Bekas suami Joy Revfa iaitu Datuk Ray Imran tampil mempersoalkan sikap Hafiz Hamidun terhadap rumahtangganya dengan Joy. Dalam pada masa yang sama, Ray juga kesal kerana dikaitkan padahal dia sudah memberikan kerjasama sebelum mereka berkahwin pada bulan Mei lalu.
"Saya terkejut, apa motif Hafiz yang masih memanjangkan isu ini. Kalau betul dia sayang Joy, perkara ini tidak akan timbul.
"Saya rasa ada sebab lain yang cuba diselindung Hafiz,
"Sudah pergi berbulan madu di Taiwan, kenapa ragu-ragu? Jika benarlah Joy tidak pandai memberikan kerjasama menyelesaikan masalah, dia sebagai suami perlu bertindak lebih matang.
"Biasalah perempuan kalau rasa diabaikan, mereka beremosi,
"Apa-apapun, saya akan beri kerjasama kepada bekas isteri dan mahkamah untuk mengelak fitnah dan spekulasi," katanya kepada BharianOnline.
Hafiz Hamidun memberitahu dia tidak pernah mengadakan hubungan kelamin dengan Siti Arifah Amin atau Joy Revfa selepas mereka bernikah pada 1 Mei lalu.
Hafiz, 33, berkata, dia bertindak demikian berikutan meragui status wanita berkenaan yang tidak menyerahkan sijil perceraian sehingga tarikh mereka diijab kabul.
"Kami tidak pernah mengadakan hubungan kelamin, saya tidak sentuh dia kerana sejak hari pertama kami berkahwin sudah ada keraguan.
"Sejak bernikah kami tinggal berasingan kerana saya sentiasa berfikir tentang masalah dikemudian hari," ujarnya
Joy dalam kenyataannya menerusi rakaman video pada Selasa berkata mereka sudah 'bersama' dan berbulan madu namun Hafiz tidak mempedulikannya selepas itu.
Sementara itu, bercerita tentang kronologi perkahwinan tersebut, Hafiz berkata, keraguannya timbul selepas Joy gagal memberi surat cerai yang dijanjikan selepas mereka berkahwin.
Katanya, dia berkali-kali meminta wanita tersebut menguruskan perkara berkenaan dengan bekas suaminya sebelum hari pernikahan berlangsung.
"Dia mengatakan kepada saya bahawa dia telah bercerai melalui pesanan mesej aplikasi Whatsapp yang dikirim oleh bekas suaminya iaitu Mohd. Rayos bin Abdul Rahim.
"Berkali-kali dia katakan pada saya dokumentasi cerai masih tiada dan mendakwa bekas suaminya tidak mahu selesaikan urusan perceraian.
"Pernikahan diteruskan setelah pihak Pejabat Agama Daerah Petaling berpuas hati dengan pernyataan daripada pihak dia bahawa penceraiannya dengan suami sebelum ini telah berlaku.
"Akhirnya pernikahan di antara saya dan Joy dilangsungkan dengan aku janji untuk memberikan surat perakuan cerai perkahwinan terdahulu selepas majlis akad nikah," ujarnya.
Hafiz berkata, dalam hal ini dia sudah sedaya upaya menyelamatkan perkahwinan itu termasuk menemani Joy ke Songkhla bagi mendapatkan sijil perceraian daripada suami pertama.
"Pada 1 Jun 2017, saya dan Joy telah ke Songkhla bagi menguruskan Cerai Taklik di antara dia dan bekas suami di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.
"Saya bersungguh untuk selamatkan perkahwinan ini. Tapi saya tidak jumpa jalan mudah dan perkara itu kerap diganggu oleh pelbagai janji yang tidak dilaksanakan pihak sana," ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya tentang perasaannya terhadap ahli perniagaan tersebut, Hafiz berkata, dia sudah tawar hati dengan apa yang telah berlaku.
"Apa yang terjadi ini tidak membenarkan perasaan sayang saya terhadap dia. Kalau nak cakap tentang perasaan saya rasa sudah lakukan yang terbaik untuk selamatkan rumah tangga ini.
"Kita ikut sahaja keputusan mahkamah pada 14 September nanti," ujarnya.
Terdahulu, Joy memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam pada Jumaat lalu selepas meragui perkahwinan yang dibina bersama Hafiz.
Permohonan itu dibuat selepas Hafiz mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia sebagai tidak sah.
Semalam dunia hiburan digemparkan dengan berita Hafiz Hamidun dan isterinya, Joy Revfa yang difahamkan bakal bercerai setelah baru 3 bulan mendirikan rumahtangga (1 Mei 2017).
Ini disebabkan Joy hadir ke mahmakah Syariah Shah Alam atas tindakannya memfailkan permohonan pembubaran nikah kerana perkahwinan mereka dikatakan tidak sah oleh Hafiz.
