Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Luahan terbaru Fara Fauzana mengenai perkahwinannya

Isnin, 19 September 2016

Seperti sedia maklum, pernikahan Fara Fauzana dan Mohamed Hafiz dibatalkan atas alasan peribadi yang dinyatakan Fara dalam kenyataan yang mengejutkan peminat, baru-baru ini.

Namun baru-baru ini, Fara berkongsi luahan hati berkaitan dengan perkahwinannya itu di laman Instagram dengan memuat naik gambar sijil kursus ibadat haji.
"Ikut tarikh ikut hati sudah tiba masanya. Tapi setiap apa yang kita rancang hanya Allah yang tahu apa yang terbaik.

Doakan supaya Allah izinkan saya untuk menjadi tetamu di tahun hadapan supaya melengkapi rukun Islam," caption gambar itu.
Tambah Fara, dibawah gambar berkenaan.
"Ramai yang berkata, ramai yang bertanya tapi siapalah saya untuk menahan semua kerana percaya setiap kata itu juga doa terbaik. Terima kasih semua kerana terus menjadikan saya kuat seperti hari ini. Semoga Allah terus membimbing kita. Sayang semua,"

Video Fara diserbu media isu pembatalan perkahwinan

Jumaat, 9 September 2016


Fara Fauzana masih enggan menjelaskan punca pembatalan majlis pernikahannya pada 17 September ini biarpun diserbu pihak media yang ingin mendengar reaksinya berhubung insiden berkenaan.

Fara berkata, segalanya sudah terjawab seperti yang ditulis pada kenyataan media yang dikeluarkannya pada pada Ahad lalu.

"Semuanya sudah ditulis dalam kenyataan media dan tiada apa-apa yang ingin diulas lagi.

"Apa yang berlaku sudah kententuan Allah, saya kena pergi sekarang, terima kasih," ujarnya.
Fara hadir pada majlis iM4U FM Sekolah Radio 2016 dan sambutan ulang tahun ke 2 saluran radio itu di Taman Perindustrian Puchong di sini pada Khamis. -mStar Online

Calon suami Fara Fauzana, Hafiz tampil dedah perkara sebenar..

Khamis, 8 September 2016

Difahamkan calon suami Fara Fauzana, Mohamed Hafiz tampil memberitahu media yang dia menafikan sudah berkahwin seperti yang didakwa oleh sebuah akhbar tempatan.

Bagi Hafiz ini satu fitnah buat dirinya dengan Fara Fauzana.

Punca sebenar Fara Fauzana tak jadi kahwin didedahkan.. Politik?

Rabu, 7 September 2016

Sebuah laman page politik mengklaim yang punca sebenar Fara Fauzana membatalkan perkahwinanya bulan ini adalah disebabkan calon suaminya itu berparti politik Kerajaan,

Namun umum sudah mengetahui yang kemungkinan sebab utamanya adalah calon suami Fara itu sudah berkahwin.

Mana satu betul, anda teka lah.. hihi..

Sebab mengapa Fara Fauzana batalkan pernikahan 17 Sept ini?

Isnin, 5 September 2016

Hasrat personaliti televisyen iaitu Fara Fauzana untuk berkahwin pada 17 September ini tidak kesampaian apabila majlis berkenaan dibatalkan.

Fara berkata, keputusan membatalkan perkahwinan itu dibuat atas sebab-sebab peribadi yang tidak boleh dikongsi olehnya.
“Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan.

“Keputusan membatalkan pernikahan saya dengan pemuda bernama Hafiz, seperti yang saya umumkan pada sidang akhbar pada 1 Ogos lalu, dibuat atas sebab-sebab yang terlalu peribadi," katanya
Katanya setelah memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya selain memohon petunjuk daripada Allah, membincangkan bersama orang tua dan keluarga terdekat, keputusan dibuat itu adalah terbaik.
“Sesungguhnya saya yakin bahawa apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan Allah dan tentu sekali ada hikmah yang menanti,” katanya.
Fara menambah, kenyataan yang dibuatnya itu secara tidak langsung akan menjawab pertanyaan segelintir pihak media yang barangkali sudah menghidu berita berkenaan.

Katanya, ketika ini dia sedang melalui situasi yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran.
“Justeru, saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media.

“Saya amat berharap dan percaya, rakan-rakan media amat memahami situasi saya ketika ini,” tambahnya dalam satu kenyataan kepada mStar Online .

Wajah bakal suami Fara Fauzana didedahkan (3 gambar)

Khamis, 4 Ogos 2016

Menurut sumber, lelaki yang hanya dikenali dengan nama Muhammad Hafiz itu menepati ciri dan bayangan yang diberikan Fara ketika sidang media pengumuman perkahwinannya, kelmarin.

Inilah tarikh nikah dan bakal suami Fara Fauzana..

Selasa, 2 Ogos 2016

Fara Fauzana, 36, akan menamatkan zaman bujang bersama ahli perniagaan dikenali dengan nama Hafiz pada 17 September depan.

