Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Irma Hasmie kini bertudung

Isnin, 14 Mac 2011

Informasi yang baru dan segar diterima ini melalui Twitter milik Wardina. Kata Wardina dalam Twitter berkenaan seolah-olah memberitahu kita yang pelakon a.k.a. bekas Nabil RL ni dah mula bertudung. Baguslah kalau macamtu, sejuk telinga mendengar atas perubahan besar terhadap diri Irma ni. Ini baru omong-omong jerk, tunggulah nanti penampilan Irma di drama/filem ataupun media. Mungkin ini saranan kekasih baru Irma tak, agak jerk. Hihi.

Inikah kekasih Syamsul Yusof?

Ahad, 13 Mac 2011

Tak dapat dipastikan pula gambar ni dimana dan siapa gerangan perempuan yang bersama pengarah muda, Syamsul Yusof. Perempuan ni nampak cantik, cun dan ada pakej pula tu. Kalau betul lah ini kekasih baru Syamsul, memang cocok dan sepdanlah, macam pinang dibelah lapan. Tunggu dan lihat sahajalah, ada juga 'statement' Syamsul tu. Tapi kat media lah, dalam pencarian Facebook dan Twitter, Syamsul kelihatan belum lagi 'Sign-up'. Zzz.

Hafiz AF, Fifi Azman putus cinta!

Sabtu, 12 Mac 2011

Hafiz AF pernah dikaitkan bercinta dengan seorang pelakon,Fifi Azman. Aksi mesranya di dalam beberapa keping gambar yang tersebar di ruangan internet membuktikan ada hubungan istimewa antara mereka berdua biarpun kedua-duanya cuba menyangkal perkara itu. Menurut Hafiz hubungan mereka kini hanya sebagai teman sahaja.

"Dulu saya tidak pernah mengaku tentang hubungan saya dan dia, mungkin kerana fikirkan soal cinta, tapi sekarang ini secara jujurnya saya mengaku bahawa kami pernah bercinta beberapa bulan yang lalu, tetapi sekarang ini sudah pun berpisah.

"Sebab perpisahan? Tak perlulah saya jelaskan, yang penting kami masih lagi berhubung dan berkawan. Saya mengenali Fifi sebelum saya menyertai AF8 lagi. Setelah lama berkawan, barulah kami ambil keputusan untuk bercinta, tapi malangnya hubungan itu tidak lama.

"Semua orang pernah bercinta, begitu juga dengan saya sekarang, cuma saya masih belum bersedia untuk umumkannya pada umum. Lagipun umur saya baru sahaja menjangkau 21 tahun, jadi tak manis kalau asyik bercerita soal cinta," luah Hafiz kepada ManggaOnline.

Fizz Fairuz buat lawak masa Tsunami Jepun

Kita sebagai rakyat perihatin, seharusnya memberikan doa dan semangat kepada negara Jepun terutama kepada mangsa kejadian Tsunami yang berlaku kelmarin. Namun syukurlah Negara kita tidak terkena tempias akibat kejadian berkenaan. Walaupun ada khabar angin mengatakan air akan pasang sekitar jam 6 sehingga 12 tengahmalam di perairan pantai Sabah. Namun lain pula kisah seorang artis kita ni, Fizz Fairuz yang sempat buat lawak update statusnya di laman Twitter. Nak gelak, rasanya kurangg sopan pula. Seharusnya kita bersimpati. Zzz.

Gambar anak Lisdawati, Fauzi Nawawi

Jumaat, 11 Mac 2011

Pasangan selebriti yang bergelar bersuami isteri, Lisdawati dan Fauzi Nawawi kini sangat bahagia dengan anak-anak mereka. Anak mereka yang kini udah besar-besar kelihatan comel sekali. Anak mereka kini berusia diantara 2-3 tahun. Rasanya dah 2 tahun penulis tak tengok anak mereka berdua ni. Mungkin sibuk dengan kerjaya sampai tak sempat nak buat sesi bergambar dengan media. Yang ni pun diambil ketika sidang akhbar Lisdawati dengan samannya terhadap Nadia. Mungkin hujung minggu, jadi bawa anak sekali kot. Hehe. Apa-apa pun layan dulu k. -gambar mStar

Gambar Maya Karin, Remy Ishak di pelancaran CUN

Filem Cun kini telah melancarkan kempen promosi besar-besaran. Baru-baru ni di GSC Berjaya Times Square, selebriti dan juga krew-krew filem berkenaan dengan jayanya telah membuat prebiew untuk filem berkenaan. Filem yang akan ditayangkan pada 31 Mac 2011 nanti bakal menampilkan Remy Ishak dan juga Maya Karin sebagai pelakon utama. Biasa lah pelakon utama ditambah dengan gosip yang melanda, mereka berdua kena serbu peminat ketika prebiew berkenaan. Remy dengan Maya pun apa lagi posing2 lah.

Deja Moss biadap! -Farahdhiya

Farahdhiya menyifatkan penyanyi Deja Moss merupakan seorang pelakon senior yang tidak layak untuk dihormati. Disebabkan kejadian pada pementasan teater Terima Kasih Cinta (TKC) Sabtu lalu di mana Deja Moss telah memesan sebanyak 10 jambangan bunga untuk diberikan kepada pelakon-pelakon utama teater tersebut sempena penutup pementasan berkenaan.

"Kebetulan pula ketika habis pementasan Deja berdiri di sebelah saya dan saya tanya pada dia, siapa yang beribunga itu? Dan Deja kata, “saya yang beri”. Kerana tidak sedar dengan apa yang berlaku, saya terus mengucapkan terima kasih kepadanya kerana saya bermati-matian menyangka Deja memberikannya untuk saya.

Kemudian, bila saya dan Norish berehat di bilik bersama, tidak sangka pula Deja menyuruh Tony mengambil jambangan bunga itu semula kerana ia bukan milik kami. Tak ke nampak kelakar apabila Deja berkelakuan sebegitu? Sebenarnyasaya tak rasa malu langsung seperti yang dia mahu lakukan. Tetapi saya malu melihat diri dia yang berkelakuan seperti kanak-kanak.

Saya tak sangka dan terkejut, seorang pelakon senior buat macam itu. Memang sejak kejadian itu saya tidak lagi menghormati mahupun mahu menegur dia. Memang sehingga kini saya berasa bingung dengan apa yang dia lakukan dan menganggap Deja sebagai tidak beradab. Tambah pula, industri seni kita bukannya besar mana kerana kita selalu akan bertentang mata. Jika benarlah niat dia mahu malukan kami berdua, