Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Berita mengejutkan dari Faye Kusairi

Khamis, 28 September 2017

Faye Kusairi yang berkahwin dengan bekas suami Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta pada 9 April lalu mengumumkan dia kini telah berbadan dua. Usia kandungannya sudah hampir 3 bulan.
Faye Kusairi telah mengesahkan hamil 3 bulan. Perkara itu disedarinya selepas mengalami loya-loya dan kerap kali muntah serta hilang selera makan beberapa minggu lalu.

“Pada awalnya, saya hilang selera makan dan saya fikir inilah masa terbaik untuk saya menurunkan berat badan. Tapi beberapa minggu selepas itu saya muntah-muntah dan apa yang saya makan keluar balik. Bila saya buat ujian kehamilan, barulah saya faham kenapa saya kurang sihat”

“Boleh dikatakan simptom itu masih ada dan saya juga cuba hadkan aktiviti saya kerana kandungan ini masih baru,

“Suami dah tahu dan dia juga teruja untuk menantikan anak ini yang dijangka lahir sekitar April depan. Malah dia juga sering mengingatkan saya untuk memperlahankan aktiviti dan tidak lasak seperti selalu”

“Dia juga ada belikan saya buah-buahan untuk mengurangkan rasa loya. Apa yang boleh saya katakan dia banyak memberi sokongan moral sejak mengetahui saya hamil,” kata Faye

Lufta Omar hamil 8 bulan, jatuh dari atas pentas.. Ini keadaannya sekarang..

Rabu, 20 September 2017

Malang nasib Lufya Omar yang sedang hamil lapan bulan apabila dia terjatuh dari pentas selepas siaran langsung Da'i pada malam Ahad lalu.

Kejadian buruk itu berlaku apabila dia tidak perasan sudah berada di hujung pentas setinggi satu meter.

"Selepas tamat program Da'i saya mengalami musibah terjatuh dari stage lebih kurang satu meter tingginya. Tidak dijangka keadaan ini berlaku terlalu pantas sejurus selepas habis program berkenaan.

"Saya diajak bergambar bersama usahawan yang merupakan pemilik jenama Siti Khadijah tetapi belum sempat bergambar saya terjatuh dari pentas.

"Dalam keadaan tidak menyedari ruang yang saya berdiri sudah di hujung pentas dan lantai hitam yang saya jangkakan pentas rupa-rupanya ia ialah lantai menyebabkan saya tidak perasan lalu terjatuh,

"Malang tidak berbau, Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini cuma memohon setiap doa anda supaya kandungan bayi saya dalam keadaan sihat dan kecederaan saya beransur pulih.

"Setakat ini saya masih bawah pemerhatian doktor dan berharap anda semua mendoakan saya terutamanya kandungan saya agar ia selamat," ujarnya memetik mStarOnline.

Nora Danish disahkan hamil, ini usia kandungan sebenarnya..

Akhirnya desas desus kehamilan Nora Danish terjawab. Rumahtangga yang dibina dengan Nedim sejak Mac 2017 yang lalu kini sudah membuahkan zuriat. Nora disahkan hamil tiga bulan.

Menurut Nora, memetik portal mStarOnline, berita kehamilan itu benar-benar memberi keterujaan kepada dirinya terutama sekali suami, Nedim Nazri.

“Saya amat gembira dengan perkhabaran ini termasuklah suami. Malah suami bertambah teruja kerana dia sendiri mempunyai pengalaman memilki anak sbelum ini,” kata Nora.

Ujar pelakon ini lagi, atas nasihat doktor dia terpaksa memperlahan kerjaya seninya demi menjaga anak dalam kandungannya itu.

Jawapan Nedim soal Nora Danish mengandung...

Khamis, 14 September 2017

Heboh gambar kelihatan hamil Nora Danish, Nedim yang berkahwin dengan Nora Danish setelah 6 bulan memberikan reaksinya terhadap gambar berkenaan.

Nedim dengan bersahaja menjawab desas desus berkenaan.

