharu apabila sah dinikahkan Sabtu petang 17/9.

Shalma Ainaa dan Wan Imar Izzat dinikahkan bapa pengantin perempuan, Burhanuthen Ahmed Mustafa pada majlis tertutup di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, pada jam 3.45 petang.

Pada majlis itu, hos program Motif Viral? itu menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta 13 dulang dan dibalas dengan 15 dulang kepada pihak lelaki. -BharianOnline | gambar myArtis.com

















































Sekitar pernikahan Yatt Hamzah (12 gambar HD)

Ahad, 28 Februari 2016



Yatt Hamzah dan juga pasangannya, Mohammad Zulfadli kerana telah selamat diijabkabul di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam semalam.

Yatt telah menerima mas kahwin berjumlah RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Pengantin perempuan turut menyerahkan 11 dulang hantaran kepada pihak lelaki dan dibalas dengan sembilan.

Sekitar pernikahan Raja Farah, 6 September (7 gambar)

Ahad, 6 September 2015

Pelakon Raja Farah atau nama penuhnya Raja Farah Raja Raja Aziz, 27, selamat dinikahkan dengan Iskandar Ismail, 33,hanya dengan sekali lafaz hari ini, 6 September 2015.

Pasangan ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Raja Aziz Raja Ngah dan disaksikan Pendaftar Nikah, Perceraian dan Rujuk Negeri Selangor, Muhammad Ariffin Mohd. Dalhal.

Dalam majlis itu juga pengantin perempuan yang anggun mengenakan persalinan rekaan Ezuwan Ismail menerima mas kahwin berupa tiga dinar emas.

Majlis berlangsung di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, dihadiri keluarga kedua-dua pihak.

Sementara itu, Raja Farah dan Iskandar yang juga seorang ahli perniagaan, mengikat tali pertunangan pada 9 Ogos lalu . -Utusan | gambar eberita.org

Sekitar resepsi Hanis Zalikha, Hairul Azreen (15 gambar)

Selasa, 9 Jun 2015

Hujung minggu lalu telah berlangsung majlis persandingan bagi pasangan Hanis Zalikha dan juga Hairul Azreen yang telah diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam.

Gambar resepsi Julfekar, Min Yasmin

Selasa, 15 April 2014

Hujung minggu yang lalu, telah berlansung satu majlis resepsi oleh komposer, Julfekar dengan isterinya, Min Yasmin di Ndah Mahligai, Shah Alam.

Tema pada malam itu adalah persandingan taman. Lebih 500 orang tetamu undangan yang dijemput hadir datang. Artis terkenal seperti Faradhia, Lufyia, Datuk Rosyam Nor dan David Teo juga turut hadir. -gambar dianarashid.com | mStar

Gambar Resepsi Farawahida

Isnin, 10 Februari 2014

Setelah nak dekat dua bulan bergelar suami isteri, Farawahida dengan suaminya, Abdul Shukur mengadakan resepsi mereka berdua bertempat di Dewan N’dah Shah Alam baru-baru ini.

Semoga dengan perkahwinan mereka ini, berkekalan hingga ke akhir hayat. amin.

Penyanyi Syazliana Sah Bergelar Isteri

Selasa, 28 Januari 2014

Tahniah! menurut portal MediaHiburan, penyanyi Syazliana Abdul Karim sah bergelar isteri kepada suaminya, Muhammad Reza pada tarikh 24 Januari lalu bersamaan hari Jumaat.

Majlis serba sederhana itu diadakan di rumah keluarga Syazliana yang terletak sekitar Shah Alam.

Syazliana menerima 7 dulang dengan RM300 sebagai mas kahwin dan wang hantaran. Manakala lelaki menerima 9 dulang daripada pihak Syazliana.

Gambar Pernikahan Zain Saidin, Rozita Che Wan

Khamis, 12 Disember 2013

Zain Saidin, 29, kini sah menjadi suami kepada Rozita Che Wan, 40, di Gazebo Setia City Convention Centre, jam 9 malam tadi. Rozita diwalikan oleh adiknya, iaitu Roshidi Che Wan.

Wang hantaran dalam bentuk cek berjumlah RM23,200, mas kahwin RM9,300 dan juga cincin nikah bernilai RM93,000. Turut mengandungi telekung dan sejadah, set minyak wangi, beg tangan, sepersalinan kain, kasut, sirih junjung, telefon bimbit dan cincin.

