Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ramai tak kisah kalau suami isteri muatnaik gambar comolot!

Jumaat, 25 Ogos 2017

Rozita Che Wan dengan Zain Saidin telah pergi bercuti ke Indonesia beberapa hari lalu. Namun sekeping gambar yang menjadi perhatian apabila aksi Che Ta seakan-akan mencium suaminya menjadi topik perbualan.

Walaupun ada hastag #bukan bercium tapi berbisik tapi tindakan Che Ta ini kurang manis dipandang. Rata-rata pengikutnya tidak mengecam malah menyokong perbuatan ini.

Kalau bercium sekalipun sah suami isteri dan halal, sebagai Orang Islam, anda diluar sana tidak sepatutnya berkelakuan seperti ini! Ada tak gambar mak ayah korang zaman dulu bercium dan dijadikan photo album gambar?

Ada 'lembaga hitam' bergambar dengan Aaisyah? (4 gambar)

Selasa, 11 Julai 2017


Beberapa hari lalu, sekeping foto keluarga pelakon jelita Rozita Che Wan atau Che Ta menjadi viral. Ini gara-gara kelibat ‘lembaga hitam’ seperti anak patung yang menjelma di sisi anaknya, Aaisyah Dhia Rana.

Walaupun banyak yang bertanya di ruangan komen, sehingga kini Rozita Che Wan tiada membalas jawapan tentang hal ini.

Aaisyah Dhia Rana menyeksi, ini reaksi follower nya..

Isnin, 10 Julai 2017

Sekitar Suasana Hari Raya Rozita Che Wan (23 Gambar)

Rabu, 28 Jun 2017

Che Ta dapat kereta percuma, nombor plat pun ekslusif!

Sabtu, 24 Jun 2017

Dengar khabar yang Rozita Che Wan atau Che Ta telah menerima sebuah kereta berjenama Haval H2 sekaligus menjadi duta untuk jenama keluarann kenderaan dari China berkenaan di Malaysia.

Mengikut info lain harga yang ditawarkan kereta berkenaan sekitar dari RM89,000 sehingga RM102,000.

Lebih menarik kereta tersebut diberikan dengan nombor pendaftaran istimewa dari Perlis, 'RQ2174', bermaksud Rozita.
"Alhamdulillah saya tidak menyangka dapat sebuah kereta dengan nombor pendaftaran nama saya sendiri. Haval bukan jenama asing bagi saya dan saya mengikuti perkembangan kereta itu sejak dilantik menjadi duta,

"Tentang harga nombor pendaftaran itu diuruskan oleh pihak Haval," ujarnya memetik mStarOnline

Tahun lepas 98 pasang baju raya, tahun ini..... WOW!

Selasa, 6 Jun 2017



Raya tahun lalu, kita pernah dengar yang Rozita Che Wan ada memberitahu dia menyediakan hampir 98 pakaian pasang baju Raya. Namun tahun ni jumlahnya bukan makin menurun malah makin menaik kepada 104 pasang.

Dengan jumlah pasang baju yang banyak, Che Ta tampil menjelaskan mengapa baju rayanya pada tahun ini mencecah jumlah yang tidak masuk akal.

“Dilantik sebagai duta jenama pakaian Mina selama setahun, saya diberi 94 pasang baju dengan rekaan berlainan untuk hari raya. Janganlah kecam saya kerana ia diberi percuma.

“Tahun lalu saya dikecam gara gara berkongsi jumlah baju raya yang disediakan untuk diri sendiri dan keluarga,” jelasnya kepada BH Plus.
Tambah Che Ta Aaisyah turut menerima 30 pasang baju daripada jenama yang sama. Che Ta turut menempah 10 pasang baju raya dengan pereka Rizman Ruzaini sebagai tambahan dan pastinya ia adalah sedondon untuk digayakan pada 1 Syawal nanti.

PANAS! kain Rozita Che Wan dianggap 'low class'?

Khamis, 1 Jun 2017


Saban tahun apabila tiba hari raya, Rozita Che Wan atau Che Ta selalu tampil dengan koleksi baju raya. Tahun ini, Che Ta tampil berkerjasama dengan Minaz menghasilkan koleksi baju raya.

Memang cantik jika dilihat dari gambar. Namun ada komen dari seorang wanita yang menuduh baju raya dari Che Ta low class dan low quality malah menghina kainnya.

Bila Aaisyah Dhiarana memetik buah Strawberi (video)

Rabu, 31 Mei 2017

Comelnya gelagat Aaisyah anak Rozita Che Wan dan Zain Saidin ni kan. Dia dikhabarkan dah ada slot tv sendiri bertajuk Little Princess Aasiyah di Astro Ria.

Mungkin ramai dah yang menontonnya kan. Apa kata kita lihat terobek video kat bawah ini yang bakal ditontonkan tak lama lagi.

