Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

“Ingat Mereka Bagus?” Nabil Ahmad. Sindir siapa ni?

Jumaat, 29 September 2017

Nabil Ahmad  meluahkan rasa kesalnya dengan sikap segelintir artis tempatan yang enggan atau berat hati untuk 'support' ketika hadir ke sebuah acara hiburan.

Oleh itu Nabil lebih senang jika dia mengendalikan acara/majlis yang tidak melibatkan rakan sejawatnya itu.
"Saya dah kendali banyak majlis tapi lebih suka mengacara di majlis sekolah, universiti, kilang atau korporat berbanding sesuatu melibatkan artis.

"Sebabnya kebanyakkan artis cepat terasa. Ada segelintir yang ingat mereka bagus bila duduk di bawah itu.

"Mereka tidak memberi sokongan penuh kepada rakan yang berada di hadapan," ujarnya
Nabil juga mengakui kebanyakkan artis tempatan bersifat malas memberi tepukan dan sorakan kepada rakan yang berada di pentas.
"Takkan saya naik atas pentas dan minta orang tepuk. Awak kerja macam saya, cuba naik atas pentas tapi tak ada orang tepuk apa yang awak rasa.

"Artis-artis Malaysia ini malas nak tepuk tangan dan sorak pun tak nak. Kenapa nak mengangkat diri lebih daripada orang lain.

"Sebab itulah saya tidak menganggap diri sebagai selebriti tetapi bekerja untuk industri," kata Nabil kepada mStar Online.

Peserta Clever Girl 2017 buat hal lagi?

Selasa, 8 Ogos 2017

Sebelum ini, pernah timbul kontroversi mengenai peserta rancangan Clever Girl Malaysia yang tidak tahu warna bendera kebangsaan Malaysia.

Terbaharu, musim baharu Clever Girl Malaysia 2017 menyaksikan seorang lagi peserta dikecam teruk kerana tidak mengenali tokoh pemimpin tanah air. Yang lebih mengejutkan, tokoh yang disebutkan juga berasal dari negeri yang sama dengannya.

Saya pernah terlebih dosa daripada Awie - Bob Lokman

Rabu, 12 Julai 2017

Dengar khabar kedatangan Awie ke Kelantan disambut hambar sehinggakan ada sesetengah orang menganggap Awie tak layak datang ke negeri itu. Persoalan itu timbul apabila apabila Awie telah mengadakan satu konsert untuk program Kelantan International Bike Week 2017 di Stadium Sultan Muhammad IV yang turut dihadiri oleh orang ramai hampir 10,000 orang.

Akhirnya jawapan Neelofa tak menjadi host untuk Fattah-Fazura didedahkan..

Jumaat, 23 Jun 2017

Susulan daripada gosip yang menular yang dikatakan Neelofa enggan bersemuka dengan Fattah dan Fazura, pihak Astro semalam mengesahkan pasangan pengacara MeleTOP, Neelofa dan Nabil Ahmad kini sedang bercuti selama dua minggu bersempena sambutan Aidilfitri.
"Dari awal lagi mereka telah menyatakan hasrat untuk bercuti sepanjang tempoh tersebut kerana sudah merancang untuk menunaikan ibadah umrah.

"Oleh yang demikian, pihak produksi MeleTOP sudahpun membuat perancangan untuk mengundang Siti Nordiana dan Imam Muda Ashraf sebagai hos jemputan bagi menggantikan ketiadaan Nabil dan Neelofa untuk episod yang disiarkan pada 20 Jun lalu," kata Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad memetik portal mStarOnline

Menerusi beberapa episod sebelum ini juga, Neelofa yang juga sudah memberitahu akan menunaikan ibadah itu pada Ramadan ini. Bagaimanapun, difahamkan terdapat masalah mahram menyebabkan hasrat Neelofa untuk menunaikan ibadah itu terpaksa ditunda buat masa ini.

Hos pada malam itu digantikan dengan penyanyi Siti Nordiana, sementara Imam Muda Asyraf menggantikan Nabil Ahmad.

Kejutan dari WHI buat Fahrin Ahmad

Selasa, 6 Jun 2017

Slot rancangan tv, Wanita Hari Ini telah membuat satu kejutan dimana Fahrin Ahmad telah dipilih sebagai lelaki pertama yang mengacarakan rancangan berkenaan bermula semalam.

Memetik portal BharianOnline, Fahrin berasa amat teruja sekali buat dirinya.

