Ashraf Nafi Cerai Isteri, Kahwin Lagi

Pada: Isnin, 24 Jun 2013
Agak misteri dan berahsia sungguh dari pelakon Ashraf Muslim apabila ditanya berita tujuan dia pergi ke mahkamah syariah beberapa bulan yang lalu. Ramai yang berpendapat, kalau bukan isu cerai isteri pasti nak kahwin satu lagi. Cuma dua andaian ini yang bermain di kepala semua orang.

Tapi dua-dua perkara ini dinafikan oleh Ashraf sendiri. Dan ini lah jawapan beliau..
"Dayana masih satu-satunya isteri saya yang sah.

"Memang saya mengaku pergi Mahkamah Syariah tetapi untuk apa dan buat apa, saya tidak boleh kongsi.

"Saya harap semua faham kerana banyak hati yang perlu saya jaga, saya tidak mahu kerana kenyataan saya akan menyebabkan salah faham yang lebih besar," -Ashraf Muslim. Kosmo!

Tag : , , , , , , ,