Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Luahan manis Datuk K, Siti Nurhaliza sempena 11 tahun perkahwinan

Rabu, 23 Ogos 2017

Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) telah meluahkan perasaannya terhadap isterinya, Datuk Siti Nurhaliza yang kini sudah genap 11 tahun mendirikan rumahtangga bersama.

Datuk Seri Vida cabar Datuk Siti Nurhaliza.. Amek Kaw!

Jumaat, 28 Julai 2017

Wah bukan main lagi kau ha aura dan kehangatan Datuk Seri Vida ni dengan lagunya I Am Me. Banyak versi parodi dan pelbagai versi lagu dibuat untuk lagu Datuk Seri Vida ni.

Sehinggakan dia mencabar Datuk Siti Nurhaliza untuk menyanyikan lagu berkenaan versi Datuk Siti.
"Saya tak sangka ramai buat video parodi I Am Me, ini membuktikan orang ramai menerima lagu nyanyian saya ini.

"Sekarang saya nak seru Siti (Nurhaliza) bawa lagu saya ini... tapi boleh ke dia? Saya nak tengok I Am Me versi Datuk Siti pula," katanya memetik mStarOnline.

Datuk Siti Nurhaliza hamil? ini cerita sebenarnya?

Khamis, 27 Julai 2017

Sebuah pusat perubatan dan pihak makmal yang menjalankan ujian terhadap sample darah kononnya milik individu bernama Siti Nurhaliza Tarudin akan menyiasat bagaimana maklumat berhubung kehamilan itu bocor.

Pihak berkenaan dikatakan tekejut apabila berita kehamilan tersebut mula dibincangkan di media sosial selain peminat turut mengucapkan tahniah kepada penyanyi Siti Nurhaliza.

Satu sample darah individu yang dicatatkan atas nama ‘Siti Nurhaliza Tarudin’ telah dihantar ke sebuah makmal patalogi dan klinikal di Petaling Jaya pada Isnin lalu oleh sebuah hospital.

Bagaimanapun tidak dipastikan sama ada nama berkenaan merujuk kepada penyanyi Siti Nurhaliza atau pun individu lain yang mempunyai nama serupa.

Berdasarkan ujian makmal dan laporan pemeriksaan terhadap sample atas nama berkenaan, individu itu dikatakan hamil antara empat dan lima minggu.

Dalam pada itu suami kepada Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa dalam satu kenyataan kepada akhbar Kosmo pada Rabu meminta spekulasi berhubung berita itu dihentikan.

Katanya, selama 11 tahun bernikah pihaknya memang inginkan anak dan meminta semua pihak berdoa untuk tujuan itu. -mStarOnline

Izara Aishah, Adib Khalid umum tarikh kahwin (3 gambar)

Sabtu, 8 Julai 2017

Izara Aishah dan kekasih, Adib Khalid (anak Datuk Seri Khalid) yang sudah bercinta selama 3 tahun, bakal diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada 17 November depan. Menurut Izara tarikh berkenaan dipilih hasil perbincangan yang diadakan antara kedua-dua pihak selepas majlis merisik oleh keluarga kekasihnya, Adib Khalid, petang semalam.

Majlis berkenaan berlangsung secara tertutup di kediaman pelakon J Revolusi itu di Shah Alam. Ia hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Datuk Siti Nurhaliza jadi pembaca berita? TAPI..... (7 gambar)

Selasa, 4 Julai 2017

Sekitar Suasana Hari Raya Siti Nurhaliza (Gambar)

Rabu, 28 Jun 2017


Siti Nurhaliza dihina paling kejam!

Khamis, 8 Jun 2017



“Cantik pun tak guna kalau mandul” – Komen makcik ni untuk Siti Nurhaliza buat netizen naik angin, dah kenapa dia ni?

Hati wanita mana yang tidak terguris apabila hal sensitif yang melibatkan zuriat dibuat bahan ejekan dan sindiran.

Merdu! Siti Nurhaliza cover lagu Menahan Rindu dari Wany Hasrita

Selasa, 16 Mei 2017

Bukan main sedap lagi suara Dato Siti Nurhaliza punya suara bila menyanyikan lagu berjudul Menahan Rindu yang dinyanyikan oleh Wany Hasrita baru-baru ini.

Hobi baru Siti Nurhaliza, mengejutkan...

Isnin, 15 Mei 2017

Wah bukan main aktif lagi sebenarnya Datuk Siti Nurhaliza ni, semakin lama semakin menjaga kesihatannya. Aktiviti yang dilakukan Siti cukup lasak dengan berbasikal. Jom tengok bagaimana profesionalnya Siti bersukan basikal ini.

