Pada:
Sabtu, 27 Jun 2009


Diingatkan kekusutan diantara Lan dan anggota MUH yang lain sudah diselesaikan. Malah Lan pernah berjanji akan berubah. Tetapi selepas beberapa bulan, terbaca pula cerita dia kembali kepada perangai lama. Ada juga terdengar khabar angin yang dia tidak senang dengan cara pengurusan band.
Sebelum ini, apabila diajukan soalan apa sebenarnya masalah Lan, pengurus MUH Kimi memberitahu, Lan tidak pernah berkongsi masalah peribadinya dengan dia atau mana-mana anggota MUH.
Ceritanya lagi, sebelum ini sudah beberapa kali Lan meluahkan hasrat untuk bergerak solo. Oleh itu, bila dihantarnya satu SMS kepada Kimi pada 23 Mei lalu (hari berlangsungnya Majlis Penyampaian Hadiah ABPBH08 dimana dia gagal menghadirkan diri), memaklumkan itu mungkin minggu terakhirnya bersama MUH, kerana katanya dia mempunyai peluang yang baik dan ingin fokus pada kerjanya, Kimi dan anggota MUH lain tidak mengambilnya begitu serius. -Gua
Tag : Berita Artis , Lagu Mp3 , Lan MUH , Meet Uncle Hussain