Tahniah, Dato' Falzey Juara MasterChef Selebriti

Pada: Rabu, 18 Julai 2012
Dato' Fazley Yaacob muncul sebagai juara program MasterChef Selebriti Malaysia yang pertama dalam episod program realiti masakan dengan menewaskan pelawak, Angah Raja Lawak menerusi episod terakhir yang disiarkan pada malam Isnin.

Fazley menerima wang tunai sebanyak RM57,000 untuk disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia yang diwakilinya.

Khabarnya, dia tidak ada pengalaman memasak dan hampir-hampir menarik diri pada awal rancangan. Namun tuah manusia siapa yang tahu, Fazley berjaya mengalahkan selebriti-selebriti yang lain.

Selain Fazley, artis lain yang turut menyertai program tersebut ialah Farouk Hussein, Jehan Miskin, Salamiah Hassan, Thanuja, Serina Redzuawan, Siti Sarah, Azwan Ali, Tomok, Raja Azmi, Karl Shafeq, Dr Faiz, dan Louisa Chong. -Via

ehsan gambar Instagram Datuk Fazley | SinarHarian

Tag : , , , , ,