Norman Hakim Kini Pelakon Gerak Khas!

Pada: Khamis, 7 November 2013
Menurut portal Utusan semalam, Norman Hakim akan kembali ke arena drama terhangat PDRM, Gerak Khas naungan Skop Production tidak lama lagi setelah 5 tahun keluar dari drama berkenaan.

Wah baguslah, dengarnya lagi setelah 10 tahun Gerak Khas ke udara, ada sedikit perubahan kali ini iaitu drama ini telah dikembangkan shootingnya ke 3 buah negara Asean iaitu Filipina, Thailand dan Indonesia.

 Sayangnya Abby Abadi tidak diterima semula. hoho.
"Saya tidak sabar untuk muncul semula dalam Gerak Khas kerana terdapat banyak kelainan pada watak lakonan saya iaitu Aris naik pangkat daripada Cif Inspektor ke Supretendan.

"Watak saya masih sama cuma pangkatnya sahaja yang naik ke tiga takuk dalam drama bersiri ini di bawah pangkat watak lakonan Datuk Yusof Haslam yang mana cabarannya lebih besar.

"Saya telahpun menjalani penggambaran drama bersiri ini sejak 18 Oktober lepas dan ia akan ditayangkan di TV1 tidak lama lagi.

"Ini pertama kali dalam sejarah selepas lebih 10 tahun Gerak Khas disiarkan ia pertama kalinya menjalani penggambaran di luar negara. Bagi saya ini satu peningkatan," -Norman Hakim

Tag : , , , , , , , , ,