Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Elly Mazlein akui masih single

Ahad, 21 Februari 2010

Gosip mengenai pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein, 34, berkawin secara senyap pernah menjadi buah mulut peminat sebelum ini. Ada suara-suara mengatakan pelakon itu sudah berumah tangga dengan sorang pengarah muda yang sudah mempunyai dua orang anak. Pada masa yang sama juga ada cerita Elly hampir berkahwin dengan VIP yang bergelar Dato'.

Bagaimanapun pelakon drama yang sedang popular menerusi drama Sumpah Bunian, Elly menafikan perkara itu dan berterus-terang mengatakan yang beliau masing lagi bujang. Katanya, sebagai seorang artis dia perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi apa yang berlaku kepadanya termasuk diterpa gosip yang seperti ini.
"Saya masih single dan belum berkahwin. Saya tidak tahu bagaimana gosip ini timbul. Sebelum ini saya tak pernah kisah dengan setiap gosip yang dikeluarkan sebab saya anggap ia sebagai usikan para wartawan. Saya tahu ramai yang nak tahu sebab sudah ramai kawan-kawan sebaya dengan saya yang sudah berkahwin. Kalau dah ada pengesahan nanti baru saya akan umumkan," Katanya. -Murai

Bakal suami mesti hormat keluarga LO

Sabtu, 20 Februari 2010

Penyampai radio dan pengacara popular Linda Onn masih menjalankan rutin hariannya seperti biasa tanpa rasa tertekan walau seinci pun. Walaupun dihambat kontroversi dengan bekas kekasihnya, aktor, pengacara dan model Fahrin Ahmad, semangatnya tetap tegar untuk mempertahankan diri-sendiri. Namun begitu, anak jati Johor Baru itu tidak lokek/kedekut berkongsi mengenai ciri-ciri bakal suami yang diingini nanti.

“Saya tak kisah teman lelaki saya kerja apa dan sumber kewangannya. Asalkan dia baik, sedap mata memandang dan hormati ibu, ayah serta keluarga saya,” kata Linda Onn dengan penuh semangat. -mStar
PS: mungkin dahulu Fahrin tak hormat kot??

Waduh kan dah kantoi

Bekas pengacara Majalah Tiga yang bernama N, semenagnya sudah diketahui umum yang dia ada hubungan 'kawan' dengan angkasawan Negara. Namun sejauh mana hubungan itu cuma N sahaja yang mengetahuinya. Soal kerjaya N, buat masa ini agaknya penulis kurang alert, sebab jarang sekali penulis nampak N di kaca TV. Mungkin ada hal lain yang diuruskan. Gambar dibawah ni adalah gambar lama kantoi N yang tiada dalam blog penulis, jom tengok apa yang kantoi. :P

Anak ikut jejak bapa menyanyi, Hattan

Memiliki zuriat dan anak yang bernama Adam, ayahnya, Hattan tidak terlepas daripada ditanya apakah anak tunggalnya itu menunjukkan tanda-tanda menjejaki langkahnya menceburi dunia nyanyian dan dunia anak seni. Adam yang berusia 12 tahun yakni darjah 6 sekolah rendah, sebetulnya bakal muncul dengan album berjudul Papa Aku Rock tidak lama lagi. Bagi Hattan, anaknya itu memiliki bakat semulajadi yang hampir mirip dengan dirinya.

"Dia suka menyanyi dan pantas menghafal lirik. Cuma tahun ini dia akan menduduki UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah), jadi saya tidak menggalakkan sangat dia untuk memberi fokus pada bidang seni. Saya juga merancang untuk berduet dengannya tetapi tunggu sampai dia cukup umur kerana suaranya belum 'pecah' lagi,'' kata Hattan.
Bagi Adam pula, buat permulaan dia akan akan muncul dengan single berjudul Papa Aku Rock. Adam akan mengikuti rakaman lagu ketika cuti persekolahan sahaja. -Kosmo

Ps: suara bagus, baik jadi Qari. kan ada imbuhan dari kerajaan juga disamping dapat pahala. :)

Heliza AF5 berpakaian ala 'Pirates'..

