Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Amar Hot FM hina Fina Mentor Milenia, biadap? (video)

Selasa, 25 April 2017

Jika anda mengikuti program Mentor Milenia 2017, sudah pasti anda kenal dengan seorang remaja perempuan yang cacat penglihatan dikenali sebagai Fina.

Fina sebelum ini viral di laman sosial apabila menghadiri ujibakat Mentor Milenia 2017 (Akim) dan mempersembahkan lagu ciptaannya sendiri di konsert Mentor Milenia 2017 sebagai peserta ujibakat pilihan.

Dalam program JamHot (HotFM) bersama selebriti, Fina dijemput hadir ke studio HotFM sebagai selebriti jemputan untuk ditemubual.

Dalam video tersebut, semasa Fina berada di studio HotFM, DJ HotFM iaitu Ammar agak keterlaluan apabila mengajuk buta seolah-olah mempersendakan Fina yang hendak menyanyikan lagu sambil bermain piano itu.



Dilihat dalam video tersebut DJ yang lain terdiam seketika apabila melihat gelagat Ammar yang membuat dirinya seolah-olah buta dan mungkin Issey tahu yang rakannya tidak patut membuat sedemikian, terus mahukan kamera fokus kepadanya.

Haziq Hot FM timang anak sulung TAPI...

Isnin, 10 April 2017

Penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni, 27, mengakui perasaannya bercampur-baur sebaik saja isterinya, Ayunda Putri Mekarsari, melahirkan cahaya mata lelaki secara pembedahan pada jam 9.29 malam Jumaat minggu lalu.

Haziq berkata, isterinya dimasukkan ke hospital pada jam 10.30 pagi selepas mengalami tanda awal untuk bersalin. Doktor bagaimanapun, mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan.

"Bagi saya, apa yang penting nyawa Putri dan anak yang dilahirkan selamat. Sukar untuk saya ungkapkan detik indah ketika melafazkan azan ke telinga anak buat kali pertama.

"Perasaannya begitu syahdu hingga membuatkan air mata saya bergenang. Saya ingin sekali berterima kasih kepada Putri yang bertarung nyawa melahirkan zuriat sulung kami. Ia membuatkan saya sedar betapa susahnya ibu ketika melahirkan saya dulu," kata Haziq memetik BharianOnline.
Tapi bayi seberat 3.07 kilogram itu masih belum diberi nama dan hanya akan diumumkannya dalam masa tujuh hari.

Syuk Balas dituduh bersikap tamak?

Khamis, 9 Mac 2017

Sudah 2 bulan Syuk Balas menjadi deejay Radio Hot FM, ada khabar yang tak senang menceritakan yang dia bersikap tamak kerana mendapat tawaran di stesen itu.

Shuk bagaimanapun menepis dakwaan berkenaan, sebaliknya menyifatkan keputusannya menerima tawaran tersebut punca pendapatan stabil untuk keluarga.

“Alhamdulillah, kerjaya sebagai pelawak, pelakon dan pengacara berjalan lancar seperti biasa dan memperoleh pendapatan stabil untuk menyara keluarga.

“Bagaimanapun apabila mendapat tawaran daripada Hot FM, saya fikirkan peluang terbaik untuk mengukuhkan kewangan keluarga apatah lagi kini saya sudah mempunyai anak,

“Itulah faktor utama yang membuatkan saya bersetuju untuk menyertai stesen radio ini.

“Apabila saya membuat keputusan untuk berumah tangga dan berkeluarga sekali gus datang dengan satu tanggungjawab baharu. Jadi saya perlu merancang masa depan kami anak-beranak dengan sebaik-baiknya,” katanya kepada Utusan Online.

Deen Hot FM akhiri zaman bujang

Sabtu, 3 Disember 2016

Lapan tahun menyulam cinta, penyampai radio Hot FM, Deen atau nama sebenarnya, Nordin Madian, 28, mengakhiri zaman bujangnya dengan Siti Nur Warda Aminuddin atau Warda pada jam 5 petang semalam di Alor Setar.

Dengan dua kali lafaz, pasangan yang dinikahkan oleh Naib Imam Masjid Zahir, Md Isa Abdul Rahman, sah menjadi suami isteri pada majlis yang berlangsung di Masjid Al-Ghufran, Persiaran Sultan Abdul Hamid, Taman Sultan Badlishah.

Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,000 berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan. Deen turut menyerahkan wang hantaran sebanyak RM 8,000.

