Nurhidayah (Yaya) menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran sebanyak RM20,000.
Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Pierre menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian si isteri pula menyarungkan cincin kepada suaminya.
Pierre memberi 7 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa wang hantaran, telekung, set wangian Incanto, sebuah beg tangan berjenama Guess, seutas jam tangan berjenama Guess, set barang kemas Habib Jewels dan sebuah telefon bimbit iPhone5.
Yaya memberi 9 dulang hantaran kepada pengantin lelaki berupa tiga buah buku ilmiah, sepasang kasut New Balance, Coklat, seutas jam tangan Alexandre Christie, set Kamera, set wangian Eternity, PSVita Wifi limited edition, sebentuk cincin dan sireh junjung.
-sumber MalaysianDigest | gambar BuahMulut - mycutemoment.com - KatakComel
Tag : Berita Artis , Gambar Artis , Khatijah Tan , Pelakon , Pengarah Filem , Perkahwinan Artis , Pernikahan , Pierre Andre , Suami Isteri











