Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Linda Onn bukan lagi deejay Suria FM!

Isnin, 27 Jun 2016

Linda Onn atau nama penuhnya Rozlindah Onn telah pun tamat kontrak sebagai penyampai radio di Suria FM, semalam.

"Kontrak tidak diperbaharui dan saya tiada dalam perancangan mereka,"

Jelas Linda Onn, dia sudah pun mempunyai perancangan seterusnya dan akan memaklumkan apabila sudah bersedia.

"Setakat ini belum ada perancangan untuk ke stesen radio lain lagi. InsyaAllah ada rezeki dan tawaran di tempat lain saya akan ke udara lagi. Tapi dalam masa yang sama saya sudah ada perancangan sesuatu untuk meneruskan minat saya dalam dunia radio. Kalau menjadi nanti akan diberitahu ya." tambah katanya memetik MediaHiburan

Sekitar kejutan hari jadi Umie Aida (13 gambar)

Isnin, 11 Januari 2016

Tarikh sebenar harijadi Umie jatuh pada 18 Januari, tapi diawalkan oleh rakan-rakan selebritinya.

Linda Onn kena bayar RM50,000 kepada majalah Ujang...

Selasa, 25 Ogos 2015

Perkembangan Kes Linda Onn Fitnah Majalah Ujang
Tarikh 21 Ogos lepas Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memerintahkan penyampai radio Suria FM, Linda Onn dan stesen radio itu membayar ganti rugi RM50,000 kepada pemilik majalah humor, ‘Ujang’ berhubung dengan kenyataan fitnah dalam satu segmen pada Januari tahun lepas.

Menerusi Bernama kelmarin, Hakim See Mee Chun memerintahkan defendan Linda Onn dan pemilik stesen radio Suria FM membayar kos RM20,000 kepada Datuk Othman Yusof dan MOY Publications Sdn Bhd 

Ekoran dengan keputusan mahkamah tersebut, Linda Onn memberi penjelasan situasi sebenar mengenai fitnah tersebut melalui akaun laman sosial Facebook dan Instagramnya.

Sekitar majlis sambutan harijadi Umie Aida (7 gambar)

Jumaat, 6 Februari 2015


Baru-baru ini berlangsung satu kejutan majlis buat Umie Aida oleh kawan karibnya. Ini dibuat walaupun tarikh sebenar hari lahir Umie sudah berlalu dua minggu yang lalu.

Majlis sederhana itu diadakan dekat Bangsar Avenue dan turut dihadiri oleh Ning Baizura, Linda Onn, Zahida Rafik, Betty Banafae dan Erma Fatima. -gambar Little Stars Photography

Gambar Resepsi Linda Onn, Ungku Azhar

Rabu, 29 Januari 2014


Ini adalah gambar resepsi untuk deejay terkenal, Linda Onn dengan suaminya, Ungku Azhar di sebuah restoran terkenal, Hadramawt. Kurang dipastikan bila ianya diadakan, mungkin hujung minggu yang lalu.

Dikhabarkan majlis berkenaan diadakan secara terbuka dengan pihak media dan kawan-kawannya dijemput menghadirinya. -gambar myartis.com

Lagi Gambar Suami Linda Onn

Khamis, 23 Januari 2014

setelah bergelar suami isteri yang sah, akhirnya Linda Onn berani menampilkan wajah suaminya yang sememangnya hensem giler orangnya, Ungku Azhar. Takpe la, dah jodoh mereka kan, semoga berbahagia lah kehendaknya. :)

Gambar Suami Linda Onn

Isnin, 13 Januari 2014

Akhirnya Linda Onn yang sebelum ini membuat satu majlis tertutup daripada lensa kamera media mengenai pernikahannya kini dia sudah bersedia memberikan gambar/foto wajah suaminya, Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan.

Mereka yang dinikahkan pada 27 Disember lalu sekarang sudah 2 minggu bergelar suami isteri.

Linda Onn Selamat Bergelar Isteri

Sabtu, 28 Disember 2013

Difahamkan yang Linda Onn sudah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya yang juga kerabat diraja iaitu, Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan. Linda Onn yang menamatkan zaman bujangnya itu pada usia 36 tahun dan suaminya dalam lingkuan 40-an.

Majlis bersejarah itu diadakan di kediaman Linda Onn dekat Bukti Indah, Ampang semalam selepas waktu Asar. Media difahamkan tidak dibenarkan mengambil foto ekslusif mereka, sebab apa, wallahualam.

