Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Jangan terkejut jika budak ini sebenarnya peminat no.1 artis ini...

Khamis, 10 Ogos 2017


Jangan Terkejut apabila seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Mohammad Reezqi Rayqal menjadi salah seorang peminat tegar Fattah Amin.

Mohammad Reezqi yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu sanggup merayu ibu bapanya untuk datang ke Kuala Lumpur semata-mata mahu bertemu aktor kegemarannya.

Ibunya, Wan Hanim Wan Muhammad, 38, berkata, anaknya mula meminati Fattah selepas menonton drama Suri Hati Mr Pilot.

Reezqi sanggup datang dari Kota Bharu untuk bertemu aktor kesayangannya.

Saya pernah terlebih dosa daripada Awie - Bob Lokman

Rabu, 12 Julai 2017

Dengar khabar kedatangan Awie ke Kelantan disambut hambar sehinggakan ada sesetengah orang menganggap Awie tak layak datang ke negeri itu. Persoalan itu timbul apabila apabila Awie telah mengadakan satu konsert untuk program Kelantan International Bike Week 2017 di Stadium Sultan Muhammad IV yang turut dihadiri oleh orang ramai hampir 10,000 orang.

Ifa Raziah bertudung Tapi....

Khamis, 6 April 2017

Sebelum ini Ifa Raziah ada membuat kenyataan akan belajar bertudung dan mahu istiqamah dalam pemakaiannya. Namun pemakaian tudung bagi Ifa belum sepenuhnya lagi buat masa ini.

Ifa juga memberitahu yang dia hanya bertudung pada hari Jumaat sahaja sejak empat bulan yang lalu memetik sebuah portal hiburan.
“Ramai orang tak tahu sebenarnya sebelum orang nampak saya berhijab di salah satu majlis di Kelantan tempoh lalu, saya dah mula berhijab sejak empat bulan lalu.

“Namun saya hanya bertudung setiap hari Jumaat selama ini.

“Ia merupakan salah satu cara saya untuk muhasabah diri selain mahu membiasakan diri ke arah berhijab,” katanya yang enggan terburu-buru untuk berhijab.

Bukti Neelofa pandai loghat Kelantan (video)

Jumaat, 17 Jun 2016

Ramai yang kata Neelofa tak pandai cakap loghat Kelantan. Walaupun menyedari Neelofa asal Kelantan, dan bekerja di IbuKota, namun ramai yang menyangka Neelofa asal usulnya.

Ini adalah video Neelofa pandai berbahasa Kelantan yang diambil sekitar tahun 2013.

Sekitar majlis berinai Yatt Hamzah (10 gambar)

Ahad, 24 April 2016

Pada malam semalam telah berlangsung majlis berinai Yatt Hamzah. Sementara itu, pada hari ini akan berlangsung majlis bertandang pula bagi pihak lelaki yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan.

Yatt Hamzah dan juga pasangannya, Mohammad Zulfadli kerana telah selamat diijabkabul di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Februari lalu.

Datuk Seri Vida diberi amaran keras!

Ahad, 27 Mac 2016

Pengasas produk kecantikan yang juga Penasihat kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Hasmiza Othman aka Vida diberi amaran supaya mematuhi peraturan perlawanan bola sepak terutama melibatkan pasukan Kelantan.

“Beliau perlu mematuhi peraturan di kawasan teknikal seperti elakkan menggunakan telefon bimbit, pakaian tidak boleh sama dengan yang dipakai oleh pemain di padang”

“Selain itu, beliau tidak boleh meninggalkan kawasan teknikal untuk bertemu dengan penyokong dan perkara-perkara seumpama itu. Ia adalah peraturan biasa dalam bola sepak yang perlu dipatuhi,” jelas Ketua pegawai eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam kepada portal Bernama.

Biar gambar berbicara..

Selasa, 19 Januari 2016

Afdlin Shauki kritik tindakan seorang Jutawan Kosmetik..

Isnin, 18 Januari 2016

Agak bengang juga Afdlin Shauki meperlihatkan seorang ahli perniagaan terkenal dan juga jutawan kosmetik tempatan yang telah sponser satu pasukan bola sepak Negeri sehinggakan imej asal mereka diubah.

Menjadi satu kehairanan juga melihat kali pertama seorang sponser mengubah sedikit penampilan pemain bola sepak ini. Sponser dari kelab-kelab besar pun tidak akan mengubah imej asal pemain itu sendiri.

Apa-apa pun semoga Negeri ini lebih maju selepas ini dan boleh menandingi mana-mana skuad negeari selepas ini. Majulah sukan untuk Negara.

