Pada:
Sabtu, 27 Jun 2009


"Syukur alhamdulillah. Saya gembira dapat melihat wajah anak-anak saya. Memang agak kecewa kerana tidak dapat bersalin normal kerana doktor kata ada komplikasi. Tetapi atas nasihat doktor saya terpaksa melahirkan anak secara pembedahan caesar" luah anak sulung kepada pelakon dan guru lakonan Fatimah Abu Bakar.

"Setakat ini, nama untuk bayi dah ada, cuma belum ‘finalise’ lagi," jelas Leya.Keceriaan jelas terpancar menerusi nada suara Leya yang kini telah menyandang gelaran ibu.

Tambahnya, "Saya sudah tak sabar untuk galas tanggungjawab sebagai ibu."Leya mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Ashraf Aasimudin, 29, pada Disember 2007. -mStar
Tag : Anak Artis , Berita Artis , Pelakon , Sharifah Aleya