Bila Aaisyah Dhia Rana “catwalk”

Khamis, 25 Mei 2017



Baru-baru ini aksi Aaisyah Dhia Rana bersama ibunya, Rozita Che Wan untuk pertama kali digandingkan bersama untuk “catwalk” di pertunjukan fesyen Minaz Blooming Raya 2017.

Ramai pemerhati yang memuji kecomelan Aaisyah serta gayanya yang bersahaja itu.

Rozita Che Wan buat pengumuman mengejutkan...

Sabtu, 8 April 2017

Rozita Che Wan atau Che Ta yang sering diajukan soalan jika mahu menambah anak lagi memberitahu beliau sudah cukup bahagia dan gembira dengan tiga anak yang dianugerahkan kepadanya.

Che Ta akui beliau berkemungkinan besar enggan lagi mencuba untuk hamil bukan sahaja kerana faktor usia tetapi dari segi ekonomi.
Rasanya tidak (untuk hamil lagi). Saya rasa, lagi ramai anak, semakin bertambah tanggungjawab. Sekarang, semuanya memerlukan duit. Jadi, kalau bertambah anak, ia bererti tanggungjawab menjadi semakin besar selain menuntut perhatian sepenuhnya.

Bagi saya, mempunyai tiga anak sudah dikira sangat baik. Aaisyah (Dhia Rana) pun sudah ada dua abang. Niat saya untuk mempunyai anak perempuan juga dimakbulkan Tuhan dengan kelahiran Aaisyah" -kata Che Ta memetik BharianOnline

Saya tiada masalah dengan Rita Rudaini - Che Ta

Rabu, 22 Mac 2017

Kontroversi melibatkan seorang selebriti janda yang dikatakan menganggu rumahtangga, Aqasha yang mendapat perhatian Rozita Che Wan @CHe Ta minggu lalu (artikel) melalui komen Che Ta di laman sosial Instagram miliknya

Walaupun tidak dinyatakan oleh Baizura (isteri Aqasha), namun ramai beranggapan orang itu adalah Rita Rudaini, Che Ta juga turut meninggalkan komen di laman Instagram Baizura dan menggunakan perkataan betina terhadap orang ketiga itu.

Memetik MediaHiburan, Che Ta menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Rita sehingga mendorongnya memanggil dengan gelaran betina.
"Cerita sebenarnya begini, ada orang tagged nama saya di situ dan bila saya baca luahannya, saya simpati kerana saya juga seorang wanita, isteri dan ibu.

"Saya juga tidak mengenali Baizura secara rapat dan komen itu ditinggalkan secara rambang atas dasar simpati.

"Tapi bila saya tahu hujung pangkal cerita yang berlaku, saya rasa agak terkejut!.

"Lagipun saya tak pernah jumpa Rita atau bekerja dengannya. Jadi tidak ada sebab untuk saya menujukan komen sebegitu kepadanya,"

"Saya serik! Selepas ini saya akan pastikan kronologi cerita sebelum meninggalkan komen. Saya rasa perkara seperti ini tidak akan berulang lagi," jelas Che Ta

Hari Jadi Rozita Che Wan di London (10 gambar HD)

Khamis, 9 Mac 2017

Rozita gelar ganggu Aqasha-Baizura sebagai BETINA

Selasa, 7 Mac 2017


Isu seorang selebriti janda yang menganggu kehidupan Aqasha dan isteriya, Baizura mendapat perhatian seorang selebriti terkenal, Rozita Che Wan.

Namun perhatian Rozita kali ini cukup 'kasar' kerana melibatkan perkataan yang susah diterima oleh kaum wanita. Ramai yang mengecam komen Rozita itu kerana tidak sewajarnya ianya dikeluarkan oleh Rozita

Che Ta kongsi tips wanita diusia 40an

Jumaat, 3 Mac 2017

Rozita Che Wan (Che Ta) mengakui di usianya kini yang mencecah 40 an, Che Ta masih bertenaga dan lincah merancangan sesuatu didalam kehidupannya.

Menurut Che Ta, kehidupan sebenarnya bermula pada usia 40 tahun. Pada saat itu, beliau sudah mengecapi pelbagai perkara dan berjaya baik daripada segi rumah tangga ataupun kerjaya.
Umur 40 saya kahwin dengan Zain Saidin. Pada umur 41 tahun pula saya melahirkan Aaisyah Dhia Rana, sekarang dia pun sudah dua tahun. Jadi macam untuk orang perempuanlah terutamanya, jangan ingat umur 40 rasa macam dah tua sangat lah.