Jumaat, 19 Februari 2010

Heliza AF nie makin lama makin kebal dan bersedia menepis tangapan gosip-gosip liar yang melanda dirinya saban hari. Bagi Heliza itu semua adat resam dalam manusia yang bergelar artis dan mereka yang bujang serta mempunyai kecantikan semula jadi. Selain berani menghadapi gosip, dia juga berani dengan fesyen-fesyen agak stailo sikit. Baru-baru ini, Heliza ditemui ketika pelancaran single terbarunya yang berjudul Panggil Namaku. Pakaian Heliza bak 'Pirates of the Caribbean bertudung'.. Hikhik..

Sayangnya Fizz Fairuz kat emak

Pelakon sensasi dan berkarisma, Fizz Fairuz sememangnya sinonim dengan watak-watak yang serius. Memang tidak dinafikan dia juga seorang yang penyayang, terutama terhadap orang tuanya, ibu kandung Fizz Fairuz. Dengan meningkatnya usia ibu Fizz ke-63 tahun baru-baru ini, tanda sayang Fizz Fairuz juga makin menebal dan mendalam, Fizz telah menghadiahkan kek dan menguruskan majlis ulang tahun emaknya ke-63 itu dengan penuh meriah dan penuh bermakna. Almy Nadia pun turut hadir juga. Ehem3.

Bea Alonzo tunang Hans Isaac?

Hans Isaac yang ditemui selepas berehat seketika daripada menjalani penggambaran filem Miss Yoy Like Crazy, terbitan Star Cinema, ABS-CBN Film Productions dari Filipina itu dilakukan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Dalam pada yang sama Hans juga sempat berbicara soal cinta yang dipendam lamanya dahulu. Walaupun hidup dalam kesibukan kerja namun bagi dirinya cinta juga memainkan peranan dalam kehidupannya.

Barangkali isyarat cinta yang mula didedahkan Hans itu ada kaitan dengan wanita cantik yang turut kelihatan di lokasi penggambaran filem arahan pengarah wanita, Cathy Garcia. Mana tidaknya, wanita berdarah campuran Filipina dan British, Bea Alonzo itu sudah mula memanggil Hans dengan panggilan sayang.

Apatah lagi, pelakon itu masih solo. Tak salah kalau dia dan Hans menjadi pasangan kekasih. Tak beberapa kemudian, satu maklumat terbaru diperoleh pula mengatakan Hans sebenarnya adalah tunang kepada Bea. Kalaulah ia berlanjutan di luar daripada lokasi filem. Mesti menarik. Sayangnya, semua itu hanyalah aksi Hans dan Bea dalam filem yang mereka bintangi. Dalam filem itu, mereka menjadi pasangan kekasih yang cukup romantik. Tak dinafikan biarpun baru kenal, baik Hans mahupun Bea, mereka cepat serasi.

Syamsul Yusof lamar Liyana Jasmay??

Pelakon dan juga penyanyi kecil molek, Liyana Jasmay boleh disifatkan sebagai bintang muda yang bertuah dan berjaya. Bukan sahaja popular, kredibiliti artis ini yang bakal menginjak usia 22 tahun, tanggal 28 Mac depan ini terbukti apabila pengarah dan juga pelakon serta anak kepada Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof beriya-iya melamarnya sebagai pasangan dalam filem terbaru arahan Syamsul sendiri, yang bertajuk Khurafat.

Menurut Liyana, sebagai pelakon muda dia menyifatkan lamaran Syamsul itu sebagai satu penghormatan dan penghargaan buatnya. Malah, antara faktor utama yang membuatnya menerima tawaran itu adalah kerana dia tersentuh dengan kesungguhan Syamsul mempelawanya untuk berlakon bersama. Pada awalnya Nana mengakui, dia agak bimbang dan takut untuk berlakon di bawah arahan Syamsul.

