Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Allah ambil suamiku.. Allah gantikan adiku - Erma Fatima

Rabu, 27 September 2017

Walaupun dah sah bercerai dengan bekas suaminya, Bade Azmi pada 17 Ogos lalu, kini Erma Fatima meluahkan rasa gembira apabila mendapat berita adiknya iaitu Betty Rahmad bakal berkahwin tidak lama lagi dengan seorang jejaka bernama Ardy Damis.

Erma membuat kenyataan gembiranya di laman sosial miliknya itu

Ramai takut untuk tawar saya berlakon.. -Umie Aida

Isnin, 24 Oktober 2016

Umie Aida bingung apabila tidak ramai lagi penerbit yang menawarkannya peluang berlakon, terutama sejak dirinya sering membintangi produksi arahan kakaknya, Erma Fatima.

Umie berkata, sebagai pelakon, dirinya terbuka menerima tawaran daripada setiap penerbit, malah tidak pernah meletakkan syarat tertentu kerana lakonan masih menjadi minatnya.
"Saya tidak tahu kenapa semakin kurang menerima tawaran berlakon, kebelakangan ini. Mungkin juga penerbit takut untuk mengambil saya berlakon kerana beranggapan saya hanya menerima tawaran daripada pengarah tertentu. Ia tidak benar kerana saya sentiasa terbuka mempertimbangkan setiap tawaran yang datang.

"Mungkin selama ini, ramai menyangka saya hanya berlakon di bawah Erma apabila kerap membintangi produksi arahannya. Saya tidak kisah bekerja dengan mana-mana produksi kerana masih minat berlakon. Saya rindu berlakon watak berat dan bermain dengan emosi.

"Watak seperti itu menuntut saya supaya berkarya dalam lakonan, malah turut memberikan kepuasan yang dicari," katanya kepada BH Online.

Sekitar Hari Raya Umie Aida (7 gambar)

Selasa, 12 Julai 2016

Sekitar sambutan harijadi Erra Fazira ke-42 (6 gambar)

Khamis, 11 Februari 2016

Pada 9 Feb yang lalu, Erra Fazira merasa terharu dan sedih dimana rakan-rakan beliau telah mengadakan satu majlis surprise birthday party ke-42 tahun.

Rakan artis yang dimaksudkan adalah Umie Aida, Datuk Ziela Jalil dan Datin Umie Aida. -gambar instagram.com/blackpepperproduction

Sekitar kejutan hari jadi Umie Aida (13 gambar)

Isnin, 11 Januari 2016

Tarikh sebenar harijadi Umie jatuh pada 18 Januari, tapi diawalkan oleh rakan-rakan selebritinya.

Umie Aida buat terjunan payung terjun, adakah berjaya? (8 gambar)

Khamis, 7 Januari 2016


Umie Aida dan rakan-rakannya telah mengambil kesempatan untuk mencuba sukan ekstrem terjunan dari kapal terbang ketika bercuti di Sydney, Australia baru-baru ini. Rupa-rupanya ini kali kedua Umie beraksi dari paras 14 ribu kaki.

Top 10 artis tanpa make-up (10 gambar)

Rabu, 30 Disember 2015


Kalau sudah nama pun artis, penampilan yang cantik dan menarik sememangnya penting. Walaupun mereka tanpa makeup tapi masih cantik dan jelita.

1. Nur Fazura


Top 11 selebriti waktu kecil (11 gambar)

Khamis, 8 Oktober 2015

Pasti anda tertanya-tanya bagimana rupa selebriti wanita kesukaan anda di zaman kanak-kanak. Jom kita tengok.

Inilah sebab kenapa suami Umie Aida ditangkap PDRM

Ahad, 20 September 2015

Suami Umie Aida, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan ditangkap oleh pihak Polis semalam di kediamannya. Seterusnya dia dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi dan disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.
“Segala yang berlaku ada hikmahnya, yakin pada Allah, Insya-Allah,” kata Umie Aida
Ikut pengamanatan, penangkapan ini dibuat untuk menyoal siasat berhubung dokumen yang dikemukakan kepada pihak berkuasa Switzerland berkaitan skandal 1MDB.

Umie Aida tidak boleh lagi hamil, bakal ambil anak angkat (7 gambar)

Isnin, 16 Mac 2015


Dengarnya Umie Aida telah mengambil anak angkat di usianya yang kini mencecah 41 tahun. Ini disebabkan Umie dikhabarkan sukar untuk hamil disebabkan penyakit tertentu setelah berkahwin dengan Datuk Paduka Khairuddin.

Namun Umie merasakan dia mahu mengambil anak angkat sebagai penghibur kerana kesunyian walaupun sudah memiliki 2 orang anak yang kini sudah dewasa.

Sekitar majlis sambutan harijadi Umie Aida (7 gambar)

Jumaat, 6 Februari 2015


Baru-baru ini berlangsung satu kejutan majlis buat Umie Aida oleh kawan karibnya. Ini dibuat walaupun tarikh sebenar hari lahir Umie sudah berlalu dua minggu yang lalu.

Majlis sederhana itu diadakan dekat Bangsar Avenue dan turut dihadiri oleh Ning Baizura, Linda Onn, Zahida Rafik, Betty Banafae dan Erma Fatima. -gambar Little Stars Photography

Umie Aida enggan pegang tangan bila berlakon sebab.. (5 gambar)

Sabtu, 8 November 2014

Umie Aida yang kini tampil berimej tudung mengakui yang dia sering menolak watak beberapa buah drama untuk dilakonkan. Sebab-sebab utamanya adalah mengenai adegan bersentuhan.

Memetik portal SinarHarian, Umie menjelaskan yang prinsipnya ada cukup tegas selepas bertudung.

Gambar Raya Umie Aida 2014 (11 Gambar)

Sabtu, 2 Ogos 2014

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama Datin Paduka Umie Aida dengan suaminya, ahli keluarga serta kawan rapatnya, Erma Fatima dengan Erra Fazira.

Hubungan Umie Aida, Khairuddin kini semakin.....

Isnin, 14 Julai 2014

Memetik portal Bharian semalam difahamkan yang pasangan suami isteri, Datin Paduka Umie Aida dengan Datuk Paduka Khairuddin kini hubungan mereka beransur-ansur pulih.

Ini dibuktikan dengan kelibat mereka berdua baru-baru ini yang muncul di Masjid At Taqwa untuk menziarahi makam Allahyarmah Datin Sharifah Aini selain daripada menjadi host bersama untuk majlis amal berbuka puasa bersama-sama anak yatim.

Beberapa hari lalu timbul isu dimana kelibat Umie yang ternampak di perkarangan Mahkamah Syariah dimana desas desus dia memfailkan permohonan cerai adalah tidak benar.

Dia ke sana adalah disebabkan satu urusan untuk mendapatkan cop semata-mata dan bukan mahu bercerai.

Apa-apa pun hubungan mereka kini semakin baik dan sudah menjadi kebiasaan rumahtangga bergolak seperti asam garam di dalam kehidupan, namun mereka mampu dan berjaya mengharunginya.

Dalam hal lain, mereka akan pergi menunaikan umrah untuk mengambil keberkatan Ramadan yang mulia ini.

11 Gambar Umie Aida Bertudung..

Selasa, 8 Julai 2014

Rasanya disebalik bulan puasa Ramadan kali ini banyak sekali kejutan yang ditunjukkan oleh sebilangan selebriti Islam di Negara kita ini.

Satu persatu daripada mereka telah memakai tudung/menutup aurat dari yang berstatus bujang dan kepada yang sudah berkahwin.

Terbaru ramai yang sudah tahu, Datin Paduka Umie Aida juga sudah bertudung.
“Penyertaan saya dalam kelas agama sejak tahun lalu banyak membuka hati dan mata membuat keputusan ini. Saya bukan saja tenang apabila bertudung, malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan selesa. Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal”

“Ketika menunaikan solat tarawih, perasaan hendak memakai tudung bertambah. Tak lengkap hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berimej begini dan saya sudah bersedia 100 peratus” -Umie

Terkini!, Umie Aida ke Mahkamah Syariah..

Rabu, 2 Julai 2014

Admin baru sahaja menerima sebuah email dari seseorang yang mendakwa dan mengakui ternampak kelibat Datin Paduka Umie Aida di sekitar Pejabat Agama Islam Shah Alam sekitar tengahari tadi.

Menurut sumber itu lagi, dia ternampak Umie berada di tingkat 4 iaitu tingkat dimana terdapatnya Bahagian Undang-undang Keluarga bersama peguam syarienya.

Antara desas desus mengapa dia ke sana kata sumber itu, disebabkan Umie ingin pergi menunaikan ibadah fardu Haji namun permintaannya itu ditolak oleh suaminya, Datuk Paduka Khairuddin.

Wallahualam. Kita tunggu kenyataan Umie Aida berkaitan hal ini, maybe dia saje jalan-jalan je kot. hehe.

Umie Aida padam semua gambar suami?