Merafak sembah ucapan tahniah kepada YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim atas pernikahan baginda dengan pasangannya, Encik Dennis Muhammad Abdullah pada 14hb Ogos 2017 bersamaan 21 Zulkaedah 1438 Hijrah, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Sembah Takzim daripada kami para pemain, pihak pengurusan, pegawai serta penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim dan seluruh rakyat negeri Johor. Didoakan supaya berkekalan kebahagiaan kedua-dua mempelai DiRaja ini. Allah Peliharakan Sultan.
Pelakon Izreen Azminda kini sudah bersedia berumahtangga. Namun Izreen belum ada lagi calon yang sesuai bagi dirinya. Beliau mengakui yang tidak kisah jika berkahwin dengan suami orang sekali pun.
“Saya tak nak kata tidak pada suami orang. Takut nanti apa yang kita tak nak itu yang Allah akan berikan. Tak pasal-pasal apa yang kita cakap berbalik kepada kita sendiri pula. Cuma, apa yang boleh saya katakan jika lelaki itu mampu, tak salah untuk dia nak kahwin lain”
“Sebab sememangnya mereka boleh ada empat orang isteri. Tetapi buat masa ini saya tidak terfikir untuk mencari pasangan lagi. Memang teringin nak kahwin tapi banyak lagi perkara yang saya perlu dahulukan. Jika ada jodoh, insyaAllah saya akan berkahwin,” katanya kepada mStar Online.
Jarang Lisa Surihani tampil seksi selepas kahwin dengan Yusry Halim. selalunya imej sopan lebih ditonjolkan oleh Lisa. Namun baru-baru ini kecoh apabila gambar Lisa berseluar pendek muncul di Instagram.
Namun bukan Instagram miliknya, tapi dari milik orang lain. Gambar berkenaan dikatakan Yusry dan Lisa sebenarnya menghadiri majlis sambutan hari lahir rakan baik mereka di sebuah resort peranginan.
Ramai yang mengecam dan ramai juga yang sekadar memberikan pandangan sahaja.
Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim, 31, khabarnya akan mengakhiri zaman bujang dengan bernikah dengan Dennis Muhammad Abdullah, 28, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, 14 Ogos ini.
Menurut laporan dari Harian Metro, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat persandingan pasangan Pengantin Diraja akan diadakan di Bilik Singahsana Istana Besar Johor Bahru pada 8 malam, hari sama.
“Perkahwinan Tunku Tun Aminah akan dilangsungkan penuh istiadat Melayu dan Budaya Istana Johor,” katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, Johor Bahru, hari ini.
Beliau berkata, satu istiadat meletak kerja pada 8 Ogos ini dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan menandakan permulaan Istiadat Perkahwinan Diraja itu.
“Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran akan diadakan pada Khamis 10 Ogos di Masjid Pasir Pelangi mulai 6.30 petang mohon restu Allah SWT terhadap perkahwinan itu.
“Istiadat pertunangan akan diadakan pada jam 10 pagi pada 14 Ogos dia Istana Bukit Serene diikuti Istiadat Nikah,” katanya.
Katanya, Sultan Johor berkenan mewakilkan Sahibus Samahah Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin yang juga Mufti Negeri Johor sebagai wali.
Katanya, majlis perkahwinan dilangsungkan secara tertutup.
Ada seorang yang bernama WA (isteri pertama) telah tampil memberitahu yang suami Salima (Salima AF) telah pun berkahwin lagi buat kali ke-3. Sebelum ini Salima merupakan isteri yang ke-2 kepada suaminya itu.
Anak sulung penyanyi, Nora Ariffin, dan komposer, Johan Nawawi, Mohd Syakir Iman, 24, selamat melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya, Eilya Sofea Azman, dalam majlis sederhana di kediaman keluarga gadis berkenaan, di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin, pada 11 Disember yang lalu telah melakukan sesi fotografi sempena hari istimewa mereka untuk menyambut ulang tahun ke-3 perkahwinan mereka di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Gambar cium diantara suami isteri Awal Ashaari, Scha al Yahya dikatakan mendapat kritikan sesetengah individu yang kurang senang dengan gelagat mereka di laman sosial.
Pelakon yang digilap bakat menerusi program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim keenam, Ika Nabella sah bergelar isteri kepada Muhammad Zaid dengan sekali lafaz, kira-kira jam 2.25 petang semalam, 30 Julai.
Upacara pernikahan pasangan itu berlangsung di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang. Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Ridwaniah, Sungai Batu Bayan Lepas, Ahmad Fuad Abd Hamid.
Pada majlis itu, Zaid turut menyerahkan mas kahwin RM1,008 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. Pasangan mempelai itu, masing-masing turut menyerahkan tujuh dulang hantaran. -Bharian
Ada sumber telah mendakwa bahawa bapa kepada pelakon Zahirah MacWilson iaitu Zainol MacWilson telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya pada 19 Jun lalu di Kangar, Perlis.
Tambah sumber itu lagi, majlis berkenaan walaubagaimanapun tidak diketahui oleh anak kandungnya sendiri dan tidak dihebahkan berikutan permintaan daripada keluarga pihak wanita.
Namun ini jawapan Zainol memetik Bharian Online semalam.