Deen yang mengendalikan segmen Jam Hot bersama Issey dan Ammar. -BharianOnline

Inilah tarikh nikah dan bakal suami Fara Fauzana..

Selasa, 2 Ogos 2016

Fara Fauzana, 36, akan menamatkan zaman bujang bersama ahli perniagaan dikenali dengan nama Hafiz pada 17 September depan.

Majlis pernikahan mereka akan dilangsungkan di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara. Menurut Fara, mereka memilih untuk melangsungkan majlis pernikahan pada sebelah pagi, manakala acara resepsi pula diadakan pada tengah hari tarikh yang sama.

Majlis bertandang pula dirancang berlangsung seminggu selepas acara akad nikah, di Kuala Lumpur. Pada sidang media itu Fara turut memberitahu, tiada majlis pertunangan dilangsungkan antara dirinya dengan Hafiz.
"Kami tidak bertunang, sebaliknya hanya majlis bertemu keluarga diadakan sekitar Februari lalu. Majlis kahwin saya nanti juga sangat sederhana dan ringkas. Kemeriahan itu saya percaya akan dirasa daripada tetamu yang hadir.

"Saya pun banyak bertekak 'manja' dengan ibu bapa kerana saya tidak mahu mengadakan beberapa acara berbeza, seperti sering dilakukan ketika perkahwinan. Saya enggan menyusahkan sesiapa," katanya memetik Bharian

Panggilan Hangit paling lawak 'baju Raya' (video)

Rabu, 29 Jun 2016

Sekitar pernikahan Liza Hot FM (4 gambar)

Isnin, 29 Februari 2016


Liza Hot fm Kini Bergelar Isteri
Penyampai stesen radio popular HotFM, Khairu Norliza Khairudin atau Liza, menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka idamannya iaitu Mohd. Khairil Anuar Mohd. Ghany.

Ia berlangsung dalam majlis ringkas, di Rumah Tamu Sri Gelora, Kuantan, Pahang pada 27 Februari 2016 lapor Mynewshub.

Sebab sebenar kenapa Liza Hot FM tak bagi tengok wajah Calon Suami.

Rabu, 24 Februari 2016

Penyampai radio Hot FM, Liza menjelaskan dia tidak memuat naik gambar bakal suaminya iaitu Mohd Khairil Mohd Ghany di mana-mana laman sosial sebelum disatukan sebagai suami-isteri kerana ingin mengelakkan fitnah.

Tambah Liza lagi memetik mStar Online, lelaki berkenaan juga tidak selesa menjadi tumpuan memandangkan dia bukan selebriti seperti.

"Sejak di awal perkenalan kami sehinggalah bakal menjadi suami-isteri saya atau dia tidak pernah memuat naik gambar kami berdua di laman sosial.

"Selain tidak selesa kami juga ingin mengelak fitnah daripada pengikut laman sosial memandangkan kami berdua belum ada sebarang ikatan sah," -Liza

Liza dan Mohd Khairil bakal disatukan sebagai suami-isteri pada 27 Februari ini di Kuantan, Pahang.

Sebab yang mengejutkan mengapa Fara Fauzana tinggalkan Hot FM

Khamis, 18 Februari 2016

Pada tarikh 26 Februari ini, Fara Fauzana akan meninggalkan Hot FM. Khabar itu membuatkan ramai yang sedih. Namun tidak ramai yang tahu apa sebab sebenar Fara bertindak sedemikian
“Selama 10 tahun saya mula-mula bersama keluarga HotFM banyak pengalaman dan ilmu yang saya dapat melalui kerjaya sebagai penyampai radio. Saya berhenti bukannya hendak berpindah ke stesen radio lain tetapi memberi ruang pada diri saya untuk mendekatkan diri pada Allah,”

“Contohnya kalau saya nak ke usrah kadang-kadang tak dapat nak hadir sebab dijalankan pada waktu pagi ketika saya bertugas. Selain itu, masa untuk saya memberi perhatian kepada kerja-kerja kebajikan juga terhad. Bila sudah berhenti inilah masanya untuk saya memenuhi tuntutan tersebut,” -Fara

Siapakah doktor viral yang muncul di Hot FM ni? (4 gambar)

Jumaat, 6 November 2015

Jom Kenali Doktor Say Shazril Shaharuddin yang Muncul di Hot FM
Inilah Biodata Say Shazril Shaharuddin doktor muda paling hensem di Malaysia masuk HOT FM. Pada 2 November 2015 lalu, Doktor Shazril telah dijemput ke konti HOT FM untuk ke udara secara langsung.

