Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fazley Yaakob dedah kehidupan susahnya sebelum ini..

Rabu, 27 September 2017

Bersusah-susah dahulu, bersenang-lenang kemudian. Itulah yang berlaku kepada Datuk Fazley Yaakob yang difahamkan pernah bekerja sebagai pencuci tandas dan pencuci pinggan.

Fazley memberitahu yang dia pernah bekerja di sebuah restoran India ketika belajar di New Zealand. Bukan sebab nak cari pengalaman, tapi mahu menampung kos hidup di sana.
"Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya ketika berusia 18 tahun, saya pernah bekerja separuh masa sebagai pencuci tandas di sebuah restoran India.

"erkara itu dilakukan untuk mendapatkan pendapatan sampingan sebelum saya dinaikkan pangkat menjadi pencuci pinggan, gaji ketika itu 10 dolar sejam dan sehari saya bekerja selama lapan jam.

"Dari situ saya belajar memasak dan mengenali rempah-rempah. Kadang-kadang kalau cef tiada saya yang kena masak makanan kepada pelanggan.

"Bermula dari situ minat memasak saya datang sebelum saya bertekad ingin fokus terhadap bidang ini dan mencari pelbagai rujukan yang boleh dijadikan panduan untuk bergelar seorang cef," ceritanya kepada Astro Gempak.

Majlis pertunangan Mawar Rashid, Raf Yaakob (4 gambar)

Sabtu, 8 Julai 2017


Mawar Rashid selamat melangsungkan pertunangan dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf Yaakob (adik Datuk Fazley Yaakob) dalam sebuah majlis tertutup di Roof Garden @ Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, semalam Jumaat.

Terdahulu, Raf telah menghantar rombongan merisik bersama keluarganya pada 7 Mei lalu.

Majlis pertunangan itu juga diadakan sebagai memperingati tarikh ulang tahun kelahiran arwah bapa Raf, Datuk Yaakob Mohammad selain bersempena jamuan santai Aidilfitri SukaSucre Creatives.

Turut hadir ialah ibu Raf, Datin Umi Kalsom Abd. Latib, isteri Fazley, Datin Azrene Ahmad dan ibu Mawar, Datin Marinee Abdullah.

Sementara itu, majlis pernikahan dan persandingan pasangan itu dijangka akan diadakan pada hujung tahun ini. Bagaimanapun mereka belum menetapkan tarikh sebenar majlis itu dan akan diputuskan kemudian. -mStarOnline

Lagi gambar Mawar Rashid, Raf Yaakob bercuti di London (10 gambar)

Sabtu, 3 Jun 2017

Gambar mesra Mawar, Raf di London. Apa kata nitizen?

Khamis, 1 Jun 2017

Bukan main mesra lagi kedua merpati sejoli yang bercuti di London, Mawar Rashid dan Raf Yaakob. Untuk pengetahuan korang, Raf merupakan adik kepada penceramah, Fazley Yaakob.

Namun apa reaksi nitizen dan follower mereka yang melihat gambar ini?

Mawar Rashid, Raf Yaakob tengah bercinta ke? (4 gambar mesra)

Isnin, 6 Mac 2017

Timbul cerita dimana adik kepada penceramah dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob kini sedang rapat dengan Mawar Rashid (Mawar GST). Raf juga sebelum ini pernah dikatikan menjalinkan hubungan dengan pelakon Emma Maembong. Namun cerita dengan Emma itu hanya lah gosip sahaja, mereka menafikan menjalinkan cinta.

Kini Raf dikatakan sering memuat naik foto mesra bersama Mawar dengan ayat-ayat yang mengambarkan mereka sedang menjalin hubungan cinta.

Mengikut informasil, Emma dengan Mawar sebenarnya adalah kawan baik dan ada kemungkinan Emma juga yang 'rekomen' Mawar kepada Raf.

Emma Maembong akui rapat dengan adik Fazley Yaakob TAPI..

Selasa, 4 Oktober 2016

Emma Maembong mengakui dirinya rapat dengan dengan adik Datuk Fazley Yaakob, iaitu Raden Ahmad Faizal (seorang ahli perniagaan dan Presiden bagi My Man United Official Fan Club.) tapi tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa, seperti yang didakwa baru-baru ini.

Emma berkata khabar angin itu dianggap mengarut kerana hubungannya dengan Faizal atau dikenali sebagai Raf sekadar rakan baik dan beliau mengenali pemuda itu sejak berusia 14 tahun lagi.