"(Sambil ketawa) awak jangan percaya dengan gosip di internet. Gambar itu hanyalah babak nikah saya dengan seorang pelakon baharu untuk drama 'Dia Semanis Honey' edisi Raya.
"Saya belum bernikah dengan mana-mana wanita lagi. Ada ke orang nak saya?" katanya
Selepas Hanis Zalikha melahirkan anak Sabtu lalu, Yusuf Iskandar, Hanis ada membuat satu video khas untuk suaminya yang tercinta, Hairul Azreen bersempena juga ulang tahun pertama perkahwinan mereka..
Kami laki bini, bukan lepas kawen ja terus hidup senang. bayangkanlah yuyu baru habis study 4bulan, terus kawen. duit yang ada, terpaksa guna untuk kenduri sendiri, sebab taknak susahkan bakal suami. kalau asyik harap duit bakal laki, kejam sangat pulak.
jadi, lepas ja kenduri kawen, setengah bulan dok rumah kat Langkawi, seminggu dok rumah mak mertua. lepas tu cari rumah sewa paling murah kat Selayang. PALING MURAH ya. tak kisah lah tak dapat rumah idaman pun. memang kami masing-masing sedaq diri, kami usaha untuk susah senang sama-sama.
awal kawen dulu, kami memang pernah susah. susah betoi. dan langsung tak share dengan keluarga. besaq rahmat lah tu keluarga dah support selama ni, takmau menyusahkan lagi. kami tidoq pun kat toto (comforter) mak mertua bagi pinjam (la ni toto tu jadi harta. haha). 4 bulan rasanya tidoq atas toto ja. mana ada katil. tilam pun takdak. dah hampir setahun, baru la beli katil. orang mai rumah, kena dok bersila. sofa pun takdak duit nak beli. pulun juga cari duit lebih untuk beli peti ais, kalau dak, lagi baziq la nak beli barang makan selalu kan.
nak merungut tu takmau la. sapa takmau kawen ja terus senang kan. tapi, indahkan perkahwinan tu bila kita sama-sama susah, sama-sama senang.
jangan lah hampa harapkan bila kawen ja terus senang. susahlah nak cari laki macam tu, ekonomi la ni sangat tak membantu. yang nak membantu tu, kita lah. sanggupkan mula hidup dengan dia walaupun keadaan susah. insyaAllah, bila senang, hampa ingat sangat moment tidoq berbulan atas toto tu (best okay tidoq atas toto).
sekarang ni, Alhamdulillah sangat, dah nak masuk tahun ketiga perkahwinan kami, Allah permudahkan macam-macam, Allah bagi macam-macam. dah tukaq rumah, Allah pun dah cukupkan keperluan kami. kadang, terlebih. Alhamdulillah. tapi, moment kami time susah dulu, kami takkan lupa. tu lah buatkan kami sangat erat. syukur.
saling bantu pasangan/bakal pasangan. jangan bebankan depa dengan macam-macam kehendak kesenangan kita. insyaAllah. bila kita sabaq, semuanya mudah. - Yuyu Zulaikha
Dengar khabar yang Jihan Muse bakal berkahwin bulan Mac akan datang. Namun belum ada pengesahan rasmi daripada empunya diri mengenai perkara itu, termasuk cinta hatinya yang juga seorang pelakon, Ungku Hariz.
Baru-baru ini, ketika Jihan, 32, mengunjungi butik pengantin Man Kajang bersama seorang jurusolek, sudah ada yang membuat telahan, pengacara Anugerah Meletop Era 2016 itu bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.
Cuma hingga saat ini, Jihan mengambil pendekatan berdiam diri mengenai cerita pernikahannya. Bagaimanapun, menurut sumber boleh dipercayai, Jihan dan Ungku Hariz dikatakan akan naik pelamin pada bulan depan.
Majlis pernikahan dan persandingan dikatakan bakal diadakan di Shah Alam, masing-masing pada 20 dan 27 Mac. Jihan juga dikatakan bakal melaram dengan busana kahwin rekaan Man Kajang dan Rizman Ruzaini pada majlis perkahwinannya.
Sebelum ini, bertebaran cerita kononnya pasangan ini akan melangsungkan pernikahan mereka pada Oktober depan. -Bharian
Pengacara TV3, Nadia Annuar selamat menjadi isteri kepada pasangannya, Hafiz Salleh semalam. Mewah dan berseri majlis yang dilakukan ini. -gambar Instagram DianaAnnuar
Dengan sekali lafaz, anak tiri kepada Datuk Siti Nurhaliza, Muhammad Asyraf Khalid sah bergelar suami kepada model dan pelakon, Nurtria Wulandari Ariffin, sebentar tadi.
Majlis berlangsung di Hotel Majestic dan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. -Bharian
Tak pastilah berita ni betul. Ada pihak anggap gambar ini gambar lama, tapi ada juga yang menafikannya dan ianya gambar terbaru yang diambil pada minggu lepas ketika dia menghadiri perkahwinan model hijab, Ameera Zaini.
Tunggu empunya badan komen lah kan nanti, kalau benar, Alhamdulillah, tahniah.