Majlis pernikahan mereka akan dilangsungkan di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara. Menurut Fara, mereka memilih untuk melangsungkan majlis pernikahan pada sebelah pagi, manakala acara resepsi pula diadakan pada tengah hari tarikh yang sama.

Majlis bertandang pula dirancang berlangsung seminggu selepas acara akad nikah, di Kuala Lumpur. Pada sidang media itu Fara turut memberitahu, tiada majlis pertunangan dilangsungkan antara dirinya dengan Hafiz.
"Kami tidak bertunang, sebaliknya hanya majlis bertemu keluarga diadakan sekitar Februari lalu. Majlis kahwin saya nanti juga sangat sederhana dan ringkas. Kemeriahan itu saya percaya akan dirasa daripada tetamu yang hadir.

"Saya pun banyak bertekak 'manja' dengan ibu bapa kerana saya tidak mahu mengadakan beberapa acara berbeza, seperti sering dilakukan ketika perkahwinan. Saya enggan menyusahkan sesiapa," katanya memetik Bharian

Fara Fauzana bekerja sambil bercuti Di Australia (7 gambar)

Ahad, 17 April 2016

Sekitar pernikahan Liza Hot FM (4 gambar)

Isnin, 29 Februari 2016


Liza Hot fm Kini Bergelar Isteri
Penyampai stesen radio popular HotFM, Khairu Norliza Khairudin atau Liza, menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka idamannya iaitu Mohd. Khairil Anuar Mohd. Ghany.

Ia berlangsung dalam majlis ringkas, di Rumah Tamu Sri Gelora, Kuantan, Pahang pada 27 Februari 2016 lapor Mynewshub.

Sebab yang mengejutkan mengapa Fara Fauzana tinggalkan Hot FM

Khamis, 18 Februari 2016

Pada tarikh 26 Februari ini, Fara Fauzana akan meninggalkan Hot FM. Khabar itu membuatkan ramai yang sedih. Namun tidak ramai yang tahu apa sebab sebenar Fara bertindak sedemikian
“Selama 10 tahun saya mula-mula bersama keluarga HotFM banyak pengalaman dan ilmu yang saya dapat melalui kerjaya sebagai penyampai radio. Saya berhenti bukannya hendak berpindah ke stesen radio lain tetapi memberi ruang pada diri saya untuk mendekatkan diri pada Allah,”

“Contohnya kalau saya nak ke usrah kadang-kadang tak dapat nak hadir sebab dijalankan pada waktu pagi ketika saya bertugas. Selain itu, masa untuk saya memberi perhatian kepada kerja-kerja kebajikan juga terhad. Bila sudah berhenti inilah masanya untuk saya memenuhi tuntutan tersebut,” -Fara

Fesyen pakaian Fara Fauzana dikritik..

Selasa, 26 Januari 2016

Anugerah Juara Lagu aka AJL 30 sudah melabuhkan tirainya, tapi pasti ada yang menarik dan hangat untuk diperkatakan.

Kali ini mengenai pakaian Fara Fauzana yang dikatakan tidak sesuai dengan tema pada malam itu. Dan pakaian itu seolah-olah berbentuk 'ayam belanda'
"Untuk pencerahan Fara Fauzana memakai baju 'ayam belanda' itu daripada koleksi pakaian saya pada tahun 2015.

"Dia meminta untuk memakai pakaian tersebut dua hari sebelum AJL30, ketika itu saya sudah berlepas ke Paris. Baju sepatutnya dipakai (Fara) yang direka oleh pereka lain tidak bertepatan dengan tema.

"Beliau tiada pilihan selain berlari ke butik saya dan meminjam apa sahaja yang sudah tergantung di rak," pereka fesyen berkenana, Rizalman memetik akaun Instagram miliknya
Sementara itu, Fara menerusi Instagram menganggap segala kritikan samaada baik atau buruk sebagai tanda bahawa masyarakat prihatin terhadap penampilannya.
"Positif atau negatif kita tetap suka sebab itu petanda orang prihatin pada kita. Satu yang kita pinta, pereka fesyen tiada salahnya kerana mereka penat bekerja demi cantikkan kita.

"Bukan salah baju mereka tapi, ya badan kita yang 'sado', tolong kutuk saya saja, jangan kutuk mereka," ujar Fara

Wahh cantiknya rumah Fara Fauzana (10 gambar)

Ahad, 7 Jun 2015



Inilah Gambar Rumah Mewah Fara Fauzana Di Shah Alam.

Wow cantiknya rumah Fafau kat shah alam ni. Besar dan nampak begitu mewah sekali. Untung la siapa jadi suami Fafau nanti tak perlu lagi untuk beli rumah. Jom mengintai rumah beliau yang bagi kami rasa sangat cool dan cantik. Alhamdulillah.. Murah rezeki beliau. Amin.

Cincin merisik? ini komen Fara Fauzana..

Rabu, 15 April 2015

Dengarnya Fara Fauzana memakai cincin dan cincin berkenaan menjadi bahan guraun di Hot FM Am Krew pagi Isnin lalu dimana cincin berkenaan dikatakan cincin merisik.