Isnin, 5 Mei 2014

Berapa hari yang lalu, ada laporan di Astro Gempak yang menyatakan Datin Umie Aida telah memadam semua gambar suaminya, Datuk Paduka Khairuddin di Instagram milik Umie.

Tidak dipastikan apa sebabnya, namun kalau tak silap, ada khabar angin yang menyatakan memang rumahtangga mereka kini ada masalah.

Sebuah artikel di portal Malaysia Gazzette turut mendakwa masalah rumahtangga dihadapi Umie adalah berpunca dari seorang artis wanita.

Menurut laporan portal itu lagi, Umie dan suaminya kini dikatakan jarang bertegur sapa dan banyak membisu walaupun berada di rumah sendiri.

Buat masa ini belum ada respon dari empunya badan, tunggu dan lihat sahaja la ok.

Doa selamat Liyana Jasmay hamil (14 gambar)

Isnin, 7 April 2014

Baru-baru ini berlangsung satu majlis doa selamat untuk menantikan kelahiran anak sulung Liyana Jasmay. Memetik portal mStar, majlis diadakan di kediaman keluarga Liyana dekat Kemesah Height.

Disamping dengan kelibat kakaknya, Adriana Jasmay yang sama-sama akan melahirkan anak ke-3 beliau.

Pada majlis doa selamat itu, kira-kira 200 tetamu telah hadir termasuklah Datin Paduka Ummi Aida, Scha Al-Yahya dengan suaminya, Awal Ashaari.

Umie Aida nafi mahu bercerai..

Selasa, 4 Mac 2014

Desas desus mengatakan rumahtangga pelakon, Datin Paduka Umie Aida dengan suaminya, Datuk Paduka Khairuddin kini ada masalah, ianya timbul disebabkan status yang mencurigakan Umie di dalam laman sosial Instagram miliknya.

Namun menyebut sumber lain, ada pihak ketiga yang muncul di dalam masalah rumahtangga berkenaan. Umie mengakui ada terdapat sedikit masalah, namun menafikan masalah yang dihadapi akan ke arah perceraian.
“Mana mana perkahwinan pun pasti akan dilanda badai. Biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri, kita kan manusia? Masing masing sibuk. Mungkin juga ketika gambar dan video yang dimuat naik dalam Instagram itu ada masalah yang timbul. Tapi, tidaklah sampai ke arah itu”

“Rumahtangga kami OK. Jangan bermain dengan soal kahwin cerai. Tapi apabila bercakap soal cerai, itu ketentuanNya. Siapa kita nak cakap andai penceraian jalan terakhir yang baik atau sebaliknya. saya mengharapkan yang terbaik untuk rumah tangga kami,” -Umie

Umie Aida Sanggup Bunuh Erra Fazira!

Rabu, 29 Januari 2014

Aik tiada angin kencang ribut, kini dikhabarkan yang dua aktress terkenal, Datin Paduka Umie Aida dengan Erra Fazira bertengkar. Dengarnya Umie sanggup membunuh Erra disebabkan dendamnya.

Memang agak mengejutkan juga apabila dapat tahu berita mengenai ini. Tapi korang rasa betul ke?

Memang lah tak betul, takkan lah ada orang nak terus terang nak bunuh seseorang secara public. Hehe. korang terkena beb.

Mereka sebenarnya berlakon untuk satu slot drama Ammara Batrisya yang berakhir semalam, 28 Januari. Rugilah sapa tak tengok, tapi jangan risau, korang boleh ke portal Tonton untuk melihat siaran ulangannya itu.

Drama 11 episod itu mengisahkan Umie sebagai Ammara yang dikatakan memiliki kejahatan selama dia berselindung dengan kebaikkannya kepada Erra (Batrisya).

Mengikut sinopsis ceritanya..
Dendam yang disimpan semenjak kecil membuatkan Ammara sanggup melakukan apa sahaja walaupun yang bersalah adalah Marliah, ibu Batrisya yang merampas kebahagiaan keluarga mereka. Batrisya diseksa dan dikurung setelah dia mengetahui segala pergerakkannya diperhatikan oleh Ammara melalui CCTV dan gambar-gambarnya memenuhi ruang dinding kamar rahsia Ammara yang turut menyimpan semut-semut kecil sebagai teman Ammara di rumah itu.

Ammara sanggup memberi arahan kepada pembantunya iaitu Judo untuk membunuh Mrs. Gia dan Nilam yang menjaganya selama dia berada di Australia untuk menjalani rawatan mentalnya.

Ammara sudah hilang arah dan sesiapa yang cuba menghalang misinya untuk menghancurkan keluarga Batrisya akan dibunuhnya termasuk Rayyan.