Dang Suria & Ad Samad Nikah Akhir Jun

Pada: Rabu, 24 Jun 2009
Selepas tujuh bulan menjalin hubungan cinta, pengacara Dang Suria Zainordin (Suria) dan penulis lirik prolifik, Ahmad Shah Adrian A Samad (Ad Samad) mengambil keputusan untuk bernikah, akhir Junini.

Pengacara rancangan Awani Pagi itu mengesahkan perkara itu sewaktu dihubungi di sini, kelmarin (23/6).

Jelas Suria, majlis dirancang diadakan secara sederhana dan lebih penting bagi mereka adalah perkara wajib iaitu majlis pernikahan.

“Tiada persandingan dirancang dan majlis resepsi membabitkan keluarga terdekat dan rakan rapat dilakukan sejurus pernikahan selesai. Saya cuba memastikan tiada pembaziran berlaku sepanjang majlis berlangsung,”katanya.
“Hendak diikutkan kami sudah mengenali sejak kecil. Tidak dinafikan di zaman remaja kami pernah bercinta, tetapi selepas saya berpindah hubungan antara kami terputus.
“Waktu itu kami tinggal berhampiran iaitu saya di Taman Melawati, Hulu Klang dan Ad Samad bersama keluarganya menetap di Taman Permata. Sekolah kami juga berhampiran iaitu saya di Convent Bukit Nanas (CBN) dan dia di St John’s Institution.
“Bagaimanapun, ia boleh dianggap cinta monyet tetapi tidak sangka ditemukan kembali apabila masing-masing sudah berpisah dan hidup sendiri,” katanya
Pertemuan semula tahun lalu dalam satu majlis, jelas Suria, menyebabkan hubungan mereka kembali terjalin.
“Waktu itu perbualan kami berkisar mengenai perkembangan masing-masing tetapi Ad Samad terlebih dulu bertanyakan mengenai diri saya sama ada masih hidup sendiri atau sebaliknya?
“Terkejut juga dengan pertanyaan itu. Begitupun sewaktu bertanya nampak dia seperti teragak-agak dan sebagai ibu tunggal saya tidak terlalu memikirkan mengenainya.
“Kami sempat bertukar nombor telefon dan ternyata ia bukan pertemuan terakhir kerana kami sering berhubungan selepas itu. Sepanjang kami kembali berkawan saya lihat Ad Samad begitu mengambil berat mengenai diri mahupun anak perempuan saya, Sara Kadeja (8tahun),” katanya. -myMetro

Tag : ,