"Apabila diajukan tawaran ini, saya turut terkejut kerana maklum tiada hos lelaki ditampilkan sebelum ini. Saya difahamkan, dulu Nazril Idrus juga pernah terbabit dalam WHI, namun beliau hanya mengendalikan segmen khas.

"Sebaik saja diberikan peluang, saya tidak berfikir panjang kerana yakin mampu menggalas amanah diberikan pihak TV3. Sudah pasti saya sendiri teruja untuk bersiaran menerusi rancangan terbabit," katanya.

Bila Aaisyah Dhiarana memetik buah Strawberi (video)

Rabu, 31 Mei 2017

Comelnya gelagat Aaisyah anak Rozita Che Wan dan Zain Saidin ni kan. Dia dikhabarkan dah ada slot tv sendiri bertajuk Little Princess Aasiyah di Astro Ria.

Mungkin ramai dah yang menontonnya kan. Apa kata kita lihat terobek video kat bawah ini yang bakal ditontonkan tak lama lagi.

Lawak Mentor Milenia yang korang wajib baca.. (9 gambar)

Khamis, 11 Mei 2017

Amar Hot FM hina Fina Mentor Milenia, biadap? (video)

Selasa, 25 April 2017

Jika anda mengikuti program Mentor Milenia 2017, sudah pasti anda kenal dengan seorang remaja perempuan yang cacat penglihatan dikenali sebagai Fina.

Fina sebelum ini viral di laman sosial apabila menghadiri ujibakat Mentor Milenia 2017 (Akim) dan mempersembahkan lagu ciptaannya sendiri di konsert Mentor Milenia 2017 sebagai peserta ujibakat pilihan.

Dalam program JamHot (HotFM) bersama selebriti, Fina dijemput hadir ke studio HotFM sebagai selebriti jemputan untuk ditemubual.

Dalam video tersebut, semasa Fina berada di studio HotFM, DJ HotFM iaitu Ammar agak keterlaluan apabila mengajuk buta seolah-olah mempersendakan Fina yang hendak menyanyikan lagu sambil bermain piano itu.



Dilihat dalam video tersebut DJ yang lain terdiam seketika apabila melihat gelagat Ammar yang membuat dirinya seolah-olah buta dan mungkin Issey tahu yang rakannya tidak patut membuat sedemikian, terus mahukan kamera fokus kepadanya.

Black bersikap biadap dengan Hattan?

Isnin, 13 Mac 2017

Black menegaskan dia tidak pernah bersikap biadap terhadap penyanyi Datuk Hattan dalam program Mentor Milenia 2017 seperti yang kecoh diperkatakan di YouTube, minggu ini.

Sebaliknya, Black berkata, cemuhan dan kutukan sebahagian besar penonton program realiti itu terhadap dirinya timbul kerana mereka salah faham dengan keadaan yang sebenar.

Jelasnya 'pergeseran' tercetus antara dirinya selaku salah seorang mentor dengan Hattan yang bertindak sebagai juri tetap sejak Mentor Milenia 2017 bersiaran dua minggu lalu adalah berlandaskan profesionalisme semata-mata.



"Saya tak rasa saya biadap atau beliau mengguris hati saya dengan kata-katanya.

"Saya mempertahankan protege dan beliau (Hattan) menjalankan tugasnya untuk mengkritik sebarang kekurangan para peserta.

"Perbalahan yang dilihat dalam program itu memang berlaku tapi ia adalah demi kerja dan tanggungjawab kami semata-mata.

"Tiada masalah pun antara kami tapi keadaan itu disalah anggap oleh penonton," katanya kepada mStar Online.

Luna Maya MLM 2017 di parodikan oleh Jihan Muse (lucu)

Isnin, 27 Februari 2017

Jom layan parodi oleh Jihan Muse di program Meletop sebagai Luna Maya mengomen persembahan pelawak, Mat Sabah di pentas MaharajaLawak Mega minggu pertama.

Zizan ganti Nabil di program Meletop?

Khamis, 23 Februari 2017

Dengar khabar yang Zizan Razak akan mengantikan Nabil Ahmad dan digandingkan dengan Neelofa untuk rancangan program TV Meletop!. Benarkah begitu, sebab apa dan kenapa?, saksikan video kat bawah ni eh.

Kumpulan Zero dikecam di hari pertama Maharaja Lawak Mega 2017

Rabu, 22 Februari 2017

Persembahan oleh pasukan Zero yang menyaksikan salah seorang daripada pelawak lelaki kumpulan itu tampil dengan memakai pakaian tradisi Iban.

