
Bila Adi Putra membuat protes tidak mahu dicalonkan dalam ABPBH kerana sayangkan peminatnya, kini Linda Onn yang juga deejay Suria FM telah pun mengikut jejak Adi. Mengikut sumber mStar itu lagi, Linda bukanlah merajuk sebab kalah namun hanya menjaga hati peminatnya yang bersusah payah mengundi untuk dirinya.
"Saya bukan berkecil hati atau merajuk kerana kalah menang itu adalah perkara biasa dalam sesuatu pertandingan tetapi penarikan diri itu adalah semata-mata kerana peminat saya.Pada ABPBH 2012, kategori penyampai radio wanita popular di menangi oleh Fara Fauzana. Penyampai radio Hot FM itu memenanginya sejak 2007!.
"Ramai yang datang kepada saya dan mengadu mereka kecewa kerana saya gagal memenangi kategori itu (Penyampai Radio Wanita Popular) walaupun telah bersusah payah melakukan undian.
"Saya sudah puas dicalonkan dan menang dalam kategori itu dan tiba masanya laluan diberikan kepada wajah-wajah baru malah saya yakin peminat akan terus menyokong kerjaya saya walaupun tidak bertanding," katanya.
wah dah dari 2007 tak nak bagi chan ke Fara oi kat orang lain..kuikui..
Tag : ABPBH2012 , Ady Putra , Berita Artis , Deejay Radio , Fara Fauzana , Hot FM , Linda Onn , Pelakon , Siti Nurhaliza , Suria FM