Hanya setelah bertemu dan berbincang dengan produser yang juga bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam, barulah dia menerima tawaran itu. Bukan dia meragui kredibiliti Syamsul atau tidak yakin dengan hasil kerja pengarah itu, cuma disebabkan mereka tidak pernah bekerjasama sebelum ini, dia perlu mengenali tenaga kerja produksi Skop Production itu dengan lebih mendalam. -mStar

Lisa Surihani kini berstatus single?

Khamis, 18 Februari 2010

Tiada angin tiada ribut tiada taufan di mana-mana media cetak dan massa, tahu-tahu berita hari ini telah mengatakan dan menyiarkan yang Lisa Surihani sudah kembali berseorangan dalam hidup percintaannya. Lisa Surihani juga dikatakan sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan seorang juruterbang tempatan yang cukup ganteng dan mempunyai ciri-ciri idaman wanita yang pentingkan paras wajah.

Hubungan cinta mereka yang pada mulanya dianggap berjaya dengan merahsiakan dari pengetahuan umum dan media, namun keluarga dan rakan terdekat sahaja yang mengetahui hubungan merpati dua sejoli berkenaan. Pun begitulah keadaannya, Lisa tetap menafikan dengan tegas (tahap ketegasan tentera) pernah mempunyai pacar dari kalangan pilot. Hal sebenar cuma Lisa sahaja yang mengetahui, namun kalau mungkin ada benarnya tindakan Lisa ni bagi mengelakkan mana-mana orang mensabotaj dirinya untuk berpisah dengan kekasihnya. Yang terjadi sebaliknya pula. Apa-apa sahaja lah.

Jimmy Shanley pakai cincin tanda bertunang?

Tahun lalu, ada satu artikel tentang kemungkinan pengacara Akademi Fantasia 8 (AF8), Jimmy Shanley bakal bertunang serta menamatkan zamat bujangnya pada Julai 2010. Tapi, Jimmy telah pun menafikannya dan mengatakan bahawa ianya hanyalah sekadar gosip semata-mata. Nak menafikan tapi ada buktinya, ada sebentuk cincin bertunang disarungkan di jari manis tangan kanannya. Cuma bila dan di mana, tak dapat dipastikan.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil kerana dapat tahu, Jimmy baru saja tamat menjalani kursus kahwin dan bakal mengumumkan tarikh perkahwinannya dalam masa terdekat ini. Khabarnya lagi, Jimmy mungkin bakal berkahwin Mac ini. Pun begitu, kemungkinan besar tarikh perkahwinan tersebut terpaksa ditunda disebabkan Jimmy baru saja memulakan tugasan baru sebagai hos diari AF8.

Jambang Zizan Nin melebat gila

Mengenai status kahwinnya, pelakon yang mula popular menerusi iklan Pond’s itu bertukar fikiran baru-baru ini apabila enggan mengumumkan tarikh perkahwinannya. Menurut Zizan Nin, dia mengambil keputusan tersebut kerana menghormati permintaan pihak keluarga wanita. Zizan tidak juga tidak lokek berkongsi cerita tentang konsep perkahwinannya itu nanti. Katanya, majlis resepsi tetap mengikut konsep perkahwinan dalam taman walaupun bakal diadakan di dalam dewan tertutup. Persalinan untuk majlis itu juga sudah siap katanya. Jambangnya harus dicukur tak ketika kahwin nanti? hehe.

Rabecca suntik buah dada untuk keluarkan susu

Bukan semua wanita muda yang belum pernah berkahwin akan terdetik di hati untuk menyusu anak angkat. Berlainan dengan aktres jelita Rabecca Nur Al Islam. Bukan saja dia tidak pernah mengeluh dengan tugas barunya sebagai ibu kepada anak angkatnya, Nor Adam Daniel, 2 tapi Rabecca sanggup ketepikan pandangan orang ramai apabila dia sanggup menjalani rawatan suntikan mengeluarkan susu badannya.