27 Disember Linda Onn Nak Nikah?

Rabu, 18 Disember 2013

Linda Onn yang kini berusia 36 tahun dikhabarkan akan menamatkan zaman bujangnya pada hari Jumaat bersamaan 27 Disember ini dengans seorang lelaki yang berketurunan darah kerabat diraja.

Menurut portal Utusan itu lagi, tidak dinyatakan nama dan kerabat diraja mana yang dimaksudkan, namun sumber percaya majlis itu diadakan di kampung halamannya dengan sambutan sederhana dengan dihadiri oleh keluarga dan juga sanak saudara kedua-dua pihak.

Tambahan lagi, Linda dan pasangannya itu sudah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama sekitar Johor Baharu. Kalau betul, tahniah lah, benda baik dan elok kan. :)

Linda Onn Tidak Mahu Lagi Sertai ABPBH!

Ahad, 28 April 2013

ABPBH sepertinya satu majlis yang mempunyai tempias yang luar biasa apabila sebilangan kecil selebriti tempatan enggan lagi mahu disenaraikan dalam pencalonan kategorinya. Seperti Adi Putra dan Datuk Siti Nurhaliza.

Bila Adi Putra membuat protes tidak mahu dicalonkan dalam ABPBH kerana sayangkan peminatnya, kini Linda Onn yang juga deejay Suria FM telah pun mengikut jejak Adi. Mengikut sumber mStar itu lagi, Linda bukanlah merajuk sebab kalah namun hanya menjaga hati peminatnya yang bersusah payah mengundi untuk dirinya.
"Saya bukan berkecil hati atau merajuk kerana kalah menang itu adalah perkara biasa dalam sesuatu pertandingan tetapi penarikan diri itu adalah semata-mata kerana peminat saya.

"Ramai yang datang kepada saya dan mengadu mereka kecewa kerana saya gagal memenangi kategori itu (Penyampai Radio Wanita Popular) walaupun telah bersusah payah melakukan undian.

"Saya sudah puas dicalonkan dan menang dalam kategori itu dan tiba masanya laluan diberikan kepada wajah-wajah baru malah saya yakin peminat akan terus menyokong kerjaya saya walaupun tidak bertanding," katanya.
Pada ABPBH 2012, kategori penyampai radio wanita popular di menangi oleh Fara Fauzana. Penyampai radio Hot FM itu memenanginya sejak 2007!. 

wah dah dari 2007 tak nak bagi chan ke Fara oi kat orang lain..kuikui..

Linda Onn Masih Berusaha Mencari Jodoh

Jumaat, 1 Februari 2013

Linda di salah satu restoran miliknya MMCR.
Penyampai radio yang dikenali ramai dan juga bos besar My Mom's Chicken Rice (MMCR) yang kini memiliki 4 buah cawangan, Linda Onn digosipkan akan berkahwin tidak lama lagi sebelum ini dan seterusnya mahu menamatkan zaman bujangnya yang kini dia berusia 35 tahun.

Namun ianya hanyalah gosip semata-mata, Linda menyifatkan ianya hanyalah satu doa dan kini sedang berusaha untuk mencari jodohnya agar dipercepatkan untuk berkahwin dengan menyerahkannya kepada Allah SWT.

Kenyataannya di dalam mStar semalam menunjukkan dia kini semakin kuat untuk berusaha memilih calon suami. Namun tidak dinyatakan ciri-ciri yang menjadi pilihan di hatinya.
"Saya ada berusaha untuk mencari pasangan namun terlalu peribadi untuk saya kongsi tetapi semuanya berbalik kepada jodoh. Mungkin suatu hari nanti jika diizinkan saya akan berkahwin.

"Apabila orang mengatakan saya akan berkahwin saya menganggap itu sebagai satu doa daripada mereka dan mungkin ia akan dimakbulkan.

"Ibu bapa saya juga tidak pernah memaksa atau meletakkan tempoh khusus untuk saya berkahwin dan bersyukur mereka sentiasa menyokong," -Linda Onn, mStar.

