Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar pernikahan Angah Raja Lawak (10 gambar)

Ahad, 21 Februari 2016



Dalam satu majlis yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Melaka Perdana Homes Resort, pelawak dan juga pelakon popular Angah Raja Lawak, 38 selamat menamatkan zaman dudanya dengan gadis pilihan Amira Asyura Abd Razak, 20 dengan sekali lafaz.

Angah Raja Lawak atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim menggayakan kurta kelabu gelap dinikahkan dengan berwalikan jurunikah, Mohammad Suhaimi Kassim dengan mas kawin seutas rantai emas dan sebutir loket belian selain wang hantaran RM15,000.

Inilah dia tunang Angah Raja Lawak (5 gambar)

Selasa, 22 Disember 2015

Setelah Tauke Jambu bertunang dan Syuk juga sudah bernikah, kini seangkatan dengan mereka di pentas Raja Lawak, Angah bakal mendirikan rumahtangga pada 19 Febrauari 2016 akan datang di Melaka.
Gadis pilihannya itu juga merupakan masih lagi belajar di UiTM Lendu, Melaka

Angah Raja Lawak punya tunang (4 gambar)

Selasa, 20 Januari 2015

Angah Raja Lawak difahamkan sudah selamat bertunang dengan seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Wawa hujung minggu lalu di rumah gadis berkenaan. Angah sempat memberikan respon perjalanan majlis bertunangnya itu di laman sosial Instagram.

Tahniah, Dato' Falzey Juara MasterChef Selebriti

Rabu, 18 Julai 2012

Dato' Fazley Yaacob muncul sebagai juara program MasterChef Selebriti Malaysia yang pertama dalam episod program realiti masakan dengan menewaskan pelawak, Angah Raja Lawak menerusi episod terakhir yang disiarkan pada malam Isnin.

Fazley menerima wang tunai sebanyak RM57,000 untuk disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia yang diwakilinya.

Khabarnya, dia tidak ada pengalaman memasak dan hampir-hampir menarik diri pada awal rancangan. Namun tuah manusia siapa yang tahu, Fazley berjaya mengalahkan selebriti-selebriti yang lain.

Selain Fazley, artis lain yang turut menyertai program tersebut ialah Farouk Hussein, Jehan Miskin, Salamiah Hassan, Thanuja, Serina Redzuawan, Siti Sarah, Azwan Ali, Tomok, Raja Azmi, Karl Shafeq, Dr Faiz, dan Louisa Chong. -Via

ehsan gambar Instagram Datuk Fazley | SinarHarian

Gambar Angah RL pakai tudung

Sabtu, 9 Jun 2012

Tak dapat dipastikan bila, dimana dan apakah acara yang dikesan ketika Angah Raja Lawak memakai tudung ni. Sepertinya tudung Fareeda. Memang sangat lucu dan sepertinya juga persis wanita. Haha. Apa-apa pun jum layan gelagat Angah ni, yang tak sudah-sudah dengan lucunya yang mencuit hati.