Meskipun baru berusia 24 tahun, demi kasih sayangnya terhadap Adam, Rabecca sanggup menjalani rawatan ini. Gadis kelahiran negeri Johor ini sanggup menyusukan Adam setiap hari walaupun sibuk dengan tugasannya seharian. Disebabkan proses penyusuan ini juga membuat naluri keibuan Rabecca terhadap Adam seperti ibu sejati. -mStar

Tiz Zaqyah hisap rokok di taman?

Rabu, 17 Februari 2010

Keluhan Peminat: GAMBAR XDAPAT NAK SERTAKAN..TETAPI INILAH REALITI YG AKU NAMPAK PETANG TADI KETIKA WHOLE MY FAMLY JOGGING KAT TAMAN KOTA DAMANSARA SEKSYEN 9.WAKTU 2,TIZ TNGAH MENJALANI PENGAMBARAN DRAMA AGAKNYA DI BAWAH ARAHAN AZIZI CHUNK...HERONYA PULA ADIK MRS.BUNG YG TNGAH MELETOP SKANG NI...DALAM LAKONAN TU TIZ MEMAKAI BAJU KURUNG..SERIUS..AYU GILER EVEN XBERTUDUNG..NAK DIJADIKAN CITER SEDANG BEST KITAORG DAH NAK BALIK..DIORG PUN HABIS PENGAMBARAN..DEPAN MAK AKU..

BOLEH PLAK SI TIZ NI DENGAN SLUMBERR BADAKNYA KUARKAN ROKOK THEN NYALAKAN..WAH..MMG KLASS HABIS DIA.DAHLA BUAT MUKA SOMBONG..HISAP SAMBIL BUAT ASAP BULAT2..MMG BERGAYA HABIS MASA TU.NAK SHOW OFF PADA SAPA AKU PUN XTAHU..PEREMPUAN INDIA YG TURUT ADA KAT SITU SEKADAR MENGGELENGKAN KEPALANYA..TAK SANGGUP NAK TENGOK KOT.BERBAJU KURUNG TETAPI MEROKOK DI KHALAYAK RAMAI..BETOL LA KATA WARDINA:ARTIS NI MMG XLAYAK DIJADIKAN IKON MASYARAKAT..AKU TAK KESAH LA DIA NAK MEROKOK KE HAPA..TAPI JAGALAH ADAB..AT LEAST AWAK TU BERINGATLAH..

AWAK TU PUBLIC FIGURE,BERLAKON DALAM DRAMA YG BERUNSURKAN PENUH DENGAN KESOPANAN,KEMELAYUAN DAN YG PALING PENTING SEKALI KEISLAMAN..JANGAN TERLALU BANGGA DENGAN PERANGAI AWAK YG MACAM TU..DAHLA TEMPAT TU TEMPAT AWAM..TAMAN RIADAH..DAH TENTU2 RAMAI KANAK2..BERIKAN CONTOH YG BAIK..YG BOLEH DIJADIKAN TELADAN..KITAORG TAHU AWAK TU ARTIS..TAPI JGN BUAT BENDA2 MACAM TU..JANGAN NANTI..BILA DAH KONTREVESI MENGHIMPIT DIRI TU..MULALAH NAK MENYESAL..

P/S:AGAKNYA ARTIS BARU NAK NAIK MMG MACAM TU KOT....,
(GAMBAR XSEMPAT NAK SNAP..TERLALU RAMAI:MAKEUP ARTIS,TUKANG JAGA WADROBE(agaknyalah),P.A SI TIZ NI TENGAH KERUMUN DIA..HUHUHU)

Pengacara, Farrah Adeeba timang anak angkat

Pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI), Akademi Al-Quran (AQ) dan Cari Menantu, Farrah Adeeba Mohamed Ashraf, 32, telah menimang anak angkat pada 31 Ogos bersamaan 10 Ramadan tahun lalu. Dengan kehadiran cahaya mata ini Farrah tidak segan dengan telah menganggapnya seperti anak sendiri. Farrah juga amat tersentuh apabila melihat bayi kecil ini, walaupun sudah berusaha menunggu kelahiran cahaya mata dari zuriatnya sendiri. Farah dan suami, Muhammad Rafique Rashid Ali, 33, kini bahagia dengan anak comel yang bernama, Mohammad Razique Abdullah ni.

