Jimmy Shanley pakai cincin tanda bertunang?

Pada: Khamis, 18 Februari 2010
Tahun lalu, ada satu artikel tentang kemungkinan pengacara Akademi Fantasia 8 (AF8), Jimmy Shanley bakal bertunang serta menamatkan zamat bujangnya pada Julai 2010. Tapi, Jimmy telah pun menafikannya dan mengatakan bahawa ianya hanyalah sekadar gosip semata-mata. Nak menafikan tapi ada buktinya, ada sebentuk cincin bertunang disarungkan di jari manis tangan kanannya. Cuma bila dan di mana, tak dapat dipastikan.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil kerana dapat tahu, Jimmy baru saja tamat menjalani kursus kahwin dan bakal mengumumkan tarikh perkahwinannya dalam masa terdekat ini. Khabarnya lagi, Jimmy mungkin bakal berkahwin Mac ini. Pun begitu, kemungkinan besar tarikh perkahwinan tersebut terpaksa ditunda disebabkan Jimmy baru saja memulakan tugasan baru sebagai hos diari AF8.

Tag : , , ,