Paling mencetus kontroversi apabila ramai dikalangan wanita yang sudah berkahwin sanggup membuat panggilan ke Hot FM semata-mata untuk menempah doktor Say Shahzril ketika bersalin nanti.

Panggilan Hangit dikecam gara-gara buat panggilan kepada isteri...

Khamis, 18 Jun 2015


Difahamakan program di Radio Hot FM iaitu Panggilan Hangit telah dikecam di laman sosial. Walaupun untuk bersuka sahaja, namun kadang kala boleh menjatuhkan maruah.

Inilah yang terjadi kepada isteri Norfarhan iaitu Sue apabila terkena panggilan hangit ini. Ramai yang memuji sikap isteri pemain bola sepak ini yang cool dan tidak menggunakan emosi menyelesaikan masalah.

Namun ramai juga yang tidak senang dengan cara terkini program ini dijalankan.

AG Hot FM timang anak ke-4 (4 gambar)

Rabu, 22 April 2015


Deejay Hot FM, AG dikhabarkan telah menimang anak ke-4 dimana isterinya telah selamat ebrsalin pada 18 April lalu.

Bayi itu dilahirkan pada jam 1 pagi dan berjantina lelaki.

Cincin merisik? ini komen Fara Fauzana..

Rabu, 15 April 2015

Dengarnya Fara Fauzana memakai cincin dan cincin berkenaan menjadi bahan guraun di Hot FM Am Krew pagi Isnin lalu dimana cincin berkenaan dikatakan cincin merisik.

Namun jelas Fara, cincin berkenaan dibelinya sendiri dan tiada kena mengena perancngannya untuk mendirikan rumahtangga lagi.
"Itu cuma usikan nakal rakan-rakan di Hot FM berikutan usikan Awal Ashaari di program hiburan Melodi semalam (Ahad).

"Rakan-rakan penyampai radio di sini sememangnya sentiasa mencari peluang untuk mengenakan saya, jadi pagi ini saya terkena.

"Saya harap tiada pihak yang keliru atau salah sangka pula yer," -Fara petikan portal mStar

Kieran tinggalkan Hot Fm sebab..

Isnin, 15 Disember 2014

Dengar khabar yang Kieran telah meninggalkan stesen radio Hot FM selepas 6 tahun bersama stesen radio itu. Semalam adalah hari terakhir beliau di Hot FM menurut laporan Bharian.

Kieran membuat keputusan berkenaan untuk memfokuskan bidang perniagaan yang dia ceburi iaitu perniagaan sejuk beku, menjual makanan 'lamb chop' dan 'chicken chop'.
"Saya tak merancang apa apa lagi selepas ini. Saya terbuka kepada apa saja tawaran mendatang.

"Pada masa yang sama, perniagaan sejuk beku di bawah nama Kieransfoodproducts yang diusahakan sejak dua bulan lalu akan terus saya tumpukan.

"Saya juga berminat untuk berjinak jinak dengan kerjaya pengacaraan mahupun sebagai pengulas dalam bidang sukan... jika ada tawaran," -Kieran

Gambar anak-anak Nana Mahazan (11 Gambar)

Isnin, 21 Julai 2014

Dah besar anak Nana Mahazan yang bongsu ni, Aaqib Raqeem Brian yang kini sudah berusia setahun 4 bulan. Yang sulung pula, Althea Raqeem Brian kini sudah berusia nak masuk 4 tahun. Semoga bahagia lah kan keluarga ini. :) -gambar http://instagram.com/nanamahazan


Sharifah Aleya mengandung anak sulung dan yang ke-3

Khamis, 3 Julai 2014

Tahniah kepada penyampai radio aka deejay, Sharifah Aleya yang telah mengandung/hamil anak sulung hasil perkahwinannya yang ke-2 dengan Mmhammed Azam Abdullah pada 11 Januari 2014 yang lalu.

Memetik portal GUA, Aleya memanjatkan kesyukuran yang teringga dengan berita kehamilannya ini.

“Alhamdulillah buat setakat ini saya tidak mengalami sebarang alahan yang teruk. Cuma saya kerap mengidam burger daging yang mempunyai isi yang tebal. Boleh dikatakan pernah satu ketika hampir setiap hari saya akan mengajak suami saya untuk menemankan saya makan burger.