Apa yang dipersoalkan oleh netizen bukalah isu sama ada boleh atau tidak mereka memakai pakaian tradisi itu untuk tujuan persembahan, sebaliknya pemakaian “Ngepan Indu” oleh pelawak lelaki itu sebenarnya tindakan yang tidak dapat diterima kerana “Ngepan Indu” adalah pakaian tradisi untuk kaum wanita saja, dan penampilan sedemikian rupa seolah-olah mempersendakan pakaian tradisional komuniti Iban itu.

Menurut Dr. Patricia Ganing, pensyarah dan pengkaji sosiobudaya masyarakat Iban di UPSI, kumpulan tersebut sepatutnya melakukan sedikit penyelidikan tentang pakaian tradisi komuniti Iban itu sebelum membuat persembahan. Pakaian Ngepan Indu sepatutnya dipakai oleh golongan wanita bukan lelaki walaupun pelakon tersebut melakonkan watak wanita.

“Kalau dari sudut kepercayaan Iban memang Ngepan Indu ini tidak boleh sesuka hati digunakan atau dipakai, sebabnya kalau zaman dahulu, ini merupakan pakaian untuk dewi Kumang dan dewi-dewi yang lain. Pemakaian Ngepan juga hanya untuk upacara ritual sahaja di zaman kala, bukan untuk suka-suka. Cumanya sekarang ini pakaian ini telah dikontemporarikan sebagai pakaian untuk menari”, kata Dr. Patricia.

“Malah kalau zaman dahulu, untuk menenun kain ini pun ada ritualnya. Corak yang dihasilkan pada kain pun, diturunkan oleh dewi kepada manusia melalui mimpi. Bukan sesuka hati sahaja untuk menghasilkan corak pada kain. Sehingga ke hari ini pun, komuniti Iban masih mengamalkan kepercayaan tradisional mereka dimana mereka perlu mengadakan upacara penyembahan atau miring. Masyarakat Iban percaya, kalau tiada persembahan atau piring si penenun akan jatuh sakit atau mendapat malapeteka yang lain” katanya.

“Objektif pemakaian baju tersebut pun tidak jelas pada persembahan mereka. Mahu kata persembahan tersebut menceritakan tentang Sarawak bukan pula, itu yang saya katakan sebagai objektif tidak jelas” tambahnya memetik borneodihati.org.

Pakai baju ATM, Kan dah kena!

Rabu, 15 Februari 2017

Pihak penerbitan rancangan hiburan Mentor Milenia milik TV3 memohon maaf kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung pemakaian baju bercorak celoreng salah seorang penyanyi yang terlibat dalam program berkenaan iaitu Hazama.

Menerusi kenyataan kepada mStar Online, pihak produksi rancangan berkenaan itu menjelaskan bahawa mereka tidak berniat untuk memperkecilkan tugas badan berunifom itu kepada masyarakat dan negara.

"Syarikat penerbitan rancangan Mentor Milenia, Primeworks Studios Sdn Bhd memohon maaf kepada Angkatan Tentera Malaysia dan semua pihak yang tersinggung atas pemakaian baju celoreng oleh salah seorang daripada mentor rancangan tersebut.

"Kami ingin memaklumkan bahawa pemakaian baju celoreng oleh Hazama ketika berlangsungnya Konsert Mentor Milenia pada 12 Febuari 2017 tidak sama sekali berniat untuk memperkecilkan tugas dan pengorbanan ATM kepada masyarakat dan negara," ujar wakil produksi.

Dalam pada itu, pihaknya juga mengakui kurang peka dengan situasi yang melibatkan ATM.

Berikutan insiden ini, mereka berjanji untuk memberi peringatan kepada semua krew produksi termasuk selebriti jemputan untuk memastikan perkara seperti ini tidak akan berulang di masa akan datang. -mStarOnline

Senarai penuh peserta Maharaja Lawak Mega 2017

Jumaat, 10 Februari 2017


Mana peserta pilihan anda?

1. Kumpulan Nice

Mimie Haris sah bercerai

Jumaat, 3 Februari 2017

Penyanyi MyStarz LG, Mimie Haris mengakui sudah pun bercerai. Perkahwinannya dengan ahli perniagaan hanya kekal lapan bulan sahaja.