Bekas DJ, jadi model seluar dalam.. Fuh~

Baru-baru nie, menerima e-mail dari seorang 'kawan'. Tentang seorang bekas DJ lelaki radio yang popular. DJ muda ini memang berbakat dan ada rupa. Selain menjadi Dj, dia juga merupakan pelakon undangan untuk satu drama tv yang popular. Entah mengapa, ketika nama sedang di kenali ramai, dia mengundurkan diri dari dunia hiburan Malaysia dengan alasan ingin melanjutkan pelajaran.

Bagus la kalau untuk menimba ilmu, tapi yang buat terkejut, sambil belajar di negara seberang, dia juga dikatakan aktif menjadi model di sana. Kalau model2 biasa tu apa salahnya. Tapi yang nak dibuatnya pengsan, siap posing tepi pantai pakai seluar mandi. warna putih pulak tu. eh ter 'pervert' pulak kejap. Korang boleh teka siapa DJ nie..

Julia Ziegler suka mandi wajib sebab??

Julia Ziegler, 26, yang kini bergelar produser baru sahaja selesai penggambaran filem berjudul Crayon iaitu filem mengisahkan kehidupan anak yatim. Filem ini menampilkan pelakon-pelakon baru terdiri dari anak yatim sediri. Julia akui dengan membuat filem ini adalah untuk tujuan amal semata-mata selain menjangkakan filem tersebut bakal ditayangkan pada tahun ini. Selain itu, dia memberitahu sering mandi wajib setiap kali habis penggambaran bagi mengelakkan perkara buruk di lokasi atau karakter sewaktu penggambaran terbawak-bawak ke luar.

"Perkara yang saya amalkan sejak bergelar pelakon ialah mandi wajib selepas balik penggambaran. Saya tak mahu terbawa-bawa watak itu hingga ke rumah. Misalnya kalau watak mabuk kebiasaannya kalau tak bersihkan badan ianya akan berterusan hingga ke luar," jelas Julia. -mStar

Kekasih Nora Danish?

Selasa, 16 Februari 2010

Nora Danish, pelakon artis janda yang masih lagi 'panas' kini sudah menemui kekasih hatinya yang baru selepas penceraiannya dengan Jejai pada tahun lepas. Mungkin benar ini kekasih Nora, memandangkan mereka berdua kelihatan mesra di khayalak umum. Lihat sahaja ketika mengambil gambar, kedua-dua dahi 'mempelai' sentiasa bertembung. Namun tidak dipastikan siapa lelaki misteri ini yang telah berjaya mencuri hati Nora Danish. Mungkin daripada golongan Datuk atau VVIP yang lain.

Heliza AF5 nafi kahwin Datuk

Walaupun bakal bergelar guru suatu hari nanti, Heliza yang sedang sibuk dengan kariernya sebagai anak seni sekali gus menggalas tanggungjawab sebagai pelajar tidak sesekali mengeluh dengan jalan yang dipilihnya. Mengenai desas-desus mengatakan bakal berkahwin dengan seorang lelaki yang bergelar 'Datuk' pertengahan tahun ini, Heliza atau nama sebenarnya Nur Heliza Helmi yang agak tenang dengan gosip sebegitu memberitahu, dia sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

"Saya pelik, orang luar lebih tahu daripada saya sendiri, saya pun tidak tahu dari mana cerita ini. Macam mana saya nak kahwin, calonnya pun saya tiada. Sekarang ini, saya mahu tumpukan belajar dan kerjaya saya. Tidak pernah saya terfikir untuk berkahwin, belajar pun belum habis, nanti mak saya marah pula," kata Heliza.
Mengakui mengenali ramai individu yang dianggapnya sebagai kawan dan kenalan bisnes, Heliza, 24, memberitahu, dia sesekali tidak akan menyembunyikan perkara tersebut sekiranya dia akan berkahwin. -mStar

Maya Karin, Steven cerai?