"InsyaAllah, kalau confirm ada isi (hamil) saya akan beritahu," ujarnya kepada mStar Online

Video Fouziah Gous terlompat-lompat ketika sarat mengandung!

Rabu, 13 September 2017



Fouziah Gous kini hamil anak ke-2 nya. Namun kehamilannya bukan buat dia berehat malah semakin aktif dengan senamannya. Video yang dimuatnaik Fouziah mengundang padah apabila dia kelihatan melompat-lompat di gym dengan sarat mengandung itu.

Ramai yang beranggapan ianya terlalu bahaya dan boleh menganggu anak dalam kandungan. Ada juga yang beranggapan Fouziah mungkin tahu apa yang dilakukannya dan sentiasa berhati-hati dengan setiap langkahnya.

Baby Bump Nora Danish kelihatan?

Ada sekeping gambar Nora Danish ketika dia menghadiri majlis pernikahan Engku Emran dan juga Laudya Cynthia Bella baru-baru ini dimana kelihatan perut Nora membesar.

Tidak dipastikan samaada dia mengandung atau berat badannya naik. Buat masa ini belum ada pengakuan atau komen Nora mengenai hal ini, namun jika benar, tahniah diucapkan.

Baby bump Oki Setiana Dewi di depan Kaabah

Selasa, 12 September 2017



Pelakon dan penceramah terkenal di negara seberang, Indonesia iaitu Oki Setiana Dewi kini sedang sarat mengandung/hamil anaknya. Namun ada sesuatu perkara menarik yang telah dikongsikan beliau di laman sosial Instagram miliknya.

Bukan sahaja nampak babybump 'ala Muslimah' tapi gambar berkenaan juga jarang-jarang sekali selebriti kita berbuat demikian, iaitu bergambar di depan Kaabah, Makkah.

Maternity shoot Amyra Rosli, Amar Baharin (5 gambar HD)


Sesi photoshot gambar anak yang dikandungkan oleh Amyra Rosli, tidak lupa juga suaminya turut bersama Amar Baharin. Sweet!

Jihan Muse hamil anak sulung, usia kandungannya adalah...

Khamis, 17 Ogos 2017


Dengar khabar yang Jihan Muse kini sedang hamil anak sulung. Dalam diam kandungannya itu kini sudah mencecah empat bulan. Perkara tersebut dikongsikan oleh Jihan sendiri ketika dalam rancangan MeleTOP baru baru ini.

Buat masa ini jantina kandungan anak sulung Jihan itu tidak diketahui lagi kerana masih terlalu awal.

Fizo Omar kata isterinya, Mawar kini berubah..

Rabu, 16 Ogos 2017

Fizo Omar memberitahu, dia meyedari isterinya mula berubah cita rasa makanan selepas usia kandungan sudah memasuki lebih empat bulan.

Fizo berkata, selain mula mengalami perubahan fizikal, isterinya juga kini gemar mendengar lagu-lagu berbahasa Arab.

"Setakat ini nak kata mengidam pelik-pelik tu tak ada, cuma Mawar suka dengar lagu-lagu arab dan makan roti canai bulat yang orang Melayu buat.

"Malah selama lebih seminggu kami di luar negara untuk penggambaran program Into Jannah terbitan Astro Oasis, hari-hari dia pesan kebab sebagai ganti roti canai. Harap-harap dapat anak macam Arablah nanti,

"Subhanallah, sekarang ni kalau dia makan kadarnya dua atau tiga kali ganda lebih banyak daripada kebiasaan.

"Jadi tidak hairanlah kalau fizikalnya sudah mula nampak sedikit dan baby bump pun sudah mula kelihatan," katanya kepada mStar Online.

Kandungan membesar, Lufya Omar bakal bersalin?

Sabtu, 5 Ogos 2017

Lufya Omar, mengakui bayi yang dikandungnya dilihat lebih besar walau baru mencecah lima bulan dua minggu hingga disangka hampir tarikh bersalin.