Siti Nurhaliza puji penyanyi ini, sanggup berkali-kali lihat persembahannya..

Jumaat, 12 Mei 2017


Dato Siti Nurhaliza telah memuji seorang anak seni baru yang bakal mengegarkan dunia nyanyian tidak lama lagi. Memetik portal Utusan, Siti memuji bakat baru dalam dunia nyanyian iaitu Ernie Zakri yang dianggap mempunyai masa depan cerah dalam industri.

Selain daripada suara, Siti juga akui dengan sikap merendah diri Ernie.

Saat cemas Tya Arifin melahirkan anak (Siti Nurhaliza dapat cucu!)

Isnin, 3 April 2017

Siti Nurhaliza bakal timang cucu..

Selasa, 21 Februari 2017

Memetik portal MediaHiburan, pelakon, Tya Arifin, bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi bersama pasangannya, Asyraf Khalid yang juga anak kepada Datuk Khalid suami Datuk Siti Nurhaliza.

Ibu mertuanya, Tengku Zawyah binti Tengku Izham telah membuat satu kejutan untuknya dengan mengadakan majlis 'Baby Shower'.

Siti Nurhaliza, suami di Palestin (7 gambar)

Jumaat, 17 Februari 2017

Sekitar harijadi ke-38 Siti Nurhaliza (18 gambar)

Khamis, 12 Januari 2017

Siti Nurhaliza marah dengan iklan seks ini, mahu saman!

Selasa, 10 Januari 2017

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akan mengambil tindakan undang-undang kepada peniaga ubat perangsang seks yang sanggup mengaibkan beliau dan suaminya menerusi sebuah iklan di laman Instagram yang mendakwa pasangan itu menggunakan produk berkenaan.

Promosi tersebut yang muncul dalam bentuk iklan di laman Instagram pengguna kemudiannya dipautkan dengan satu artikel yang memfitnah dan memalukan pasangan tersebut apabila dikaitkan dengan masalah mati pucuk.

Siti Nurhaliza, 38, yang turut terkejut dengan penyebaran iklan itu menegaskan tindakan peniaga yang menggunakan nama dan gambar mereka berdua tanpa kebenaran demi melariskan produk adalah satu kesalahan besar. -sumber Cari Forum

Siti Nurhaliza tak suka Jamal

Khamis, 22 Disember 2016

Datuk Siti Nurhaliza membidas tindakan Datuk Seri Jamal (orang kuat UMNO) yang memprotes bekalan air terputus di hadapan bagunan kerajaan Negeri Selangor di beberapa bahagian Selangor dan Kuala Lumpur beberapa hari lalu.

Siti Nurhaliza dedah puncah terjatuh sampai bengkak

Khamis, 24 November 2016

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin belum mendapatkan rawatan kecederaan kakinya selepas terjatuh di bilik air ketika menjalani penggambaran percutian berjudul CTDKtion di tiga negara iaitu Potugal, Sepanyol dan Dubai.

Siti juga menahan sakit dan meneruskan penggambaran program percutian berkenaan yang turut disertai suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa serta ahli keluarga yang lain termasuk kru produksi Astro.

"Saya ‘terpelecuk’ di dalam bilik air ketika itu saya pakai kasut tumit tinggi untuk makan malam di sebuah hotel. Lantai licin membuatkan saya hilang kawalan. Saya tidak ke klinik, hanya sapu ubat yang dibawa sahaja.

"Sakit dan bengkak juga kaki sebelah kiri tapi saya tidak berehat dan teruskan penggambaran, terpaksa jugalah tahan sakit.

"Nasib baik tidak terseliuh hanya lebam dan bengkak sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Siti Nurhaliza jadi duta produk VIVO Malaysia (6 gambar)

Rabu, 23 November 2016


Siti Nurhaliza terjatuh dalam air, tapi Siti sempat bergurau bab ini...

Rabu, 16 November 2016

Datuk Siti Nurhaliza baru-baru ini telah terjatuh dalam bilik air. Siti sendiri yang mengkhabarkan berita berkenaan melalui laman sosial miliknya dengan mengambil gambar pada kakinya.

Kelihatan kakinya yang lebam dan agak bengkak, tapi dengan nada yang bergurau, Siti mengakui yang dia masih lagi boleh berjalan untuk membeli-belah.

Ramai yang mendoakan agar Siti cepat sembuh dan baik seperti sediakala.

Siti Nurhaliza bercuti ke Sepanyol dan Portugal (30 gambar)

Khamis, 10 November 2016