Manakala pihak lelaki pula menerima sebanyak sembilan peti hantaran berupa baju Melayu, kemeja-T, kasut, beg dan tali pinggang, sirih junjung, set minyak wangi, gelang tangan dan jam serta cincin.

Rozita kemudian disarungkan cincin pertunangan oleh ibu Zain iaitu Siti Aishah Abdullah sebelum majlis akad nikah bermula.

Pada majlis itu Rozita turut menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta tajaan Habib Jewels.

Majlis persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada Jumaat ini di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Setia City pada pukul 8 malam. kredit penuh mStar (Ikram Ismail) | RotiKaya

Malam Berinai Rozita Che Wan, Zain Saidin

Rabu, 11 Disember 2013

Rozita Che Wan, 40 tampil menawan apabila menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11 juta sempena malam berinai yang berlangsung di Dewan N'Dah Shah Alam semalam.

Rozita memasuki dewan kira-kira pukul 9 malam sambil menggayakan kebaya moden berwarna ungu gelap rekaan Rizman Ruzaini ditemani bakal suaminya, Zain Saidin, 29.

Rozita menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta.

Inai yang dipakai oleh Rozita mendapat tajaan daripada My Beautiful Henna.

Selepas selesai majlis berinai, pasangan tersebut menukar persalinan kedua dari rona putih rekaan Bianco Mimosa.

Pada sesi kedua itu Rozita turut menggayakan set berlian merangkumi sebentuk tiara, cokar mutiara kuning dan berlian, dua bentuk cincin berlian kuning, sepasang anting-anting labuh serta dua pasang rantai tangan berlian lebar bernilai RM5 juta.

Pasangan ini bakal dinikahkan pada malam Rabu (hari ini) di Pusat Konvensyen Setia City Shah Alam. -mStar

Pelawak Ahmad Busu Meninggal Dunia

Isnin, 11 November 2013

Ahmad Busu yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu meninggal dunia akibat penyakit strok selepas maghrib pada Ahad. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Sementara itu, rakan baik Allahyarham pelawak Imuda, 53, berkata jenazah akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Seri Andalas, Klang dan dikebumikan pada pagi Isnin.

Tarikh Perkahwinan Fouziah Gous, Enggan Terima Tajaan

Sabtu, 14 September 2013

Nah inilah dia tarikh yang diumumkan oleh Fouziah Gous semalam kepada media. Dia dan tunangnya, Md Zahfran memilih 21 September minggu depan di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam, pada pukul 8 malam untuk menjadi pasangan suami isteri yang sah.

Tarikh ini kata Fouziah dan Zahfran adalah bersesuaian dengan bajetnya yang ada.

Gambar Erra Fazira Bertudung Terkini

Khamis, 23 Mei 2013

Cantik sungguh melihat Erra Fazira bertudung. Bahkan bila dia bertudung pastinya ramai yang teruja dan memberikan respon yang positif untuk menginginkan yang Erra akan kekal bertudung. Namun itu semua adalah perlu menjadi satu doa agar Erra bertudung kelak.

Erra ditemui ketika majlis pelancaran Butik Desa Murni Batik di Seksyen 7, Shah Alam baru-baru ini dengan memakai busana dan tudung butik berkenaan. -gambar GUA


Gambar Konsert Anuar Zain

Selasa, 19 Februari 2013

Baru-baru ini Anuar Zain ada mengadakan konsertnya di Stadium Malawati, Shah Alam dan dianggarkan hampir 6,000 peminatnya membanjiri konsert berkenaan.

Memang ini lah impian Anuar untuk mengadakan konsert selama 30 tahun penglibatannya dalam dunia seni, jadi nama konsert ini juga dinamakan sempena tempoh masa itu, Konsert Anuar Zain Tiga Dekad.

Antara lagu yang di persembahkan adalah I’m The Lucky One, Bila Resah, Jangan Bersedih Lagi, Mungkin dan Ajari Aku, Keabadian Cinta, Kau Bunga Cintaku, Perpisahan, Ku Hanya Milikmu dan Ketulusan Hati.

Selain itu kehadiran, Nora Danish, Adibah Noor, Dina Malaysian Idol turut menghangatkan konsert berkenaan. - gambar HazmilJapilus