Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Pierre Andre Tunjuk Isyarat Lucah?

Sabtu, 27 Jun 2009

Belek punya belek di internet, Penulis terjumpa satu gambar yang diperkirakan juga adalah gambar lama, namun kesibukkan mengenai gambar ini agaknya tidak meluas. Penulis tidak tahu nak perkatakan apa, cuma penulis ingin mengatakan adakah perbuatan Pierre ni suatu tindakan spontan atau pun cuma gayanya ketika membintangi watak dalam sesebuah filem. Tapi filem yang mana satu, anda tahu tak? hehe.

Lan Sah Tinggalkan MUH

Bukan lagi satu khabar angin. Lan sah sudah tidak lagi bersama Meet Uncle Hussain (MUH). Masalah dalaman yang telah membelenggu kumpulan yang meraih gelaran Juara Lagu dan Juara Pop Rock di Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) pada awal tahun ini, akhirnya membawa kepada perpisahan vokalis utama, Lan dengan kumpulan yang diasaskan bersama Taja dan Afat sejak 2001.

Pengumuman itu dibuat Taja ketika sidang media Konsert Generasi Baru sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2009 semalam. Keputusan itu dicapai Isnin lalu apabila Lan dikatakan sudah nekad nak bergerak solo. Penampilannya di Konsert Generasi Baru pada 5 Julai di Hard Rock Cafe merupakan kemunculan terakhir Lan dengan MUH.

Diingatkan kekusutan diantara Lan dan anggota MUH yang lain sudah diselesaikan. Malah Lan pernah berjanji akan berubah. Tetapi selepas beberapa bulan, terbaca pula cerita dia kembali kepada perangai lama. Ada juga terdengar khabar angin yang dia tidak senang dengan cara pengurusan band.

Sebelum ini, apabila diajukan soalan apa sebenarnya masalah Lan, pengurus MUH Kimi memberitahu, Lan tidak pernah berkongsi masalah peribadinya dengan dia atau mana-mana anggota MUH.

Ceritanya lagi, sebelum ini sudah beberapa kali Lan meluahkan hasrat untuk bergerak solo. Oleh itu, bila dihantarnya satu SMS kepada Kimi pada 23 Mei lalu (hari berlangsungnya Majlis Penyampaian Hadiah ABPBH08 dimana dia gagal menghadirkan diri), memaklumkan itu mungkin minggu terakhirnya bersama MUH, kerana katanya dia mempunyai peluang yang baik dan ingin fokus pada kerjanya, Kimi dan anggota MUH lain tidak mengambilnya begitu serius. -Gua

Ku Tak Percaya Cinta - Liyana Jasmay

Sudah lama tidak mendengar cerita mengenai artis kecil molek, Liyana Jasmay. Manakan tidak, sibuk dengan membuat video klip lagunya. Lagu Single Ku Tak Percaya Cinta yang dinyanyikan Liyana Jasmay kerap juga diputarkan di stesen radio buat masa kini. Untuk memantapkan lagi, Liyana Jasmay telah pun menyiapkan video klip lagu Ku Tak Percaya Cinta. Dan atas kesempatan itu, ambil gambar Liyana Jasmay ketika pembuatan video berkenaan. Ngeh3.

Sharifah Aleya Bergelar Ibu

Pelakon dan penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau Leya, 26 selamat melahirkan bayi kembar perempuan pada jam 11.46 pagi kelmarin (26/6) di sebuah hospital kerajaan.

Leya yang dihubungi selepas melahirkan rasa syukur setelah proses kelahiran dua bayi kembar sulungnya itu berjalan lancar walaupun impiannya untuk bersalin secara normal tidak kesampaian.
"Syukur alhamdulillah. Saya gembira dapat melihat wajah anak-anak saya. Memang agak kecewa kerana tidak dapat bersalin normal kerana doktor kata ada komplikasi. Tetapi atas nasihat doktor saya terpaksa melahirkan anak secara pembedahan caesar" luah anak sulung kepada pelakon dan guru lakonan Fatimah Abu Bakar.
Leya yang sepatutnya bersalin tiga minggu awal ini berkata dia belum dapat memberitahu nama dua orang puteri kembarnya itu.
"Setakat ini, nama untuk bayi dah ada, cuma belum ‘finalise’ lagi," jelas Leya.
Keceriaan jelas terpancar menerusi nada suara Leya yang kini telah menyandang gelaran ibu.