Sesi photo studio anak Khairul Fahmi, Leuniey (12 gambar)

Jumaat, 11 Disember 2015



Khairul Fahmi Che Mat dan isterinya Leuniey Natasha sempat membuat sesi photo studio untuk anak-anaknya. Anaknya Khaleel Emir yang lahir 18 November lalu dan anak sulungnya, Kayla Elayna. -gambar Instagram The Photolicous

Neelofa derma RM10,000 untuk...

Jumaat, 25 September 2015

Neelofa memetik laporan HarianMetro semalam di mana dia telah menderma sebanyak RM10,000 untuk membantuk dalam pembinaan rumah sepasang suami isteri yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu.

Rumah yang bakal dibina itu terletak di Pasir Mas Kelantan. Ianya tergendala kerana masalah kewangan dengan pendapatan mereka hanya RM45 sehari.

Selain itu juga Neelofa menyalurkan sumbangannya menerusi badan NGO Pertubuhan Kebajikan Pergerakan Adil yang membantu golongan miskin termasuk mangsa banjir yang melanda Kelantan tahun lalu.

Sekitar majlis bertandang Abby, Jai (6 gambar)

Rabu, 23 September 2015

Beberapa hari lalu, Jai Ezzany dan Abby Abadi telah selamat untuk mengadakan majlis bertandang yang diadakan secara sederhana di Kelantan. Kemeseraan mereka nampak sangat terserlah dan sedondon.

Kita doakan agar mereka bahagia hingga ke akhir hayat ler kan sebaiknya.

Anak kecil Che Ta memakai barangan kemas..

Khamis, 16 Julai 2015

Akui Rozita Che Wan aka Che Ta yang anak perempuannya, Aasiyah Dhia kini memakai barangan kemas seusianya lapan bulan adalah hanya pemberian daripada peminatnya bukan dibeli oleh Che Ta memetik laporan mStar semalam.

Peminat berkenaan merupakan wanita dari Kelantan yang juga stokis untuk produk wangian. Che ta menjelaskan hal ini akibat dikritik oleh pengikutnya kerana dikatakan satu pembaziran yang belum sesuai untuk anak seusia itu.

Sekitar pernikahan Amir Raja Lawak (11 gambar)

Isnin, 16 Mac 2015


Amir (Raja Lawak) selamat bergelar suami kepada Nur Intan Syafinaz Shaari dengan sekali lafaz kira-kira pukul 5.30 petang, Sabtu.

Pada majlis yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Kampung Gajah, Sungai Buloh, Amir menyerahkan masa kahwin berjumlah RM300 manakala RM13,000 sebagai wang hantaran.

Seramai 200 tetamu terdiri daripada keluarga terdekat pasangan itu hadir memeriahkan majlis.

Amir turut menyerahkan tiga dulang hantaran dan dibalas lima dulang daripada pengantin perempuan.

Majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan pada Ahad manakala pihak lelaki akan diadakan pada 2 April di Kelantan. -mStar

Abby Abadi tak suka sukarelawan wanita bantu mangsa banjir sebab..

Jumaat, 9 Januari 2015

Abby Abadi kini kembali bersuara apabila ada sukarelawan wanita yang pergi menolong dan membantu mangsa banjir di negeri Pantai Timur.

Abby memberitahu yang dia amat terkejut dengan wanita yang membantu mangsa banjir di sana, kerana tidak menutup aurat.
“Saya tertengok gambar gambar misi bantuan banjir sekarang ini, ramainya pergi membantu tetapi aurat tak terjaga. Allah nak tolong macam mana? Sedih, ingatkan sebab sayang. Usahalah untuk tolong diri sendiri dulu, selepas itu baru usaha untuk tolong orang lain pula”

“Aurat itu aib kita, dibelanja ikut suka azab seksanya tak terkira. Ada yang dah tertutup sempurna, syukur sangat! Baik sangat hati budinya pergi menolong, bersihkan rumah, bersihkan lumpur tapi siarkan juga gambar mangsa yang tidak menutup aurat”

“Tak tahu tentang dosa aurat ke macam mana? Yang mendedahkan berdosa, yang menyebarkan dapat saham juga. Fahamilah bersama ya,” -Abby petikan Instagram beliau.
Namun ada juga yang membidas kenyataan Abby Abadi dengan pandangan masing-masing..
''Pakai tudung tak semestinya baik.aku tengok yg pakai tudung banyak juga yg jahat...kalau yg tegur tu iklas ok lah ni kalau tegur menyumpah2 org buat apa pakai tudung tpi mulut macam longkang..''

''Ttup aurat pom klu mlut xjaga sama jgk Mohd Az** oiii..''

''smua org x sama...pkaian x mnunjukkn ketebalan ilmu agamanya.....mak tiri sy pon tduh laboh dah nk smpai ke lutut...mulut laju memfitnah,mngata mnghina.....aptb''

''Yg bertudung kalau nk tolong..boleh prgi tolong..Jgn asyik nk perati fesyen org bertudung ke tak...Suami dia ada yg boleh nasihat...''

''apa beza wanita bertudung=mengumpat. wanita tidak bertudung=berakhlak mulia.. apa beza? apa yg sama? yang penting, jaga apa yg wajib.''

''bertudung tapi mulut suka menghina org' tak hingin aku''

Fouziah turun padang bantuk mangsa banjir Kelantan (6 gambar)

Khamis, 8 Januari 2015

Dah lah cantik, buat kerja amal lagi tu. Memang terbaiklah yang dilakukan oleh Fouziah Gous ni bersama-sama suaminya untuk menolong membersihkan dan membantu mangsa bencana banjir besar di Kelantan.

Artis lain sepatutnya mencontohi Fouziah ni, walaupun sibuk, Fouziah masih boleh turun padang membantu penduduk di sana.

Gambar selfie Fizo dikecam..

Rabu, 31 Disember 2014

Gambar selfie Fizo Omar bersama pasukannya, Hot Burgers Malaysia ketika banjir ketika perjalanan menghantar bantuan ke Kelantan dikecam dan dikritik dilaman sosial Instagram miliknya.

Fizo kesal kerana hal remeh sebegitu di kritik, sepatut si pengkritik harus turun ke padang sama-sama membantu dan merasai suasana sebenar kepayahan yang dialami mangsa banjir.

Sazzy Falak ke Kelantan ber'tudung' (7 gambar)

Jumaat, 17 Oktober 2014

Hari rabu yang lalu, Sazzy Falak ada ke Negeri Kelantan atas urusan kerja katanya. Ke negeri Kelantan bukan calang-calang, Sazzy mengenakan penutup alas kepalanya.

Sepertinya mahu bertudung, tak penuh lah. Takpelah ok lah tu, sekurang-kurangnya menghormati acara atau majlis agama kan.

Dia ke Kelantan dijemput untuk ceramah di pusat GiaTMARA Machang. Cuma kelakar gambar diatas tu. haha.

Kereta mewah Audi miliki Fizo terlibat kemalangan!

Ahad, 27 Julai 2014

Dengarnya kereta mewah milik Fizo Omar berjenama Audi terlibat dengans satu kemalangan kecil yang berlaku baru-baru ini.

Saksi melihat kerta itu remuk di sekitar jalan di Kuala Krai Kelantan lalu mengambil gambar kereta berkenaan secara live.

Difahamkan lagi, kereta berkenaan dipandu laju ketika cuba memotong kereta lain sebelum berlanggar.

Akui Fizo, dia dan isterinya, Mawar tidak menaiki kereta berkenaan namun selamat sampai ke Kota Bharu dengan kereta lain.

Kereta berkenaan dinaiki oleh ahli keluarga Fizo.

Misha, Firos nikah pada bulan Mei 2014

Isnin, 7 April 2014

Akhirnya desas desus tarikh pernikahan Misha Omar dengan tunangnya Firos Ezzwan yang juga seorang pilot MAS sudah diketahui.

Memetik sumber, mereka sudah menetapkan 2 Mei nanti sebagai tarikh bersejarah buat diri mereka berdua bergelar suami isteri.

Diberitahu mengapa memilih bulan itu, mereka memilih sebab ada keberkatan pada bulan Islam iaitu bulan Rejab bersamaan hari Jumaat atas permintaan ibu Misha.

2 majlis diadakan iaitu pernikahan yang berlangsung di sebelah pagi manakala resepsi pula pada se­belah malam yang diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.

Gambar bakal tunang Nina Iskandar

Rabu, 26 Mac 2014

Sebelum ini telah menyebutkan gosip dimana pelakon, Nina Iskandar ada menjalinkan hubungan dengan anak Datuk K, Adib Khalid.

Namun semalam gosip itu sudah tenggelam, apabila Nina yang kini berusia 23 tahun, telah menyatakan akan bertunang dengan seorang jejaka yang juga businessman dari Kelantan.

Memetik portal mStar, majlis pertunangan itu akan diadakan pada bulan Ogoas nanti.
"Benar saya akan bertunang dengan kekasih saya pada Ogos ini tetapi bukannya dengan Adib seperti yang digosipkan sejak akhir-akhir ini.

"Kekasih saya bernama Ahmad Heikal, berusia 30 tahun dan kami berkenalan pada November tahun lalu. Alhamdulillah, kedua-dua keluarga gembira dengan perhubungan ini,

"Saya baru berada setahun dalam dunia seni lakonan dan terlalu banyak perkara yang harus saya asah untuk menjadi pelakon yang baik.

"Setakat ini kami hanya merancang untuk bertunang dan belum terfikir untuk berkahwin dalam terdekat.

"Banyak perkara yang perlu diterokai sebelum mahu bergelar isteri," -Nina