Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Syura berterima kasih kepada bekas suami kerana mengaibkannya

Rabu, 10 Februari 2016


Syura berterima kasih dengan bekas suami kerana dedah aib dirinya

Sudahlah kini bersendirian, tiba-tiba muncul pula cerita tidak enak daripada mulut bekas suami mengatakan dirinya sudah lupa diri, tenggelam dibawa arus populariti selepas djadi juara MasterChef Selebriti musim kedua pada 2012.

Nama pelantun lagu Nazam Berkasih, Syura Badron, 31, kembali dijaja selepas kes penceraiannya dengan bekas suami, Mohd. Fadhly Md. Yassin menjadi bualan di laman portal kerana perubahan sikapnya lapor Utusan.

Syura yang minta cerai - Bekas Suami

Selasa, 19 Januari 2016

Penyanyi Syura sebelum ini ada menyatakan yang dia diceraikan oleh bekas suaminya dengan talak dua. Namun suaminya, Mohd Fadhly mengakui itu semua adalah permintaan Syura sendiri, dan dia harus melakukan lafaz perceraian itu.
“Saya masih sayangkan Syura. Selepas mahkamah mengesahkan lafaz rujuk, dia tidak pernah berhasrat untuk kembali taat kepada saya sebaliknya beberapa kali meminta saya lepaskannya”

“Saya akhirnya bersetuju kerana saya sayangkan dia dan sedar tiada guna saya memaksanya untuk meneruskan perkahwinan kami kerana dia sudah tawar hati,” katanya kepada mStar
Fadhly memberitahu mereka bercerai buat kali kedua pada 19 Ogos tahun lalu dan bercerai kali pertama pada 29 September 2014 sebelum mengambil keputusan kembali rujuk pada 10 November tahun sama.

Status sebenar penyanyi, Syura didedahkan...

Jumaat, 15 Januari 2016


Akhirnya status sebenar Syura terbongkar
Tidak mahu orang ramai keliru mengenai status hubungannya bersama bekas suami, penyanyi Syura dan juga bekas juara Master Chef Selebriti musim kedua mengakui bahawa dia kini sudah pun bercerai namun tidak mendedahkan perkara berkenaan bagi menjaga hati banyak pihak.

“Apatah lagi bekas keluarga mentua adalah dalam kalangan sanak saudara sendiri. Banyak aspek yang perlu saya ambil kira. Saya tak boleh mementingkan diri sendiri saja. Saya bukan sengaja bertindak demikian”

“Saya harap penjelasan ini akan menjelaskan situasi sebearn. Semua dilakukan demi kebaikan semua. Cukuplah saya beritahu, orang di luar sana perlu tahu saya sudah menjadi ibu tunggal. Jika diikutkan, memang agak rumit untuk menjelaskan masalah rumah tangga kami,” katanya yang diceraikan talak dua oleh suaminya kepada BH Plus.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama, Syura tidak menolak jika dia dijodohkan bersama bekas suaminya kembali atau mana-mana lelaki lain yang serius untuk menjadikannya sebagai isteri dan bersedia menjadi ketua keluarga.

Syura bakal bercerai tapi masih lagi isteri orang!

Rabu, 17 September 2014

Dengar berita memetik sumber HarianMetro baru-baru ini menyatakan Syura (penyanyi) bakal bercerai tidak lama lagi.

Khabar ini mendapat respon dari Syura sendiri yang mengakui ianya masih dalam proses perbincangan dan masih lagi menjadi isteri orang. -gambar suriafm

Gambar Anak dan Isteri Falzey

Rabu, 20 Februari 2013

Gambar dibawah adalah  gambar anak-anak  Fazley dan Azrene Soraya. Dan ketiga-tiga anak Fazley semuanya lelaki. Dan masih lagi belum bersekolah.

Nama anak Fazley memang unik yang pertama, Ahmad Fariedz (Payish), 4 tahun, Ahmad Fieradz (Piyash) 3 tahun dan seorang lagi nama anak timangan mereka adalah, Piyush yang berusia setahun.

Tahniah, Dato' Falzey Juara MasterChef Selebriti

Rabu, 18 Julai 2012

Dato' Fazley Yaacob muncul sebagai juara program MasterChef Selebriti Malaysia yang pertama dalam episod program realiti masakan dengan menewaskan pelawak, Angah Raja Lawak menerusi episod terakhir yang disiarkan pada malam Isnin.

Fazley menerima wang tunai sebanyak RM57,000 untuk disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia yang diwakilinya.

Khabarnya, dia tidak ada pengalaman memasak dan hampir-hampir menarik diri pada awal rancangan. Namun tuah manusia siapa yang tahu, Fazley berjaya mengalahkan selebriti-selebriti yang lain.

Selain Fazley, artis lain yang turut menyertai program tersebut ialah Farouk Hussein, Jehan Miskin, Salamiah Hassan, Thanuja, Serina Redzuawan, Siti Sarah, Azwan Ali, Tomok, Raja Azmi, Karl Shafeq, Dr Faiz, dan Louisa Chong. -Via

ehsan gambar Instagram Datuk Fazley | SinarHarian