Scha, Awal Umrah, Doa Minta Anak

Pada: Jumaat, 21 Jun 2013
Menurut laporan Kosmo! semalam, Scha al Yahya dan suaminya, Awal Ashaari akan mengerjakan umrah buat pertama kali setelah setahun bergelar suami isteri. Awal sudah mengerjakan umrah dahulu, namun ini kali pertama buat Scha.

Mereka berdua dan beberapa ahli keluarga akan dijadualkan pergi menunaikan umrah pada minggu awal bulan Ramadan nanti. Dengan hanya tempoh sepuluh hari di Tanah Suci, niat sebenar Scha dan Awal adalah untuk berdoa mendapatkan zuriat/cahaya mata serta dimurahkan rezeki.

Buat masa kini, Scha sedang sibuk membaca buku mengenai ibadah umrah dan juga kursus berkaitan dengannya. Harap-harap lepas ni tak seksi lagi kan. Hehe.



Tag : , , , , , , ,