Linda Onn dengan motorsikal Ducati

Khamis, 14 April 2011

Zaman sekarang ni motorsikal berkuasa tinggi merupakan satu hobby yang cukup mewah. Ya lah, bukan selalu naik, cuma dikala hujung minggu dan diwaktu terluang sahaja. Yang pemiliknya juga, mestilah orang-orang banyak duit. Macam Linda Onn, bos restoran lagi tu, mesti nak rembat satu motorsikal besar punya la. Macam Dato' Siti dalam entry yang sebelum ini juga. Linda sekarang ni mempunyai motorsikal berkuasa besar jenis Ducati 696cc. Linda berminat menaiki ni semenjak Mac 2010, ketika jatuh cinta pandang pertama di majalah motorsikal dan juga sempena ulang tahunnya yang ke-33. Semenjak itu Linda pun ikut konvoi. Cewah~ -gambar Utusan

Fahrin Ahmad tak datang ABPBH 2010 sebab umrah

Khamis, 7 April 2011

ABPBH ternampak kelibat Scha al Yahya dan Linda Onn. Tapi kelibat pelakon yang pernah dulu dikaitkan dengan dua artis ni tak datang. Memang Fahrin dinantikan peminat-peminat ketika itu. Mungkin dah tahu empunya diri tak dicalonkan dari awal lagi, Fahrin pun pergilah membawa diri untuk menunaikan umrah dan balik pada malam hari Isnin keesokkan hari ABPBH 2010 melabuhkan tirainya. Fahrin memang seorang pelakon yang serba boleh, tapi napa lah dia tak dicalonkan erk. Cian Fahrin, belum rezeki lagi kot. huhu.

Linda Onn dibenci seorang pensyarah IPT

Selasa, 1 Mac 2011

Kisah Linda Onn buat masa ni memang jarang didengar. Mungkin sibuk dengan kerjayanya di udara (stesyen radio) dan juga perniagaannya. Namun dalam kesibukan itu, Facebook fan page milik Linda baru-baru ini, mendapat perhatian umum pengguna Facebook di Malaysia. Facebook berkenaan mengeluarkan post yang mengatakan seorang pensyarah di salah satu IPT tempatan membenci Linda Onn atas sebab-sebab yang dirahsiakan.

-kiik untuk besarkan

Namun perkara itu mungkin membuatkan Linda tidak senang duduk dan meminta peminatnya di Facebook memberikan pendapat mengenai dakwaan demikian. Bayangkan jika orang membenci kita, cuba fikir sebab apa dia benci kita? Zzz..

Linda Onn bertudung demi Maher Zain

Ahad, 10 Oktober 2010

Sejak menjadi fenomena di kalangan peminat muzik nasyid di Eropah serta di Timur Tengah, nama Maher Zain memang cukup hebat diperkatakan di kalangan masyarakat Islam kita. Malah, ramai wanita yang khabarnya memuja Maher walaupun mereka sudah pun mengetahui bahawa statusnya adalah sebagai suami orang. Di kalangan selebriti wanita kita pun apa kurangnya. Ramai juga yang meminati serta menggemari Maher Zain. Salah seorang daripadanya ialah Linda Onn. Kalau tak percaya, lihatlah gambar di bawah. Demi Maher, Linda khabarnya sanggup bertudung serta menutup kepalanya. Rasa-rasanya, comel tak kalau mereka digandingkan berdua?

Tapi, diharapkan, jangan ada pula yang salah sangka bila tengok gambar di bawah ya. Sebenarnya, tiada apa-apa yang berlaku di antara Linda Onn dengan Maher Zain ni. Sebaliknya, ia hanyalah sekadar gambar promo untuk temumbual live secara eksklusif di Suria Drive Linda Onn bersama Maher Zain yang akan berlangsung pada 12 Oktober ini, bermula jam 4 petang hingga 8 malam. -Murai

Linda Onn harapkan lelaki VIP jadi suami?

Jumaat, 3 September 2010

Selepas hubungan cintanya dengan dengan seorang pelakon kacak berakhir serta dilanda kontroversi, penyampai Suria FM, Linda Onn sering saja diasak dengan pelbagai soalan yang berkaitan dengan cinta dan lelaki. Malah setiap kali Linda dilihat menghadiri mana-mana majlis dengan ditemani seorang lelaki, selebriti yang tinggi lampai ini pasti dikatakan sudah mempunyai kekasih baru. Tapi baru-baru ini Linda menegaskan yang dia sudah tidak mahu lagi atau serik membawa kawan lelaki ke mana-mana majlis. Dengan nada agak merdu, Linda mengungapkan..

"Saya terima siapa saja yang ditentukan Allah untuk jadi suami Linda. Yang penting lelaki itu mestilah baik. Kalau lelaki itu terdiri dari golongan VIP, saya akan terima. Itu pun kalau saya sayang dia dan dia pun sayang saya. Kalau golongan VIP lamar secara mengejut, itu mungkin suatu yang sukar untuk saya terima ," jelas Linda. -Murai

Finaz Yunus bertunang dengan bekas kekasih LO?

Rabu, 1 September 2010

Siapa Finaz Yunus ni? memang terlalu asing bagi peminat artis tempatan, tapi selepas kemunculannya di berita TV9 dan Hijrah TV, mungkin lebih meyakinkan anda untuk mengenali siapa dirinya. Baru-baru ini Finaz akan merancang/sudah dirancang bertunang dengan bekas kekasih kepada Deejay terkenal, LO (paham-paham sendiri ler erk), Saleh Nor. Gosip diantara LO dan Saleh Nor pada masa dahulu juga tidak kurang hebatnya, banyak gambar mesra diantara mereka, dan juga beranggapan ramai yang mungkin tidak tahu apa status hubungan LO dan Saleh. Masih menjadi suatu hubungan yang misteri yang sukar diungkapi dengan fakta gambar sahaja.


Dengan LO dahulu..

kes saman Fahrin, Linda dah terkubur

Sabtu, 7 Ogos 2010

Penyampai radio Suria FM, Linda Onn tidak berhasrat untuk terus “berperang” dengan bekas kekasihnya Fahrin Ahmad di mahkamah selepas pelakon itu membuat keputusan menarik balik samannya terhadap Linda. Linda yang dihubungi berkata, keputusan yang dibuat Fahrin itu menyebabkan dia juga mengambil tindakan serupa untuk kepentingan bersama.

“Disebabkan dia (Fahrin) nak tarik saman dia terhadap Linda, maka Linda rasa masalah itu biarlah habis di situ saja. Anggaplah tak ada apa-apa kes. Sebelum ini dia yang hendak tarik Linda ke mahkamah, jadi Linda terpaksa pertahankan diri,” kata Linda.
Pada 25 Januari 2010 lalu Fahrin membuat sidang media untuk menyaman Linda kerana wanita itu dikatakan telah melakukan fitnah termasuk menuduh Fahrin sebagai kaki pukul. Bagaimanapun beberapa bulan lalu Fahrin membatalkan hasratnya untuk meneruskan saman terhadap pengacara itu. -mStar

Linda Onn digosipkan ada hubungan dengan 'kerabat'!

Rabu, 28 Julai 2010

Linda Onn yang sesikit masa lalu pernah menjalinkan hubungan dengan aktor Fahrin Ahmad dengan penuh yakin dia berkata buat masa ini dia tidak mempunyai teman istimewa atau pun lebih dikenali sebagai kekasih hati. Namun mengakui mempunyai ramai kenalan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan budaya (termasuk orang miskin juga ker?). Mengenai gosip yang mengatakan dia kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang 'kerabat', Linda tersenyum segera mengelengkan kepala. Katanya sehingga saat ini, dia masih belum tahu siapakah 'kerabat' yang dikaitkan dengannya.

"Saya berkawan dengan sesiapa sahaja. Tidak kira kerabat atau orang biasa. Saya bukan mahu menafikan, tetapi saya memang tidak tahu siapa yang dimaksudkan mempunyai hubungan dengan saya. Mungkin saya berkawan dengan ramai orang dan salah seorang daripada kawan saya itu seorang 'kerabat' dan saya sendiri tidak tahu. Mungkin juga saya ada urusan kerja dengan orang tersebut. Entahlah, tetapi sampai sekarang saya masih 'blur'," ujar Linda. -Gua

Linda Onn bangga diri??

Isnin, 24 Mei 2010

Kalau mahu diikutkan, status Linda sekarang adalah seorang artis. Tapi dalam tidak disangka dia ni merupakan salah seorang artis yang kaya hasil perolehan daripada sumber perniagaan. Memiliki rumah besar, kereta canggih dan juga sekutu dengannya. Walhal ini semua hanyalah pinjaman dan amanah daripada Allah keatas hambanya. Dalam akhbar NST baru-baru ni Linda ada membuat 'statement' yang menunjukkan dirinya merupakan jutawan. Kalau nak diikutkan, 'statement' tue sepertinya ada rasa takabur cikit ler... Apa-apa pun tue duit Linda juga kan. :)

"I dreamt of having a house with a pool and automatic gates and me coming home in a big car. I've got them all, so yeah.

"True success, however, is being able to walk into a designer boutique and buy stuff without looking at the price tag. Being careful as always, I still look at the price tag. Maybe after this, I'll just go in and buy whatever I want."
-Nst