Susah sebenarnya untuk segelintir peminat artis di Malaysia ini mahu percaya yang Maya Karin kian timbul dalam kalangan mereka yang mengalami masalah keretakan rumahtangga seharian. Gosip yang sedang beredar di internet dalam masa lebih 48 jam selepas ini memberi bayangan dan gambaran serta spikulasi bahawa keadaan rumahtangga pelakon manis Malaysia ini sedang goyah menanti roboh.

Menurut satu sumber yang tidak berapa sahih, suami kepada Maya Karin, Steven David Shorthose atau namanya Islamnya, Muhammad Ali, telah berpindah keluar rumah kediaman mereka (tidak disebut rumah yang berada di Malaysia atau lauar negara). Semuanya dikatakan berpunca gara-gara daripada sikap Maya Karin sendiri yang bermain kayu tiga dengan seseorang boleh dianggap golongan VIP/VVIP dan mengakui hubungan itu kepada suami.

Steven dikatakan telah memfailkan kes tuntutan penceraian pada hari Isnin yang lalu. Jika benar gosip ini, pasti ada akhbar yang membuat liputan mengenainya bukan? Namun penulis melihatnya seperti belum ada lagi. Mungkin pihak media belum lagi mengetahui atau Maya sendiri enggan mengulas ianya lebih lanjut. Apa-apa pun di harap ada kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh pihak tertentu.

Ringgo Agus, kekasih Revalina S. Temat

Isnin, 15 Februari 2010

Meskipun sudah 2 tahun lebih saling mengenali dan menjalinkan hubungan mesra dengan Revalina S. Temat, aktor Ringgo Agus Rahman belum lagi dapat memikirkan soal pernikahan terhadap artis yang popular dengan sitkom drama Bawang Merah Bawang Putih. Hubungan yang terjalin bukanlah suatu yang baru, sudah kelihatan hampir 2 tahun di mana ianya suatu hubungan yang serius dan mungkin akan diakhiri ikatan pernikahan bagi semua pihak yang meminati akterss dan aktor berkenaan.

Bintang dan pelakon filem 'Maaf, Saya Menghamili Istri Anda' itu mengakui masih teringin mahu berkasih sayang dengan santai. Semua isu tentang adanya lamaran pun selalu disangkal dan dinafikan oleh Ringgo sendiri. Namun itu bukan bererti Ringgo tak mempunyai niat untuk segera melepaskan status bujangnya. Lelaki yang kini hampir berusia 28 tahun itu ingin segera menikah sebelum semakin tua.

Baju Mengandung Nabila Seksi

Nabila Huda yang tinggal menunggu masa untuk bersalin, makin lama makin aktif dan tidak sabar untuk menunggu kelahiran anaknya itu termasuk Amy yang pertama kali akan bergelar 'datuk' kepada anak Nabila berkenaan. Soal baju pula, supaya enggan nampak tua/vateran sebelum usia dan tidak mahu berubah gaya, Nabila juga tidak mahu membeli baju materniti. Nabila lebih selesa memakai pakaian yang sedia ada cuma bersaiz ekstra serta seksi gitue~.

Shidee kahwin 28 tahun lebih muda daripadanya

Tahniah diucapkan kepada penyanyi, Shidee, 50 tahun berkahwin dengan Siti Fairunnisa, 22 tahun. Penyanyi Shidee yang terkenal dengan lagu "Sayang semuanya sudah terlambat" pada 80-an telah bernikah pada hari isnin lalu, 8/2. Mereka bersanding pula i Bukit Sentosa Rawang pada 13 Feb 2010. Nampaknya bukan terlambat la Shidee kahwin dengan anak dara yang 28 tahun lebih muda daripadanya. Sepertinya nampak macam anak dengan bapa jerk. Tapi itu lah jodoh..