Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Norman Hakim Kini Pelakon Gerak Khas!
Khamis, 7 November 2013
Menurut portal Utusan semalam, Norman Hakim akan kembali ke arena drama terhangat PDRM, Gerak Khas naungan Skop Production tidak lama lagi setelah 5 tahun keluar dari drama berkenaan.
Wah baguslah, dengarnya lagi setelah 10 tahun Gerak Khas ke udara, ada sedikit perubahan kali ini iaitu drama ini telah dikembangkan shootingnya ke 3 buah negara Asean iaitu Filipina, Thailand dan Indonesia.
Wah baguslah, dengarnya lagi setelah 10 tahun Gerak Khas ke udara, ada sedikit perubahan kali ini iaitu drama ini telah dikembangkan shootingnya ke 3 buah negara Asean iaitu Filipina, Thailand dan Indonesia.
Ac Mizal mahu berdebat dengan Abby Abadi!
Jumaat, 13 Julai 2012
Dua pelakon yang sama-sama membintangi drama bersiri, Gerak Khas yang juga dinaungi oleh PDRM (Polis DiRaja Malaysia), yakniAc Mizal dan Abby Abadi kini saling bergiat aktif dalam bidang politik. Dari Ac Mizal yang lebih pro kepada kerajaan manakala Abby yang sering dijemput ke ceramah-ceramah pembangkang.Namun ada satu isu yang telah timbul disini, yaitu apabila Abby Abadi dalam ceramahnya baru-baru ini dan sekaligus menyertai demontrasi mendesak kerajaan membebaskan 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting pada 8 Julai lalu.
Ini kata Abby dalam video diatas: "Memang diorang ( pegawai2 warden yang bertugas ) salah. Memang dapat arahan daripada orang atas, tapi mereka yang melakukan apa yang disuruh tu .... dikira bershubahat.Dan ini membuatkan Ac Mizal dengan lantang dan berani mahu berdebat dengan Abby mengenai isu ini, memandangkan dia dan Abby pernah berlakon bertahun-tahun dalam Gerak Khas menjadi anggota polis berpangkat tinggi. -Via
"Saya tak pernah tahu ISA ni dalamnya macam Guantanamo .. Saya tak pernah tahu pun ..
"Bayangkanlah diri masing2, yang berada didalam tu .... kalau kena benda yang sama macam korang buat. Saya tak rasa pun yang diorang kerjakan orang dalam ni ... maksudnya mendera tu ...semua MENTERI YANG SURUH ! Mungkinlah suruh ... tapi dia lebihkan lagi."
Shah Iskandar inspektor baru Gerak Khas
Ahad, 28 Mac 2010
Drama bersiri Gerak Khas memang popular dan bertahan dah bertahun-tahun. Jalan cerita juga masih dianggap relevan dan boleh diterima penonton. Kemunculan pelakon-pelakon baru juga membolehkan Gerak Khas menjadi satu revolusi kepada perubahan semangat anak muda dalam lakonan seni dan kerjaya seseorang dalam PDRM. Almaklumlah gaji PDRM kan sekarang dah naik. Gerak Khas pada tahun ini menampilkan pelakon muda, Shah Iskandar menjadi inspektor mengantikan ayahnya. Kalau nak tahu penampilannya macam mana, saksikanlah Gerak Khas.








Farid Amirul Kemukan Rayuan kes Curi
Sabtu, 19 Disember 2009
Nasib pelakon Farid Amirul Wu Abdullah yang cukup sinonim dengan watak Detektif Lim menerusi drama bersiri popular Gerak Khas sudah diketahui umum. Biarpun hukuman yang menyabitkan aktor itu atas kesalahan mencuri dua buah buku di MPH Mid Valley Megamall sudah dijatuhkan semalam, namun pelakon muallaf berusia 44 tahun itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi. Dia kini sedang menanti tarikh daripada mahkamah untuk rayuan kesnya dihujahkan di Mahkamah Tinggi kelak.
Penangguhan hukuman itu telah dibenarkan oleh mahkamah berdasarkan tiga syarat yang ditetapkan oleh Majistret Mohd Faizi Che Abu, di mana dia dikehendaki mengemukakan permohonan rayuan secara bertulis, membayar jumlah bon jaminan sebanyak RM3,000 dan perlu mendapat jaminan peguamnya bahawa dia tidak akan melarikan diri sepanjang tempoh penangguhan ini.
Farid berkata, dia tidak akan mengundur diri daripada bidang seni selagi masih diperlukan dan mendapat tawaran lakonan. Namun, seandinya nasib tidak menyebelahi, aktor itu bersedia untuk menceburi bidang perniagaan lain. Farid turut mengakui Datuk Yusof Haslam banyak memberikan sokongan dan perangsang kepadanya sepanjang proses perbicaraan ini.
Penangguhan hukuman itu telah dibenarkan oleh mahkamah berdasarkan tiga syarat yang ditetapkan oleh Majistret Mohd Faizi Che Abu, di mana dia dikehendaki mengemukakan permohonan rayuan secara bertulis, membayar jumlah bon jaminan sebanyak RM3,000 dan perlu mendapat jaminan peguamnya bahawa dia tidak akan melarikan diri sepanjang tempoh penangguhan ini.Farid berkata, dia tidak akan mengundur diri daripada bidang seni selagi masih diperlukan dan mendapat tawaran lakonan. Namun, seandinya nasib tidak menyebelahi, aktor itu bersedia untuk menceburi bidang perniagaan lain. Farid turut mengakui Datuk Yusof Haslam banyak memberikan sokongan dan perangsang kepadanya sepanjang proses perbicaraan ini.
Gerak Khas Edisi Raya 2009
Sabtu, 29 Ogos 2009
Belum lagi Hari Raya menjelma bahangnya, Gerak Khas arahan Datuk Yusof Haslam sudah mula membuat rakaman untuk Hari Raya atau sebelum Hari Raya nanti. Biasalah slot drama popular ini akan terus dijayakan oleh kerana jalan ceritanya yang suspen dan suspek. Hehe. Semua pelakon turut berlakon, kecuali inspektor Haris. Tapi penulis jarang dah tengok Gerak Khas ni, tiada masa nak tengok kan. Mungkin anda boleh lah tengok babak2 sekitar Gerak Khas episod Raya ni.