Tambahnya, "Saya sudah tak sabar untuk galas tanggungjawab sebagai ibu."
Leya mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Ashraf Aasimudin, 29, pada Disember 2007. -mStar

Video Pasha Ungu dan Alyssa Bercium

Jumaat, 26 Jun 2009

Mengenai gossip Pasha Ungu dan Alyssa Soebandono yang sekarang beredar di internet semakin panas. Dan panas ditambah lagi dengan kehadiran video 'Skodeng' yang diambil ketika aksi mereka dating berdua-duan dan sempat menyelit aksi ciuman mesra antara mereka berdua. Walaupun memang benar mereka ada menjalinkan hubungan namun mereka tidak menafikan bahwan mereka akan bernikah pada tahun hadapan atau setidaknya akhir tahun 2009. Cium? emangnya enak sih?

Umie Aida di Risik Datuk

Pengarah, Fatimah Rahmat atau Erma Fatima mengesahkan adiknya juga pelakon Umie Aida dirisik lelaki bergelar Datuk, sudah hampir 15 tahun menduda dan mempunyai dua cahaya mata.

Erma turut mengakui majlis risik hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak di kediamannya di Taman Melawati, Hulu Klang.

"Ingin saya tegaskan di sini majlis diadakan hanyalah adat merisik dan ia tidak perlulah diperbesar-besarkan. Mereka belum lagi bernikah. Saya sendiri tidak percaya dengan risik dan pertunangan. Lainlah sekiranya yang diadakan ini majlis pernikahan." katanya.
Jelasnya, majlis merisik hanya membabitkan pihak keluarga sebelah lelaki yang bertanyakan sama ada Umie sudah berpunya atau tidak dan tidak lebih daripada itu.

Ia bermakna apa yang dilakukan ini (merisik) belum ada pengesahannya.
"Saya berkata begini kerana saya kenal benar dengan Umie. Dia tidak boleh ada timbul perkara kurang menyenangkan dirinya (sepanjang tempoh merisik).
"Perkara ini turut saya perjelaskan kepada keluarga pihak lelaki. Penjelasan itu harus dibuat kerana tidak mahu mereka meletak harapan tinggi selepas mengikat Umie dengan majlis risik yang diadakan.
"Saya bukan mendoakan perkara tidak baik, sebaliknya mahu ia dijadikan peringatan agar kedua-dua belah pihak faham bahawa majlis yang diadakan itu bukan bermakna ikatan dijalin sudah kuat," kata Umie lagi.
Bagaimanapun, Erma akui perkenalan Umie dan lelaki bergelar Datuk itu berlaku dalam masa singkat, apatah lagi Erma pernah berurusan membabitkan perniagaan dengan lelaki terbabit.

Tambah Erma yang mewakili keluarganya, apa yang dikatakan ini tidak bermaksud dia takut atau gembira dengan majlis yang sudah dilangsungkan.

Nabila & Mawi di Jangan Tidur Lagi

Semalam (24/6), penulis tertengok laa Jangan Tidur Lagi. Artis jemputan Nabila Huda dan Mawi. Macam biasa isu yang dibangkitkan ialah perkembangan terbaru Mawi dan Nabila. Mawi sibuk buat macam-macam, antaranya tulis lirik dan skrip pun ada. Dahsyat juga. Nabila Huda pula macam biasa sibuk dengan lakonan. Mawi datang dengan Ekin dengan alasan asyik usung Ekin supaya Ekin tahu apa yang dilakukan olehnya sepanjang masa. Nabila datang bersendiri.