Lufya berkata, berdasarkan pemeriksaan berat kandungannya kini hampir satu kilogram.

Datuk Siti Nurhaliza hamil? ini cerita sebenarnya?

Khamis, 27 Julai 2017

Sebuah pusat perubatan dan pihak makmal yang menjalankan ujian terhadap sample darah kononnya milik individu bernama Siti Nurhaliza Tarudin akan menyiasat bagaimana maklumat berhubung kehamilan itu bocor.

Pihak berkenaan dikatakan tekejut apabila berita kehamilan tersebut mula dibincangkan di media sosial selain peminat turut mengucapkan tahniah kepada penyanyi Siti Nurhaliza.

Satu sample darah individu yang dicatatkan atas nama ‘Siti Nurhaliza Tarudin’ telah dihantar ke sebuah makmal patalogi dan klinikal di Petaling Jaya pada Isnin lalu oleh sebuah hospital.

Bagaimanapun tidak dipastikan sama ada nama berkenaan merujuk kepada penyanyi Siti Nurhaliza atau pun individu lain yang mempunyai nama serupa.

Berdasarkan ujian makmal dan laporan pemeriksaan terhadap sample atas nama berkenaan, individu itu dikatakan hamil antara empat dan lima minggu.

Dalam pada itu suami kepada Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa dalam satu kenyataan kepada akhbar Kosmo pada Rabu meminta spekulasi berhubung berita itu dihentikan.

Katanya, selama 11 tahun bernikah pihaknya memang inginkan anak dan meminta semua pihak berdoa untuk tujuan itu. -mStarOnline

Zizie Ezzete akhirnya hamil, yang lebih mengejutkan...

Isnin, 24 Julai 2017

Akhirnya setelah penantian sejak 2009 berkahwin dengan Datuk Bung Mokhtar Radin, Zizie Ezette akhirnya hamil anak sulung. Paling mengembirakan kandungannya yang berusia 4 bulan itu merupakan anak kembar

Berita gembira ini dikongsi Zizie melalui Instagram miliknya semalam.
"Alhamdulillah, sekian lama menunggu, saya dikurniakan dua cahaya mata sekali gus.

"Doakan semoga kandungan ini selamat dan bayi berada dalam keadaan sihat.

"Sebenarnya kami ingin merahsiakannya sehingga memasuki trimester kedua, namun saya tidak dapat mengelak pasti sudah ramai dapat menghidu berita ini," luahnya


Diana Rafar hamil anak ke-2 (9 gambar)

Khamis, 20 Julai 2017

Diana Rafar yang kini hamil lapan bulan berharap dikurniakan anak perempuan selepas memiliki anak lelaki, Kashfi Haiqal yang kini berusia tujuh tahun.

Diana berkata, orang sekeliling menjangkakan dia mendapat anak perempuan selain keluarga dan sahabat yang turut mendoakan impiannya itu tercapai.

Bagaimanapun, Diana mengakui belum mengetahui jantina anak dalam kandungannya meskipun selepas beberapa kali menjalani ujian imbasan kehamilan.

Berita mengejutkan dari Syahera Rosli..

Selasa, 18 Julai 2017

Memang susah nak percaya tapi itulah hakikat rezeki yang diberikan Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNYA. Dikhabarkan Nadya Syahera Rosli kini dia hamil lagi untuk anak ke-2 setelah melahirkan anak sulungnya yang baru sahaja berusia empat bulan, .

Nadya mendapat tahu perkara itu apabila membuat ujian kehamilan selepas mengalami alahan baru-baru ini.

"Sebenarnya sejak raya lagi saya dah rasa tidak sedap badan dan seminggu lalu mula alami alahan muntah yang teruk sehingga langsung tak boleh nak makan.

"Mengesyaki mungkin berbadan dua, baru-baru ini saya buat ujian kehamilan sendiri di rumah dan keputusannya memang positif,

"Yalah, anak pertama baru berusia empat bulan, tiba-tiba yang ni dah 'lekat' tanpa sempat saya makan pil pencegah kehamilan (ketawa).

