Isnin, 24 Jun 2013
Dah besar anak kepada pelakon dan juga model, Dynas Mokhtar ni. Dua anaknya, Khyra Khalyssa yang berusia 3 tahun manakala yang ke-2, lelaki berumur nak masuk setahun. Tak perlu banyak info, jom layan. Hee. -gambar IG dynasmokhtar
"Walaupun sudah tua, kami tetap nak buat majlis pertunangan. Apa-apa pun kena ikut adat, adat juga tak mengenal usia. Lagipun saya masih mempunyai ibu dan wali.
"Majlis pada 15 Julai nanti akan berlangsung secara sederhana selepas kedua-dua buah keluarga bertemu dan berbuka puasa bersama-sama di rumah saya." -Raja Azmi. Kosmo!
Tak tahu nak cakap macam mana tapi Jimmy memang dah berkahwin dengan seorang wanita cantik berstatus janda sedikit masa lalu. Majlis tersebut pun tak dibuat besar untuk mengelak pengetahuan peminat.
Tapi khabarnya isteri Jimmy memang kaya raya dan dalam kalangan orang yang banyak duit. Mungkin itu jodoh terbaik buat Jimmy setelah melalui kegagalan rumat tangga beberapa tahun lalu. -sumber. Gambar Forum Cari
"Dayana masih satu-satunya isteri saya yang sah.
"Memang saya mengaku pergi Mahkamah Syariah tetapi untuk apa dan buat apa, saya tidak boleh kongsi.
"Saya harap semua faham kerana banyak hati yang perlu saya jaga, saya tidak mahu kerana kenyataan saya akan menyebabkan salah faham yang lebih besar," -Ashraf Muslim. Kosmo!
"Untuk bergelar seorang suami merupakan impian saya selama ini dan saya bagaikan tidak sabar untuk menantikan detik-detik tersebut.
"Namun, perasaan berdebar tetap ada dan setiap malam saya akan menghafal lafaz akad nikah sebelum tidur,
"Majlis resepsi sebelah perempuan mungkin akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti manakala sebelah saya pula tidak dapat dipastikan. Yang pasti ia akan dibuat secara tertutup untuk keluarga sahaja,
"Insya-Allah kita akan jemput (Yana Samsudin - mantan kekasih) tapi saya serah kepada pihak keluarga tentang urusan jemputan. Lagipun saya kena juga ambil pandangan dan jaga hati bakal isteri saya," -Pierre. mStar
“Saya diwakilkan keluarga Redzwani untuk tampil membuat kenyataan kerana kami tidak mahu namanya dikaitkan lagi dengan Shah.________________
“Kami tidak mahu dia dikenali sebagai tunang Shah lagi kerana hubungan mereka sudah berakhir minggu lalu. Hubungan itu diputuskan setelah keluarga Redzwani melihat kenyataan yang diberikan Shah kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selepas dia ditangkap khalwat bersama seorang wanita pada 16 Mei lalu" -sumber wanita terbabit. Bharian.
"Shah dan Redzwani masih lagi dalam ikatan pertunangan dan kedua-dua belah pihak seboleh-bolehnya mahu hubungan ini kekal.PS: lain kali kahwin/nikah terus, tak payah dok nak bertunang-tunang, Nabi pun takde main tunang-tunang, @_@
"Keluarga kedua-dua pihak memang ada berbincang mengenai kemelut yang terjadi tetapi pihak lelaki belum memulangkan cincin pertunangan sebagaimana yang dilaporkan," kata Zaleha. -mStar