Namun jelas Fara, cincin berkenaan dibelinya sendiri dan tiada kena mengena perancngannya untuk mendirikan rumahtangga lagi.
"Itu cuma usikan nakal rakan-rakan di Hot FM berikutan usikan Awal Ashaari di program hiburan Melodi semalam (Ahad).

"Rakan-rakan penyampai radio di sini sememangnya sentiasa mencari peluang untuk mengenakan saya, jadi pagi ini saya terkena.

"Saya harap tiada pihak yang keliru atau salah sangka pula yer," -Fara petikan portal mStar

Senarai penuh keputusan ABPBH 2014 (15 gambar)

Isnin, 6 April 2015

Tahniah diucapkan kepada Shaheizy Sam yang diberikan kepacayaan oleh peminatnya dengan undian 265,703 undi dan sekaligus dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH2014) buat kali ke-3 (2010, 2012) yang berlangsung semalam di Arena of Stars, Genting Highlands.

Sam membawa pulang sebuah kereta Toyota Camry Hybrid. -gambar Bharian

Wajah neutral Fara Fauzana akui sudah ada kekasih!

Selasa, 3 Mac 2015

Dengar cerita yang pengacara sensasi Fara Fauzana sudah mempunyai kekasih hati. Kalau korang perasan, Fara membuat kenyataan demikian di rancangan Melodi hujung minggu lalu.
"Doalah yang baik-baik untuk saya kerana jodoh semua ini adalah di tangan Allah, walaupun saya ini jenis terbuka untuk berkongsi kisah hidup saya di laman sosial, tetapi untuk soal hati dan perasaan bagilah saya ruang untuk privacy,"

"Hubungan saya ini dikatakan masih baru, kalau dah tiba masanya jangan risau saya akan umumkan, saya perlu hormat kedua-dua belah keluarga agar hubungan ini ada manisnya," -Fara petikan portal Murai

Saat-saat terakhir Neelofa di Nona (video)

Khamis, 4 Disember 2014

Untuk makluman Neelofa akan tamat kontrak untuk menjadi pengacara rancangan Nona sehingga hujung 2014 ini. Neelofa akan memfokuskan perniagaannya setelah tamat kontrak berkenaan.

Video ini adalah kenangan Neelofa dan Fara Fauzana serta beberapa crew Nona yang lain di dalam set pengambaraan Nona di Osaka Jepun untuk episod terakhir Neelofa bersama Nona.

“Sekian NONA dari saya selepas 3 tahun mengacara. Alhamdulillah, terima kasih kepada seluruh kru produksi NONA untuk segala tunjuk ajar dan pengalaman yang cukup bernilai. Pastinya semua kenangan manis bersama NONA akan sentiasa terpahat dlm sanubari. i love you NONA”

Ucapan Hari Raya Fara Fauzana

Selasa, 22 Julai 2014

Suke tengok Fara Fauzana memakai tudung kan, lebih suke berbanding dia tak memakai tudung lalu. Namun akui popularitinya kini semakin perlahan sejak bertudung.

Takpelah Papau, rezeki semua di ketentuan Allah. Yang penting nekadkan usaha. Apa-apa pun mari dengan ucapan raya Papau dari portal mStar.

9 Gambar Fara Fauzana terkini bertudung

Isnin, 30 Jun 2014

Memang suatu peningkatan yang amat memberangsangkan buat pengacara, Fara Fauzana bila memakai tudung. Keazaman pada dirinya begitu menebal sehinggakan menutup aurat kini menjadi pegangan hidupnya.

Lihatlah bila bersiar, riadah, majlis ilmu, tudung sentiasa melekat di kepalanya, baju juga bersesuaian dengan penampilannya bertudung, tidak berlengan pendek.

Semoga Ramadan kali ini lebih banyak kebaikkan untuk Fara Fauzana.

Hairuddin Omar ada hubungan cinta dengan Fara Fauzana?

Khamis, 5 Jun 2014

Dalam tak disangka, Fara Fauzana digosipkan ada menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola sepak pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar.

Namun bagi Fara, dia menafikan gosip berkenaan dan mengakui tidak pernah kenal dengan Hairuddin.
"Saya hanya kenal dia sebagai pemain bola sepak kerana saya memang minat sukan itu dan gosip berkenaan sama sekali tidar benar,

"Saya mula memakai selendang bukan kerana sesiapa (Hairuddin) tetapi atas kehendak diri sendiri.

"Gosip mengatakan saya berbuat demikian kerana orang lain yang saya sendiri tidak kenal memang membuatkan saya sedih" -Fara. petikan mStar

20 Gambar pemenang ABPBH 2013

Selasa, 27 Mei 2014

Ni lah wajah-wajah selebriti yang memenangi anugerah di ABPBH 2013 hujung minggu lalu. Wajah kegembiraan bagi mereka yang pertama kali menangi anugerah berkenaan seperti Bochik dan Dato' Ac Mizal. Tahniah buat mereka. -gambar RotiKaya