Rabecca suntik buah dada untuk keluarkan susu

Pada: Khamis, 18 Februari 2010
Bukan semua wanita muda yang belum pernah berkahwin akan terdetik di hati untuk menyusu anak angkat. Berlainan dengan aktres jelita Rabecca Nur Al Islam. Bukan saja dia tidak pernah mengeluh dengan tugas barunya sebagai ibu kepada anak angkatnya, Nor Adam Daniel, 2 tapi Rabecca sanggup ketepikan pandangan orang ramai apabila dia sanggup menjalani rawatan suntikan mengeluarkan susu badannya.

Meskipun baru berusia 24 tahun, demi kasih sayangnya terhadap Adam, Rabecca sanggup menjalani rawatan ini. Gadis kelahiran negeri Johor ini sanggup menyusukan Adam setiap hari walaupun sibuk dengan tugasannya seharian. Disebabkan proses penyusuan ini juga membuat naluri keibuan Rabecca terhadap Adam seperti ibu sejati. -mStar

Tag : , , ,