“Benar kami berpisah sejak lima bulan yang lalu. Secara rasminya kami bercerai pada bulan November tahun lepas,"

“Sudah tidak ada jodoh antara kami lagi. Walau bagaimanapun perkara ini sudah berlalu dan selesai,” katanya.
Untuk info, Mimie berkahwin sekitar akhir bulan Disember 2015 dan menetap di Dubai. Kini MImie sudah pulang ke tanah air dan meneruskan karier baru sebagai pengacara program TV CJWOW Shop. -MediaHiburan

Datuk Aliff menangis minta maaf dengan 'Abang Kopiah'

Khamis, 26 Januari 2017

Program tv realiti TV, Oh Abang Kosmetik pada Isnin lalu yang memaparkan Datuk Aliff Syukri menyamar sebagai seorang pengemis dengan meminta kopiah dari seorang lelaki.

Namun ramai yang tidak menyangka, video itu seperitnya menghina penjajah awam kat situ. Walaupun video berkenaan seperti tiada apa-apa pada rancangan tersebut, namun 'Abang Kopiah' yang menjual kopiah telah melahirkan rasa zahirnya yang tersinggung dengan tindakan Aliff itu.


Sehubungan dengan kejadian itu, Aliff dengan ikhlas terus memohon maaf terhadap peniaga kopiah tersebut melalui video di Instagram.




Sekitar malam AJL ke-31 (35 gambar HD)

Selasa, 24 Januari 2017

Kredit Foto : Instagram TV3 Malaysia / Hot FM / Tonton MY

Video parodi Fattah, Neelofa oleh Syuk, Jihan

Jumaat, 20 Januari 2017

Dalam program Meletop baru-baru ini, Jihan Muse dengan Shuk SYJ ada membuat satu video parodi yang mencuit hati berkisahkan mengenai hubungan diantara pelakon Fattah Amin dengan Neelofa.

Sampai tergelak Fattah Amin dibuatnya. Neelofa sepertinya ada ketika itu, tapi tak nampak mukanya.

Zur Eda dituuduh sebagai mak lampir & kaki bomoh!

Khamis, 5 Januari 2017

Penyanyi Zur Eda mendedahkan walau banyak menerima kecaman semasa menyertai Gegar Vaganza (GV) tahun lalu namun pihak terbabit sudah memohon maaf.
Zur Eda tuduhan yang dilemparkan berat untuk diterima namun berkat kesabaran, semuanya diharungi dengan baik.
“Semasa GV saya dikecam, dikutuk dan difitnah. Wajah saya ditularkan sebelum disunting.

“Ada di antaranya rasa bersalah dengan saya, mesej saya sendiri meminta maaf kerana sudah mengaibkan Zur Eda di media sosial.

“Mereka minta ampun. Mahu saya ampunkan dosa mereka. Itulah hikmah di sebalik kesabaran saya, saya tidak jawab, saya cuma cakap alhamdulillah,” katanya kepada ProjekMMO.
Penyertaan Zur Eda dalam GV tahun lalu penuh dengan kontroversi apabila gambar pengenalannya yang belum disunting didakwa menakutkan oleh netizen.

Penampilannya pada minggu kelima dengan rambut mengerbang dituduh pula sebagai mak lampir oleh sesetengah pengguna media sosial.

Pada malam penyingkirannya, Zur Eda menafikan mengguna bomoh untuk menjuarai pertandingan nyanyian itu. Katanya, tuduhan itu amat berat untuk diterima dan tidak benar apabila beliau tersingkir di peringkat suku akhir.
“Saya bersyukur ada netizen dan pengecam kerana sedikit sebanyak menaikkan nama Zur Eda kembali walaupun ia secara negatif.

“Bila saya periksa siapa mereka ini, budak muda rupanya,” katanya kepada Malay Mail online.

Siti Nurhaliza dedah puncah terjatuh sampai bengkak

Khamis, 24 November 2016

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin belum mendapatkan rawatan kecederaan kakinya selepas terjatuh di bilik air ketika menjalani penggambaran percutian berjudul CTDKtion di tiga negara iaitu Potugal, Sepanyol dan Dubai.

Siti juga menahan sakit dan meneruskan penggambaran program percutian berkenaan yang turut disertai suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa serta ahli keluarga yang lain termasuk kru produksi Astro.

"Saya ‘terpelecuk’ di dalam bilik air ketika itu saya pakai kasut tumit tinggi untuk makan malam di sebuah hotel. Lantai licin membuatkan saya hilang kawalan. Saya tidak ke klinik, hanya sapu ubat yang dibawa sahaja.

"Sakit dan bengkak juga kaki sebelah kiri tapi saya tidak berehat dan teruskan penggambaran, terpaksa jugalah tahan sakit.

"Nasib baik tidak terseliuh hanya lebam dan bengkak sahaja," ujarnya kepada mStar Online.