3 Tahun Kahwin, Umie Harap Dapat Anak

Pada: Sabtu, 16 Mac 2013
 
Dah 3 tahun usia perkahwinan Datin Paduka Umie Aida dengan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, dan yang pasti khabar gembira Umie hamil belum lagi kedengaran. Dan baru-baru ini, pada 14 Mac yang lalu, mereka sempat menyambut ulangtahun perkahwinan ke-3  itu dikediaman mereka secara kecil-kecilan.
"Alhamdulilah, rasa sekejap sahaja masa berlalu, tidak sangka usia perkahwinan kami sudah masuk 3 tahun. Setelah melalui kehidupan rumah tangga, saya rasa seperti baru 3 hari sahaja kami bersama.

"Tiada apa yang hendak saya harapkan supaya hubungan kami ini akan kekal bahagia hingga akhirnya. Cuma sekarang, saya masih berdoa supaya Allah memberi kami rezeki anak untuk rumahtangga kami, itu pun jika diizinkan,

"Saya sentiasa mengharap dan mencuba supaya suatu hari nanti kami akan dikurniakan cahaya mata. Setakat ini, saya tiada pun mengikuti perubatan traditional, tetapi banyak merujuk kepada perubatan doktor moden.

"Saya juga mengambil vitamin dan ubat hormon yang diberikan dan dinasihatkan doctor. Doktor ada juga nasihatkan saya supaya banyak berehat agar mudah untuk menimang cahaya mata." -Umie Aida, Murai

Tag : , , , , , ,