Bea Alonzo tunang Hans Isaac?

Pada: Jumaat, 19 Februari 2010
Hans Isaac yang ditemui selepas berehat seketika daripada menjalani penggambaran filem Miss Yoy Like Crazy, terbitan Star Cinema, ABS-CBN Film Productions dari Filipina itu dilakukan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Dalam pada yang sama Hans juga sempat berbicara soal cinta yang dipendam lamanya dahulu. Walaupun hidup dalam kesibukan kerja namun bagi dirinya cinta juga memainkan peranan dalam kehidupannya.

Barangkali isyarat cinta yang mula didedahkan Hans itu ada kaitan dengan wanita cantik yang turut kelihatan di lokasi penggambaran filem arahan pengarah wanita, Cathy Garcia. Mana tidaknya, wanita berdarah campuran Filipina dan British, Bea Alonzo itu sudah mula memanggil Hans dengan panggilan sayang.

Apatah lagi, pelakon itu masih solo. Tak salah kalau dia dan Hans menjadi pasangan kekasih. Tak beberapa kemudian, satu maklumat terbaru diperoleh pula mengatakan Hans sebenarnya adalah tunang kepada Bea. Kalaulah ia berlanjutan di luar daripada lokasi filem. Mesti menarik. Sayangnya, semua itu hanyalah aksi Hans dan Bea dalam filem yang mereka bintangi. Dalam filem itu, mereka menjadi pasangan kekasih yang cukup romantik. Tak dinafikan biarpun baru kenal, baik Hans mahupun Bea, mereka cepat serasi.

Tag : , , ,