Yang nak dijadikan bahan cerita, Nabila kelihatan semakin bahagia. Nampak sedikit chubby badannya. Dah ada isi ke? Tapi dinafikan soalan itu apabila ditanya Adlin Aman Ramli. Mawi macam menggelabah sikit. Ke dia memang camtuh penulis tak sure sebab penulis pun tertengok lak cite nih malam tadi. Penulis ada snap sikit gambar masa rancangan nih malam tadi. Boleh tahan juga Nabila nyanyi, sedap jugak. Takde iras suara Amy Search pun. Ngeh3.



Amelina di Usir, Gagal Bayar Sewa Rumah

Awal minggu ini, kawasan kediaman di Kota Kemuning, Shah Alam menjadi kecoh dan berlaku sedikit 'drama' apabila seorang pemilik rumah hadir bersama para pegawai mahkamah untuk mengusir penyewanya pagi semalam.

Yang menyebabkan peristiwa ini menjadi lebih menarik apabila, penyewa yang dimaksudkan itu adalah bekas penyanyi dangdut Amelina dan suaminya.

Menurut pemilik rumah tersebut, K. Madhavankutty, beliau telah mendapatkan perintah dari Mahkamah Shah Alam setelah Amelina dan suaminya tidak membayar sewa rumah selama dua bulan.

Jurutera Madhavankutty turut hadir bersama pegawai-pegawai Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memutuskan bekalan air dan elektrik di rumah tersebut.

Menurut peguam Arnold Andrew yang mewakili Madhavankutty, suami penyewa rumah itu yang mendakwa dirinya seorang 'Datuk' telah menyewa rumah banglo berkembar yang lengkap dengan perabot dengan sewa RM2,700 sebulan.
"Dia hanya membayar sebahagian sewa untuk bulan pertama dan tiada apa-apa bayaran dibuat untuk bulan ini.
Menurut Andrew, mereka terpaksa menunggu lama untuk masuk ke rumah tersebut walaupun puas membunyikan loceng rumah itu, sehinggalah suami penyewa rumah itu datang bersama seorang peguam.
"Bila suami dia sampai baru isteri dia buka pintu dan pada masa itu juga saya terperanjat dan kenal yang isteri dia ialah Amelina," kata Madhavankutty yang juga pemilik itu.
Kata Madhavankutty, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin lengkap berpakaian tudung dan berjubah ketika ditemui pada hari penyanyi dan suaminya itu diusir dari kediaman tersebut.

Menurutnya lagi, pasangan ini bukan sahaja tidak membayar sewa rumah tersebut, bil elektrik dan air juga tertunggak dan jumlahnya telah menjangkau lebih RM 2 ribu.
"Saya buat laporan polis sebab saya takut bila mereka pindah, mereka akan ambil semua barang-barang saya yang ada di dalam rumah itu dan saya takut juga kalau-kalau mereka akan rosakkan barang-barang saya." kata pemilik rumah ini.
Menurut cerita Madhavankutty juga, jiran-jiran ada memberitahunya bahawa setiap petang mereka kerap mendengar Amelina menangis.
"Pernah jiran beritahu saya, dia terdengar bunyi seperti Amelina menangis. Malah suami Amelina pernah memarahi jiran tersebut kerana keluar berjalan bersama Amelina.
Jiran juga ada beritahu saya, yang Amelina sekarang sedang mengandungkan anak mereka yang ke-7," tambahnya lagi. -mStar

Farah AF2 Akui Bercinta

Bintang kelahiran Akademi Fantasia musim kedua ini memang merupakan seorang yang cukup sukar untuk membuka mulut tentang kisah cintanya. Bagi Farah Diana Anuar atau mesra dengan panggilan Farah ini, dia lebih selesa kisah 'peribadi' disimpan kemas dalam dirinya saja.

Hanya setelah beberapa kali menyelami hati gadis berusia 24 tahun ini, barulah Farah 'memberanikan' diri berbicara tentang cinta.

Sambil tersenyum, anak ketiga daripada enam beradik ini akui sedang 'bahagia' dengan seorang jejaka yang sudah dikenalinya sejak empat tahun lalu.