"Tapi tak mengapalah, kami terima dengan hati terbuka dan anggap ia sebagai rezeki Allah, " katanya kepada mStar Online.

Shima Anuar dah hamil, kongsi gambar baby bump (6 gambar)


Pelakon filem Highland Tower, Shima Anuar sedang hamil anak pertama hasil perkahwinannya dengan Mohd Solih sejak bulan April 2017 yang lalu.

Shima juga ada berkongsikan beberapa keping gambar kehamilannya di Instagram miliknya baru-baru ini. Namun usia kandunganya tidak diketahui.

Berita mengejutkan dari Hafizul Kamal...

Rabu, 12 Julai 2017

Pelakon lelaki yang juga merupakan bekas juara Pencarian Pengacara “On Air” 2012, Hafizul Kamal telah berkongsi berita tidak disangka-sangka iaitu mengenai kehamilan isterinya baru-baru ini.

Menurut kapsyen yang ditulis oleh Hafizul, isterinya kini sudah hamil lima bulan.

Hafizul dan isterinya, Nurul Fariza Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Mieja telah mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2016.

Berita mengejutkan dari Shima Anuar

Sabtu, 17 Jun 2017

Ini berita baru yang diterima dimana pelakon Shima Anuar, berkongsi berita dirinya kini disahkan hamil dua bulan. Shima juga mengakui mengalami alahan teruk pada peringkat awal kehamilannya.

Shima berkata beliau dan suami tidak merancang dalam soal cahaya mata, namun sememangnya menantikan rezeki untuk menambah ahli keluarga secepat mungkin.

Tangan buat ape tu? Dab..? 🤔 #LilSS

A post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on



"Saya pada mulanya melakukan sendiri ujian kehamilan di rumah, namun keputusannya negatif. Begitupun selepas dua minggu, ia bertukar menjadi positif. Saya kemudian ke hospital untuk mendapatkan pengesahan daripada doktor pula.

"Tidak lama selepas itu, saya dan suami turut berjumpa doktor pakar bagi mendapatkan nasihat lebih lanjut mengenai kandungan.

"Alahan kehamilan pertama ini juga sangat teruk sehingga membuatkan saya jadi lemah dan terbaring saja. Semua makanan yang saya makan pula akan keluar semula, malah minum air pun membuatkan saya muntah," katanya memetik BH Online.

Berita mengejutkan dari Hafiz Suip

Jumaat, 16 Jun 2017

Sangat mengejutkan apabila dikhabarkan lebih setahun mendirikan rumah tangga, akhirnya penyanyi Hafiz Suip, 27, dihadiahkan dengan berita gembira apabila mendapat tahu isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah sudah hamil.

Memasuki usia kandungan 11 minggu, Hafiz berkongsi kegembiraan tersebut menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram semasa mereka sedang melakukan pemeriksaan kandungan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Yana Samsudin buat kejutan soal anaknya..

Khamis, 15 Jun 2017

Dapat tahu yang Yana Samsudin yang kini sudah memiliki cahaya mata sulung Aisy berusia 10 bulan mengakui dia berkeinginan untuk hamil sekali aka anak ke-2. Walaubagaimanapun, doktor menasihati Yana agar hamil lagi setidak-tidaknya selepas Aisy berusia 2 tahun.

"Meskipun anak saya baru berusia 10 bulan, tapi keinginan untuk menimang cahaya mata kedua itu membuak-buak. Tapi baru-baru ini ketika berjumpa dengan doktor, dia menasihatkan saya supaya seelok-eloknya hamil selepas anak saya berusia dua tahun kerana saya melahirkan anak pertama secara pembedahan.

Lagipun, Mateen masih menyusu badan sepenuhnya dan kelihatan seperti sukar untuk putuskannya jika saya hamil dalam masa terdekat nanti. Jadi saya fikir lebih baik beri masa untuk Mateen dahulu sebelum lahirkan anak kedua nanti." kata Yana memetik AstroGempak