Isteri Yassin Nafi Yassin Gila

Pada: Khamis, 25 Jun 2009
Isteri penyanyi Yassin (Mimpi Laila, Salasabila), Sharifah Eena Houzyama Syed Mokhsain, 31, menafikan suaminya itu kini berada dalam keadaan tertekan dan menghadapi masalah mental sehingga dimasukkan ke hospital, baru-baru ini.

"Sebagai isteri, saya lebih tahu keadaan suami saya. Dia tidak mengalami sebarang masalah dan kehidupan kami macam biasa sahaja. Semua itu hanya andaian dan gosip semata-mata," kata Eena.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas gosip yang mendakwa Yassin, 34, selepas tersebar gosip mengatakan Yassin mengalami masalah stress dan tekanan mental sehingga dia terpaksa dibawa ke sebuah hospital di ibu negara untuk mendapatkan rawatan. Kemudian penyanyi itu dikatakan menulis dengan bahasa yang kurang enak di ruangan status, laman blog Facebook beliau.

"Bagi saya apa yang Yassin catat dalam status Facebook itu adalah luahan rasa dan apa yang terlintas di fikirannya. Saya rasa sesiapa saja yang ada Facebook akan melakukan perkara serupa. Tapi disebabkan Yassin menulisnya, ia menjadi satu isu. Lagipun setahu saya, dia tak menulis kata-kata yang mengutuk atau mencarut. Saya senang saja, kalau tak suka jangan baca. Tutup cerita.
"Bagi saya artis juga adalah manusia biasa. Mereka punyai perasaan. Kadang-kadang dia rasa macam ini, kadang-kadang mereka rasa macam tu. Samalah juga seperti suami saya. Dia hanya menulis apa yang dirasainya," ulas Eena lagi. -Murai

Tag : , , ,