"Mula-mula berkawan dulu, kami sekadar kawan biasa. Tetapi sejak tiga tahun lalu, hubungan kami semakin serius. Malah, abah dan ahli keluarga juga mengenalinya.
"Abah yang banyak tahu tentang hubungan ini sebenarnya kerana saya memang rapat dengan abah. Memang kalau boleh saya tidak mahu dedahkan sangat tentang perkara ini...tak mahulah orang cakap yang bukan-bukan," tutur anak jati Kuala Lumpur ini dalam nada ceria.
Ujar Farah, jejaka yang sebaya dengannya itu tidak langsung terlibat di dalam industri hiburan. Namun, apa yang menyenangkan hati Farah ialah kerana 'si dia' itu cukup memahami karier seninya.
"Senang berkawan dengan dia, mungkin kerana kami pun sudah lama mengenali antara satu sama lain. Tapi, saya belum sampai ke tahap untuk berfikir tentang perkahwinan lagi buat masa ini.
"Masih terlalu awal. Biar saya fokus dulu terhadap kerja-kerja saya. Lagipun saya ni perempuan, tak elok pula cakap lebih-lebih tentang hubungan ini," kata penyanyi, pelakon dan pengacara ini. -mStar

Tenungan Tajam Peminat Manohara

Khamis, 25 Jun 2009

Tak tahu lah kalau orang ini adalah body guard bagi Manohara Odelia Pinot atau pun orang sukarelawan (Laskar Merah Putih) di sana. Ketika balik (lari) dari Malaysia melalui Sinagpura. Lihat gambar ini, kelihatan mata nya sungguh menakutkan kepada para wanita-wanita, apa tah lagi Manohara yang bentuk badannya yang menarik dan seksi itu. Dalam hatinya, mungkin berbisik, alangkah baiknya kalau dapat jalan-jalan bersama Manohara Odelia Pinot di kota Jakarta nanti. Ngeh3..

Dayang Nurfaizah di Hard Rock Cafe, KL

Gambar terbaru Dayang ini diambil baru-baru ini ketika dia akan mengumumkan kepada media yang dia akan mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe pada tarikh 19 Julai 2009 nanti bersempena juga menyambut harijadinya yang ke-28 (20 Julai 1981). Jadi anda datanglah kalau tak tahu malu. Hehe. Agak-agak kekasih lama yang digossipkan tue, abang Anuar Zain, datang juga ker. Ngeh3.

Aksi Buka Baju Pelakon Lelaki

Babak apa ini, penulis tak tahu, namun ianya diambil dari keratan akhbar. Pelakon-pelakon seperti Faizal AF4, Leez, Nadia dan juga Abby Aziz. Digandingkan berdua sambil berpegangan tangan dengan satu cubaan bagi pelakon wanita apabila menatap badan yang tidak diselaputi oleh baju atau dalam bahasa 'bilik' iaitu nampak puting dan lubang pusat. Lainlah si Faizal, lihat sahaja Leez, berbulu dan boroi badan tue. Ngeh3.

Diana Danielle di Super Japan GT Championship

Gambar selepas dari PLKN nampaknya sedikit sahaja berubah tidak dari warna kulit, tapi badannya yang sudah sedikit berisi. Warna kulit tetap maintain lagi, tak gelap (hangus). DD juga minat permotoran, manakan tidak dia kan dah pernah membintangi filem yang bermotifkan permotoran, jadi ketagihan tue dah kira ada dah. DD pergi Sepang tengok Super Japan GT Championship dengan saper erk? keluarga atau dengan pacar baru. Ngeh3..

Isteri Yassin Nafi Yassin Gila

Isteri penyanyi Yassin (Mimpi Laila, Salasabila), Sharifah Eena Houzyama Syed Mokhsain, 31, menafikan suaminya itu kini berada dalam keadaan tertekan dan menghadapi masalah mental sehingga dimasukkan ke hospital, baru-baru ini.

"Sebagai isteri, saya lebih tahu keadaan suami saya. Dia tidak mengalami sebarang masalah dan kehidupan kami macam biasa sahaja. Semua itu hanya andaian dan gosip semata-mata," kata Eena.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas gosip yang mendakwa Yassin, 34, selepas tersebar gosip mengatakan Yassin mengalami masalah stress dan tekanan mental sehingga dia terpaksa dibawa ke sebuah hospital di ibu negara untuk mendapatkan rawatan. Kemudian penyanyi itu dikatakan menulis dengan bahasa yang kurang enak di ruangan status, laman blog Facebook beliau.

