Pada:
Khamis, 8 November 2012
Malah lebih malang lagi Aidil yang selaku plaintif diperintahkan untuk membayar segala kos mahkamah.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Saharuddin Selamat selepas meneliti kesilapan pada isu alamat pemastautin Aidil, 25, yang dikemukakan dalam permohonan tersebut yang difailkan pada 15 Mei lalu.
Sementara itu Rita yang berbaju hitam dengan tudung biru hadir menghadiri perbicaraan lain di Mahkamah Tinggi Syariah, Kota Bharu, Kelantan.
"Alhamdulillah, saya bersyukur apabila mahkamah tidak menangguhkan keputusan kes bantahan awal ini meskipun tanpa kehadiran dia (Aidil).
"Saya hanya ingin mempertahankan diri dan hak saya bersama anak-anak. Apabila sudah sampai di tahap ini (membawa kes ke mahkamah), maksudnya saya sudah mula berjuang dan tidak akan menoleh ke belakang.
"Selepas ini, peguam saya akan selesaikan status perhubungan kami pula. Tunggu sahaja nanti," ujar Rita. -Via
Tag : Aidil Zafuan , Berita Artis , Kelantan , Kota Bharu , Mahkamah , Pelakon , Pemain Bola Sepak , Rita Rudaini , Suami Isteri