"Kami berkawan sejak kecil lagi. Ayah saya ialah pelukis di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) manakala arwah ayah Raf adalah pengurus di situ.

"Jadi ayah saya diberi bilik khas untuk melukis, manakala saya dan adik-beradik lain kerap berkunjung ke situ. Selama lapan tahun, kami banyak menghabiskan masa di PWTC.

"Jadi perhubungan kami rapat, bukan saja dengan Raf, tetapi seluruh keluarganya juga. Apabila keluar gosip seperti ini, saya jadi pelik. Kenapa baru sekarang ia diperkatakan? Bagi saya, gosip ini merepek dan tidak masuk akal," katanya yang dihubungi BH Online

Top selebriti yang mempunyai pendidikan yang tinggi.. Amir Raja Lawak?

Khamis, 4 Februari 2016

Korang jangan pandang rendah kat Amir ni.. korg x tgk lagi SPM die,,,

Berikut adalah 12 selebriti malaysia yang berpendidikan tinggi. Bijak-bijak juga artis kita!!

Tanpa bersenam, Fazley kurangkan badan 18kg-sebulan! rahsianya...

Rabu, 13 Mei 2015

Wah dengarnya penyanyi, Dato' Fazley Yaakob kehilangan 18kg dalam masa sebulan. Agak mengejutkan juga. Ini adalah impian setiap orang nak turunkan berat badan sepantas itu.

Namun Fazley ada rahsianya tersendiri. Memetik portal Murai, dia memberitahu cara sebenar adalah dengan mengawal kadar pengambilan gula tanpa perlu bersenam!

"Selepas menjuarai pertandingan Masterchef Selebriti beberapa tahun lalu, saya akui yang berat badan saya bertambah. Menyedari hakikat itu, saya cuba untuk mengawal kadar pengambilan gula dalam makanan saya.

Seperti contoh, jika saya minum kopi ataupun teh, saya akan menikmatinya tanpa gula. Sebelum ini berat badan saya 90 kilogram, dalam masa sebulan, saya berjaya menurunkan berat badan saya sehingga 72 kilogram," -Fazley

Gambar Anak dan Isteri Falzey

Rabu, 20 Februari 2013

Gambar dibawah adalah  gambar anak-anak  Fazley dan Azrene Soraya. Dan ketiga-tiga anak Fazley semuanya lelaki. Dan masih lagi belum bersekolah.

Nama anak Fazley memang unik yang pertama, Ahmad Fariedz (Payish), 4 tahun, Ahmad Fieradz (Piyash) 3 tahun dan seorang lagi nama anak timangan mereka adalah, Piyush yang berusia setahun.

Gambar Selebriti di AJL 27

Selasa, 8 Januari 2013

Episod Anugerah Juara Lagu ke-27 sudah pun menutupkan tirainya di awal tahun 2013 ini. Namun dengar-dengar tiada kekecohan yang berlaku ketika ini apa yang terjadi ketika acara itu.

Yang pasti warna warni dengan pakaian oleh selebriti yang hadir turut mewarnai suasana malam itu. Seksi, rock, sopan dan sebagainya. -gambar anugerahjuaralagu.com

Tahniah, Dato' Falzey Juara MasterChef Selebriti

Rabu, 18 Julai 2012

Dato' Fazley Yaacob muncul sebagai juara program MasterChef Selebriti Malaysia yang pertama dalam episod program realiti masakan dengan menewaskan pelawak, Angah Raja Lawak menerusi episod terakhir yang disiarkan pada malam Isnin.

Fazley menerima wang tunai sebanyak RM57,000 untuk disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia yang diwakilinya.

Khabarnya, dia tidak ada pengalaman memasak dan hampir-hampir menarik diri pada awal rancangan. Namun tuah manusia siapa yang tahu, Fazley berjaya mengalahkan selebriti-selebriti yang lain.

Selain Fazley, artis lain yang turut menyertai program tersebut ialah Farouk Hussein, Jehan Miskin, Salamiah Hassan, Thanuja, Serina Redzuawan, Siti Sarah, Azwan Ali, Tomok, Raja Azmi, Karl Shafeq, Dr Faiz, dan Louisa Chong. -Via

ehsan gambar Instagram Datuk Fazley | SinarHarian