Malah anak-anak saya juga begitu teruja menanti kelahiran adik baru mereka ini. Boleh dikatakan hampir setiap hari mereka bertanya mengapa kandungan saya masih belum besar lagi. Tapi saya menjelaskan yang kandungan saya ini tidak akan membesar sekelip mata,” -Aleya

Fara Fauzana kini berselendang

Isnin, 28 April 2014

Dengarnya kini Fara Fauzana mahu belajar memakai tudung. Dia kini memakai selendang kemana sahaja dia pergi semenjak 20hb April lalu. baguslah kan melihat sedikit sebanyak selebriti kita mula memakai tudung.

Jep Sepahtu sudah bertunang?

Rabu, 12 Mac 2014

Kecoh juga akhir bulan Februari yang lalu, apabila dikejutkan dengan gosip pertunangan pelawak terkenal, Jep Sepahtu dengan seorang kakitangan Hot FM.

Tiada angin atau ribut, gosip ini semakin liar tanpa arah tujuannya sebenarnya.

Memetik portal mStar semalam, Jep yang ditemui telah menafikan sekeras-keras yang dirinya sudah bertunang seperti yang didakwa oleh penulis blog berkenaan.

Jep akui dirinya masih single dan masih dalam proses pencarian calon isteri, walaupun dihentam dengan gosip yang tidak benar, namun Jep seorang yang cool, dia menganggap ianya satu doa.
"Perkara itu (bertunang) langsung tidak berlaku dan berita itu adalah bohong.

"Terkejut juga apabila mendapat tahu berita 'pertunangan' saya sedangkan saya sendiri tidak tahu tentang hal itu. Pelik rasanya apabila ada pihak yang lebih tahu mengenai saya berbanding saya sendiri,"

"Saya tidak faham kenapa penulis berkenaan tidak menghubungi saya sebelum keluarkan berita tersebut.

"Kenapa selepas keluar berita tidak sahih itu barulah semua nak hubungi saya?

"Bukannya saya tidak mahu beri kerjasama tetapi saya rasa ianya cukup adil antara kedua-dua belah pihak apabila mereka keluarkan berita tanpa mendapatkan penjelasan saya dan saya pula tidak memberi kerjasama untuk memberi penjelasan," - Jep

Video Hari Terakhir Faizal Ismail di Hot FM

Isnin, 18 November 2013

Maka dengan rasminya Faizal Bin Ismail telah meninggalkan dunia deejay bersama Hot FM minggu lalu. Dimana ada video yang berdurasi 8 minit dimana untuk mengabadikan hari terakhir Faizal di stesen radio itu.

Lagu dan deejay-deejay lain seperti Fara Fauzana, Suraya dan Aleeya telah memberikan reaksi atas pemergian Faizal ini. Sedih siut juga lah video ni. Maybe yang peminat radio Hot FM juga akan sedih bila melihat video ini, walaupun suasana meriah juga. dui.

Faizal Ismail Letak Jawatan di Hot FM!

Jumaat, 25 Oktober 2013

Semalam penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail (FBI) telah memberikan satu kejutan dimana dia dikatakan meletak jawatan dari Hot FM melalui laman sosialnya di Twitter.

Tidak dipastikan apa punca sebenar FBI yang menjadi tanda tanya peminatnya di radio itu. Bahkan tiada angin dan ribut yang membolehkan FBI melakukan sedemikian.

Menurut portal GUA, pengurusan Ranngkaian Radio Media Prima Berhad telah membuat satu kenyataan rasmi mengenai hal ini..
"Pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa Mohd Faizal Bin Ismail (FBI) akan menamatkan kontraknya bersama stesen radio itu pada 16 November 2013.

Beliau yang lebih dikenali sebagai FBI, berhasrat untuk memberikan sepenuh fokusnya terhadap perniagaan beliau yang baru sahaja bermula. Walaubagaimanapun, FBI akan meneruskan perkhidmatan beliau bersama Hot FM sehingga pertengahan November 2013.

FBI, sepanjang berkhidmat di bawah stesen radio Hot FM merupakan seorang yang sangat komited dengan tugas sebagai seorang penyampai radio. Beliau yang juga penerima Anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular selama 6 tahun berturut-turut sentiasa bersedia dengan idea-idea luar kotak setiap kali diperlukan.

Begitupun, Hot FM akan terus berkolaborasi bersama FBI untuk projek akan datang memandangkan FBI masih relevan dengan pasaran stesen radio tersebut. FBI juga bakal menyumbangkan khidmatnya sebagai penyampai radio sambilan di Hot FM selesai tamat kontraknya nanti.

Hot FM ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada FBI sepanjang penglibatan beliau bersama Hot FM malah pihak pengurusan radio tersebut juga akan terus menyokong karier dan masa hadapan beliau pada masa akan datang."