Pada:
Jumaat, 26 Jun 2009
Hanya setelah beberapa kali menyelami hati gadis berusia 24 tahun ini, barulah Farah 'memberanikan' diri berbicara tentang cinta.
Sambil tersenyum, anak ketiga daripada enam beradik ini akui sedang 'bahagia' dengan seorang jejaka yang sudah dikenalinya sejak empat tahun lalu.

"Mula-mula berkawan dulu, kami sekadar kawan biasa. Tetapi sejak tiga tahun lalu, hubungan kami semakin serius. Malah, abah dan ahli keluarga juga mengenalinya.
"Abah yang banyak tahu tentang hubungan ini sebenarnya kerana saya memang rapat dengan abah. Memang kalau boleh saya tidak mahu dedahkan sangat tentang perkara ini...tak mahulah orang cakap yang bukan-bukan," tutur anak jati Kuala Lumpur ini dalam nada ceria.
Ujar Farah, jejaka yang sebaya dengannya itu tidak langsung terlibat di dalam industri hiburan. Namun, apa yang menyenangkan hati Farah ialah kerana 'si dia' itu cukup memahami karier seninya."Senang berkawan dengan dia, mungkin kerana kami pun sudah lama mengenali antara satu sama lain. Tapi, saya belum sampai ke tahap untuk berfikir tentang perkahwinan lagi buat masa ini.
"Masih terlalu awal. Biar saya fokus dulu terhadap kerja-kerja saya. Lagipun saya ni perempuan, tak elok pula cakap lebih-lebih tentang hubungan ini," kata penyanyi, pelakon dan pengacara ini. -mStar
Tag : Akademi Fantasia , Artis Bercinta , Farah AF2 , Tudung Farah