"Bagi saya apa yang Yassin catat dalam status Facebook itu adalah luahan rasa dan apa yang terlintas di fikirannya. Saya rasa sesiapa saja yang ada Facebook akan melakukan perkara serupa. Tapi disebabkan Yassin menulisnya, ia menjadi satu isu. Lagipun setahu saya, dia tak menulis kata-kata yang mengutuk atau mencarut. Saya senang saja, kalau tak suka jangan baca. Tutup cerita.
"Bagi saya artis juga adalah manusia biasa. Mereka punyai perasaan. Kadang-kadang dia rasa macam ini, kadang-kadang mereka rasa macam tu. Samalah juga seperti suami saya. Dia hanya menulis apa yang dirasainya," ulas Eena lagi. -Murai

Dang Suria & Ad Samad Nikah Akhir Jun

Rabu, 24 Jun 2009

Selepas tujuh bulan menjalin hubungan cinta, pengacara Dang Suria Zainordin (Suria) dan penulis lirik prolifik, Ahmad Shah Adrian A Samad (Ad Samad) mengambil keputusan untuk bernikah, akhir Junini.

Pengacara rancangan Awani Pagi itu mengesahkan perkara itu sewaktu dihubungi di sini, kelmarin (23/6).

Jelas Suria, majlis dirancang diadakan secara sederhana dan lebih penting bagi mereka adalah perkara wajib iaitu majlis pernikahan.

“Tiada persandingan dirancang dan majlis resepsi membabitkan keluarga terdekat dan rakan rapat dilakukan sejurus pernikahan selesai. Saya cuba memastikan tiada pembaziran berlaku sepanjang majlis berlangsung,”katanya.
“Hendak diikutkan kami sudah mengenali sejak kecil. Tidak dinafikan di zaman remaja kami pernah bercinta, tetapi selepas saya berpindah hubungan antara kami terputus.
“Waktu itu kami tinggal berhampiran iaitu saya di Taman Melawati, Hulu Klang dan Ad Samad bersama keluarganya menetap di Taman Permata. Sekolah kami juga berhampiran iaitu saya di Convent Bukit Nanas (CBN) dan dia di St John’s Institution.
“Bagaimanapun, ia boleh dianggap cinta monyet tetapi tidak sangka ditemukan kembali apabila masing-masing sudah berpisah dan hidup sendiri,” katanya
Pertemuan semula tahun lalu dalam satu majlis, jelas Suria, menyebabkan hubungan mereka kembali terjalin.
“Waktu itu perbualan kami berkisar mengenai perkembangan masing-masing tetapi Ad Samad terlebih dulu bertanyakan mengenai diri saya sama ada masih hidup sendiri atau sebaliknya?
“Terkejut juga dengan pertanyaan itu. Begitupun sewaktu bertanya nampak dia seperti teragak-agak dan sebagai ibu tunggal saya tidak terlalu memikirkan mengenainya.
“Kami sempat bertukar nombor telefon dan ternyata ia bukan pertemuan terakhir kerana kami sering berhubungan selepas itu. Sepanjang kami kembali berkawan saya lihat Ad Samad begitu mengambil berat mengenai diri mahupun anak perempuan saya, Sara Kadeja (8tahun),” katanya. -myMetro

Ika AF6 di Tasek Dayang Bunting

Sudah lama tidak mendengar khabar Ika AF6. Kali terakhir Ika digossipkan apabila dia dan someone bercium. Tapi itu kisah lama, dan tiada pengakuan rasmi dar empunya badan. Kiranya kes tue dah tiada penjelasan. Gambar di bawah saat Ika sendang bercuti di Tasek Dayang Bunting di Pulau Langkawi, baru-baru ini. Lihat sahaja pakaiannya, siap dah pakai pakaian dalam lagi tue, tinggal nak terjun jer nampaknya. Ngeh3. Tapi siapa yang ambil gambar Ika ni????