Tak sebenarnya, kalau orang lelaki boleh cakap life begin at 40’s, kenapa bukan perempuan jugak kan? My life begin at 40’s. Pada umur 40 tu kita dah cukup matang, kita dah tahu apa hala tuju hidup kita, dah tahu apa yang kita nak so kita dah boleh rancang perjalan hidup kita." katanya memetik portal AstroGempak

Che Ta pernah hidup susah bergaji RM4000

Selasa, 28 Februari 2017

Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta akui pernah menjalani kehidupan susah dimana pernah dibayar gaji RM4,000 bekerja di sebuah syarikat swasta.

Bagaimanapun menurutnya, pekerjaan itu hanya sementara kerana merasakan gajinya itu tidak cukup dan mengambil keputusan untuk berlakon.

Sekitar ibadah Umrah Rozita Che Wan, keluarga (21 gambar)

Rabu, 15 Februari 2017

Zain Saidin minat kat 'satu' ni kat Che Ta

Ahad, 12 Februari 2017

Jika diikutkan ramai yang tertarik melihat kecantikan Rozita Che Wan dan bentuk badannya. Namun lain pula bagi suaminya, Zain Saidin yang lebih berminat dan tertarik dengan isterinya jika tidak bersolek yakni dalam keadaan natural.

"Sebenarnya suami saya lebih suka melihat wajah saya tanpa makeup sebab itu saya suka mengenakan makeup untuk orang lain bila keluar. Jadi bila di rumah saya akan pastikan wajah saya bebas tanpa makeup untuk tatapan suami." kata Che Ta kepada AstroGempak

Zain pujuk Che Ta supaya hamil lagi..

Jumaat, 20 Januari 2017

Rozita Che Wan berkata dia belum bersedia untuk menambah anak seperti yang dimahukan suaminya pelakon Zain Saidin.

Rozita (Che Ta) berkata, pada usianya kini dia mahu lebih memberi fokus kepada pembesaran anak-anaknya berbanding untuk mengandung lagi.

"Dia (Zain) cakap senanglah, saya yang kena bersalin tu bukan senang. Buat masa sekarang saya mahu fokus kepada perkembangan tiga-tiga orang anak saya ini. Saya mahu mereka dibesarkan dengan baik," ujar Che Ta kepada mStar Online.

"Saya masih dalam proses memujuk ni, nanti kami akan ke Mekah menunaikan umrah pada penghujung Februari ini.

"Saya nak doa banyak-banyak agar dia berlembut hati untuk beri saya cahaya mata lagi," ujar Zain kepada mStar Online

Zain hanya menumpang populariti, kemewahan Che Ta?

Selasa, 27 Disember 2016

Suami kepada Rozita Che Wan (Che Ta), Zain Saidin sering dikatakan yang dirinya hanya menumpang populariti dan kemewahan isterinya itu.

Timbul persoalan dikalangan peminatnya menayakan, apakah pekerjaan sebenar Zain dengan kehidupannya kini yang sering berpaut pada isterinya.

"Saya dengan Che Ta memang bagai langit dan bumi. Saya suaminya, tetapi dari dalam banyak hal, dia memang kelihatan lebih daripada saya. Itu adalah hal yang tak dapat saya nafikan sama sekali. Memang Che Ta banyak membantu dalam soal kewangan keluarga kami.

Sebagai suami, saya juga ada misi untuk keluarga di mana kalau boleh, saya sendiri mahu sara isteri dan anak. Impian saya, mereka tak perlu lagi bekerja suatu hari nanti. Cuma buat masa sekarang, rezeki Che Ta tengah hebat, kenapa perlu disekat-sekat? Saya sendiri sedar perlu kena berusaha lebih keras dan kalau orang masih mahu bercakap mengenai saya sekali pun, saya tak boleh buat apa, biarkanlah mereka asalkan saya tahu apa yang saya buat.

Tak patutlah kata saya menumpang Che Ta kerana orang lain pun tahu yang saya juga ada kerjaya sendiri. Ya, saya tak menyerlah dalam bidang lakonan, malah saya juga sudah kurang untuk berlakon. Tetapi tak bermakna saya tak ada kerja.

Saya usahakan ZapatoS dan saya akui, tak pandai nak cari media untuk raih publisiti. Bukan saya ego, tetapi saya segan dan tak nak orang nampak saya lemah terhegeh-hegeh cari media. Melainkan kalau saya dipanggil atau diminta untuk hadir sesi fotografi, saya akan kejar peluang dan pergi. Che Ta pula beruntung kerana apa sahaja yang dilakukan, ramai yang memang akan ambil tahu dan itu satu kelebihan dia." -kata Zain memetik UtusanOnline

Sesi photographer ulang tahun ke-3 perkahwinan Che Ta, Zain (7 gambar HD)

Selasa, 13 Disember 2016


Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin, pada 11 Disember yang lalu telah melakukan sesi fotografi sempena hari istimewa mereka untuk menyambut ulang tahun ke-3 perkahwinan mereka di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara.