Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Adi Putra, bekas isteri menunaikan Umrah? (3 gambar)

Jumaat, 5 Mei 2017


Umum mengetahui yang Adi Putra sudah tidak mahu dikatikan dengan kedua-dua isterinya, Aida Yusof dan Norshahida. Namun, melihat pada foto yang dimuat naik oleh Aida mengatakan beliau, Adi dan anak angkat mereka sedang berada di lapangan terbang bagi menunaikan ibadah umrah bersama.

Adakah mereka kini sudah berbaik?

Mesej sentap Shahida untuk Adi Putra...

Jumaat, 14 April 2017


Walaupun sudah bercerai dengan isterinya, Aida Yisof dan Norshahida, kini Adi Putra masih berdiam diri tanpa menyatakan sebab kenapa dia menceraikan kedua-dua isteri beliau.

Semalam, Adi ada memuatnaik posting dengan ucapan dari bekas isterinya, Norshahida. Norshahida mengucapkan terima kasih kepada Adi yang akhirnya menunjukkan perangainya yang sebenar.

Norshahida juga memberitahu rasa cintanya sudah tiada dan hanya ada kebencian di dalam hatinya kini terhadap Adi.

Adi Putra sahkan cerai kedua-dua isterinya?

Jumaat, 24 Mac 2017

Tanda tanya mengenai status rumah tangga Adi Putra dengan isterinya terjawab apabila mengesahkan dia tidak lagi mempunyai hubungan dengan dua isterinya itu.

Kenyataan Adi itu dibuat kepada pihak media menerusi laman Instagram miliknya pada Khamis.

Terdahulu Adi dilaporkan memfailkan perceraiannya terhadap Aida atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof, 42, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 3 Mac lalu.

Mereka berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurnaiakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.

Adi kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly, 33, pada 20 Jun 2016.

Aida pula sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Zul (Handy Black).

Dalam pada itu kes permohonan cerai yang buat Adi akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 31 Mac ini, pukul 9 pagi. -mStarOnline

Adi Putra bakal ceraikan isteri pertamanya..

Isnin, 20 Mac 2017

Memetik portal mStarOnline, Adi Putra telah memafailkan perceraian terhadap isteri pertamanya, Aida Yusof. Pendaftaran itu dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur dekat sini pada 3 Mac lalu.

Dikhabarkan kes berkenaan akan disebut dalam masa terdekat.

Adi berkahwin dengan Aida atau Zuhaidah Yusof, 42, pada 14 April 2006.

Mereka tidak dikurniakan anak apabila Aida sering kali mengalami keguguran namun mempunyai seorang anak angkat iaitu Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.

Adi Putra bakal bercerai?

Selasa, 7 Februari 2017

Adi Putra yang berkahwin lagi kali ke-2 pada Julai 2016 yang lalu dengan Norshahida Zolkifly kini datang gosip mengatakan mereka bakal bercerai.

Namun bagi Adi, dia menafikan khabar angin berkenaan dan menegaskan dia dengan dua isterinya termasuk Aida (isteri pertama) masih lagi dalam berhubungan sangat baik

"Kalau rumah tangga saya berantakan atau bermasalah, saya takkan berada di sini sekarang.

"Saya juga takkan menerima tawaran berlakon jika ingin melarikan diri kerana saya tahu sudah tentu ada pihak akan bertanya,

"Sebagai artis, orang nampak dan mengambil tahu mengenai diri saya. Isteri saya bukan artis, jadi apabila dakwaan sebegini timbul, kesannya adalah pada diri saya.

"Dalam dunia seni, bukan sesuatu yang mustahil adanya perasaan dengki dan fitnah. Cuma, macam mana kita hendak menghadapinya? Hubungan dengan isteri-isteri saya masih baik dan kami menjalani kehidupan seperti biasa," katanya memetik BharianOnline

Tuduhan panas terkini terhadap isteri ke-2 Adi Putra

Selasa, 3 Januari 2017

Ada pihak yang masih tidak berpuas hati terhadap kebahagian rumahtangga Adi Putra dengan isteri keduanya, Norshahida dengan menimbulkan spekulasi terbaru.

Ada yang beranggapan perkahwinan Norshahida dan Adi semata-mata kerana Adi inginkan zuriat. Namun, perkara itu sekerasnya dinafikan oleh Norshahida. Menurut beliau, Adi tidak pernah membangkitkan isu berkenaan.

Saya kenal Adi, malah sepanjang enam bukan menjadi isterinya, isu zuriat tidak pernah timbul. Kami juga tidak pernah berbincang mengenainya. Bagi kami, jika ada rezeki, kami terima. Adi sentiasa beri semangat kepada saya.

Ketika menunaikan umrah di Makkah, Adi ada melakukan solat istikharah. Ketika di Madinah, Adi menghubungi ibu saya untuk menyatakan hasrat untuk melamar. Sejak mula berkenalan, saya sudah sudah memperkenalkan Adi kepada ibu, malah dia turut meminta keizinan ibu untuk berkawan.

Ketika Adi mahu berangkat ke Makkah, saya turut menghantarnya di KLIA. Ketika itu Adi memaklumkan hasratnya untuk menikahi saya pada 20 Jun lalu. Saya terdiam dan kebingungan. Pernikahan kami berlangsung di kediaman saya di Nilai, Negeri Sembilan.

Isteri ke-2 Adi Putra perjelaskan isu rumahtangga, pernah keguguran..

Khamis, 29 Disember 2016

Gosip mengatakan yang rumahtangga Adi Putra daripada perkahwinannnya ke-2 bergolak mendapat reaksi isteri ke-2 Adi, Norshahida Zolkifli sejak enam bulan mendirikan rumahtangga. Selain daripada rumahtangganya, beliau juga pernah mengalami keguguran beberapa bulan lalu.

"Saya tidak pernah membuka mulut berhubung perkahwinan kami selepas berkahwin. Saya faham sangat, suami tidak selesa berkongsi kisah peribadi untuk tatapan umum.

"Bagaimanapun, lebih lama kami mendiamkan diri, terlalu banyak spekulasi yang timbul sejak kami berkahwin.

"Mungkin langkah ini agak berat tetapi apabila terserempak dengan wartawan hari ini, saya tidak boleh melarikan diri. Saya harus mempertahankan rumah tangga saya yang diperkatakan ramai,"

"Selepas beberapa bulan berkahwin, suami mengambil langkah mempertemukan kami. Alhamdulillah, hubungan kami baik.

"Kerap juga kami bertemu dan selalu berhubung untuk bertanya khabar. Saya menepis tanggapan sesetengah pihak hubungan kami keruh," katanya. Norshahida berkata, beliau dan Aida faham tanggungjawab masing-masing.

"Apabila suami berada bersama Aida, saya tidak akan mengganggunya, begitu juga Aida.

"Bagaimanapun, saya tidak menafikan ada sesetengah pihak seperti mahu melaga-lagakan kami. Saya sebagai isteri muda seharusnya lebih banyak beralah serta menjaga hati suami dan Aida,"

"Saya tidak tahu saya hamil. Saya seorang yang aktif berbasikal dan bersenam. Saya hanya sedar diri hamil apabila mula mabuk menaiki kenderaan. Namun, keadaan itu tidak lama apabila saya keguguran," katanya.

Perkahwinan Ke-2 Adi Putra retak?

Ahad, 25 Disember 2016

Isteri ke-2 Adi Putra mengandung?

Selasa, 1 November 2016

Adi Putra sebelum ini berkahwin buat kali kedua dengan seorang janda beranak satu iaitu Nor Shahida. Adi kini boleh tersenyum penuh kebahagiaan apabila Nor Shahida khabarnya sedang hamil anak pertama mereka.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Adi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai berita kehamilan tersebut. -Utusan Online

Adi Putra akui boleh bersentuhan bila berlakon, TAPI....

Selasa, 18 Oktober 2016

Adi Putra mengakui dia langsung tiada masalah untuk bersentuhan dengan perempuan dalam lakonan tambah pula perkara itu tidak menjadi halangan dan dibenarkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
“Tiada istilah terpaksa. Apabila berlakon, terpulang pada kami. Kita hendak sentuh, kita sentuh. Kalau kita tidak mahu sentuh, jangan sentuhlah. Tidak ada [batas], cuma semasa drama ‘Cinta Si Wedding Planner’ orang tidak nampak bersentuh.”
Walaubagaimanapun Adi menegaskan yang dia tidak akan mencium dahi perempuan kerana tahu tentang batas-batas yang perlu dijaga.
“Cium dahi memang tidak boleh sebab sudah keluar dalam LPF. Kita tahu garis panduan,” katanya kepada Malay Mail Online.
Sebelumnya, pelakon ini pernah mengeluarkan kenyataan yang dia enggan berkongsi foto isteri kedua di laman sosial keran mahu menjaga hati ramai pihak.

Sekarang Adi juga sedang sibuk menguruskan agensi umrah yang dijalankannya sejak tiga tahun lalu, selain terus aktif dalam bidang lakonan.

Adi Putra dedah sebab enggan muat naik gambar isteri ke-2

Jumaat, 14 Oktober 2016

Dengar khabar yang pelakon, Adi Putra belum sekali pun berkongsi gambar bersama isteri keduanya. Namun Adi tetap kerap untuk bergambar mesra dengan isteri pertama sahaja.

Menurut Adi sendiri, dia lebih selesa untuk tidak memuat naik sebarang gambar mereka bersama di laman sosial. Tambahnya, lebih baik tumpukan kepada rumah tangga dan membimbing isterinya berbanding media sosial.

Mmetik portal Bharian dimana soalan adakah kedua-dua isteri Adi sudah berjumpa bertentang mata, Adi menjelaskan, isteri pertama Aida Yusof dan kedua Nor Shahida Zolkifly masing-masing belum lagi berjumpa, malah biarlah masa menentukannya.

Isteri ke-2 Adi Putra ditahan Polis kes sindiket penyeludupan manusia?

Ahad, 31 Julai 2016


Umum mengetahui bahawa isteri kedua pelakon Adi Putra iaitu Nor Shahida berkhidmat dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

Meskipun isu rumah tangga Shahida dan Adi belum lagi reda, timbul pula satu berita yang agak memeranjatkan apabila ada pihak memberitahu Shahida ditahan pihak polis di pejabatnya kira-kita jam 4.30 petang Selasa didalam sebuah operasi khas.

Penangkapan itu dilakukan oleh Polis DiRaja Malaysia bagi menyiasat kes sindiket penyeledupan warga asing ke negara ini.

Adi Putra tak kisah dituduh perampas, perkahwinan ke-2 satu 'Anugerah' (video)

Khamis, 28 Julai 2016

Adi Putra tidak terkejut perkahwinan kedua bersama seorang janda anak satu telah terlebih dahulu didedahkan kepada umum dan bukan melalui pihaknya sendiri. Dia juga tidak melenting apabila digelar 'perampas'. -video mStar Online

Punca Adi Putra bersara awal dari dunia anak seni..

Rabu, 27 Julai 2016

Akibat kontroversi kahwin lagi yang melanda dirinya, Adi Putra menjelaskan yang dia membuat keputusan untuk bersara lebih awal dari dunia hiburan. Namun tidak menafikan yang dia akan sentiasa juga aktif dalam industri perfileman.
“Saya akan keluar daripada industri hiburan tanah air tetapi saya tetap akan kekal dalam industri perfileman. Saya mempunyai perancangan-perangcangan saya sendiri mengenai pembabitan saya di dalam dunia perfileman,” katanya kepada Malaysian Digest

Adi Putra tampil dedah wajah lelaki yang memburukkannya.. (2 gambar)

Ahad, 24 Julai 2016

Instagram Adi Putra telah menyatakan bahawa dia akan mengadakan sidang media untuk menjelaskan apa yang telah berlaku sebelum ini (perkahwinan ke-2).

Selain itu, Adi juga dalam masa yang sama turut mendedahkan wajah sebenar dan juga nombor telefon lelaki yang mendakwa dirinya adalah bekas suami wanita yang dikahwini Adi Putra. Malah Adi juga ada menyatakan bahawa lelaki berkenaan sudah dua kali gagal dalam rumahtangga.

Bekas suami kepada isteri baru Adi Putra tampil beri komen..

Selasa, 19 Julai 2016


Isu kahwin Adi Putra dengan seorang wanita misteri identiti masih lagi menjadi tanda tanya, memandangka Adi sendiri tidak tampil memberikan sebarang ulasan.

Menurut laporan AstroGempak, bekas suami kepada isteri baru Adi tampil membuat kenyataan di laman sosial Facebook. Dia mendakwa bekas isterinya itu 'tergila-gilakan' Adi dan sanggup meninggalkan mereka dua beranak.

Komen Aida Yusof, Adi Putra kahwin lagi...

Isnin, 18 Julai 2016

Hujung minggu lalu, Adi Putra dikhabarkan sudah berkahwin lagi buat kali ke-2. Memetik portal MediaHiburan, isteri Adi Putra, Aida Yusof tampil untuk memberikan komen berkenaan.
"Saya serahkan kepada Adi Putra, suami saya untuk menjelaskan perkara sebenar. Saya sebagai isteri tidak mahu memberi sebarang komen buat masa ini. Biarlah dia sebagai suami untuk membuka mulut terhadap media terlebih dahulu.

"Saya juga pohon diberikan ruang untuk privasi," jelas Aida yang ditemubual.

Adi Putra kahwin kali ke-2, bagaimana dengan isteri pertama?

Ahad, 17 Julai 2016

Pelakon Adi Putra membatalkan majlis Aidilfitri bersama kelab peminatnya pada saat-saat akhir yang dijadualkan pada Ahad dipercayai selepas berita perkahwinan keduanya yang dilakukan secara rahsia terbongkar.

Majlis Aidifitri itu sepatutnya diadakan di Casa Ombak, Ampang dekat sini dibatalkan tanpa dinyatakan secara terperinci namun dia sekadar memaklumkan di Instagram miliknya tindakan itu kerana sebab-sebab tertentu.

Bekas skandal Adi Putra kini bahagia (17 gambar)

Khamis, 3 September 2015

Masih ingat wanita yang pernah dikaitkan dengan pelakon, Adi Putra dua tahun lalu mengenai skandal aplikasi telefon mudah alih. Namanya, Nooraida atau Aida Fasha yang berasal dari Johor Baharu.

Aida kini difahamkan sedang berbahagia dengan suaminya, Amiruddin Othman yang juga seorang usahawan. Ikut informasi mereka sebenarnya sudah bercerai pada 2013 yang lalu, namu rujuk semula demi anak perempuan mereka.

Syukurlah, mereka kini dah berbahagia semula, Adi Putra dah pun juga membuat haluan sendiri demi kerjaya seninya. Semoga sejarah tidak mungkin berulang.

Top 9 artis tempatan ada kembar (9 gambar)

Isnin, 18 Mei 2015


1) Zain Saidin
Kembar Seiras Artis Malaysia
Rasanya korang perasan tak muka selebriti tempatan kita ni ada juga kembar mereka di pentas dalam mahupun luar. Cuma ada yang perasan dan ada juga yang tak perasan.-gambar OhBulan