Shahrizal, Redzwani Putus Tunang! Eh, Belum Lagi!

Pada: Jumaat, 21 Jun 2013
Pertunangan antara Shahrizal Jaszle dengan Redzwani Puteri Ismail sudah pun berakhir sejak 10 hari lalu. Bagaimanapun, berita putus tunang itu dirahsiakan oleh Shah sendiri.

Perkara itu disahkan keluarga terdekat pihak perempuan. Wanita misteri ini mendakwa, dia diamanahkan keluarga Redzwani untuk berbuat demikian bagi mengelakkan gadis terbabit diganggu media dan terus menjadi bahan cemuhan masyarakat.

Menurutnya, ikatan pertunangan itu diputuskan sendiri ibu bapa Redzwani, yang berkunjung ke rumah keluarga Shah pada 10 Jun lalu.

Ketika perbincangan berkenaan, hanya ibu bapa kedua-dua belah pihak yang hadir, sementara Shahrizal atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle tiada di rumah manakala Redzwani pula tidak ikut serta.

Ibu bapa Redzwani difahamkan turut memulangkan dua bentuk cincin, iaitu sebentuk cincin belah rotan serta sebentuk cincin berlian sebagai tanda putusnya ikatan pertunangan yang diikat pada 8 Disember tahun lalu.
“Saya diwakilkan keluarga Redzwani untuk tampil membuat kenyataan kerana kami tidak mahu namanya dikaitkan lagi dengan Shah.

“Kami tidak mahu dia dikenali sebagai tunang Shah lagi kerana hubungan mereka sudah berakhir minggu lalu. Hubungan itu diputuskan setelah keluarga Redzwani melihat kenyataan yang diberikan Shah kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selepas dia ditangkap khalwat bersama seorang wanita pada 16 Mei lalu" -sumber wanita terbabit. Bharian.
________________

dop2. ini kenyataan dari ibu Shahrizal, Zaleha menjelaskan status pertunangan Shahz dan Redzwani adalah bergantung kepada keputusan khalwat yang akan ditentukan oleh pihak mahkamah pada November depan.
"Shah dan Redzwani masih lagi dalam ikatan pertunangan dan kedua-dua belah pihak seboleh-bolehnya mahu hubungan ini kekal.

"Keluarga kedua-dua pihak memang ada berbincang mengenai kemelut yang terjadi tetapi pihak lelaki belum memulangkan cincin pertunangan sebagaimana yang dilaporkan," kata Zaleha. -mStar
PS: lain kali kahwin/nikah terus, tak payah dok nak bertunang-tunang, Nabi pun takde main tunang-tunang, @_@

Tag : , , , , , ,