Syamsul Yusof lamar Liyana Jasmay??

Pada: Jumaat, 19 Februari 2010
Pelakon dan juga penyanyi kecil molek, Liyana Jasmay boleh disifatkan sebagai bintang muda yang bertuah dan berjaya. Bukan sahaja popular, kredibiliti artis ini yang bakal menginjak usia 22 tahun, tanggal 28 Mac depan ini terbukti apabila pengarah dan juga pelakon serta anak kepada Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof beriya-iya melamarnya sebagai pasangan dalam filem terbaru arahan Syamsul sendiri, yang bertajuk Khurafat.

Menurut Liyana, sebagai pelakon muda dia menyifatkan lamaran Syamsul itu sebagai satu penghormatan dan penghargaan buatnya. Malah, antara faktor utama yang membuatnya menerima tawaran itu adalah kerana dia tersentuh dengan kesungguhan Syamsul mempelawanya untuk berlakon bersama. Pada awalnya Nana mengakui, dia agak bimbang dan takut untuk berlakon di bawah arahan Syamsul.

Hanya setelah bertemu dan berbincang dengan produser yang juga bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam, barulah dia menerima tawaran itu. Bukan dia meragui kredibiliti Syamsul atau tidak yakin dengan hasil kerja pengarah itu, cuma disebabkan mereka tidak pernah bekerjasama sebelum ini, dia perlu mengenali tenaga kerja produksi Skop Production itu dengan lebih mendalam. -mStar

Tag : , , ,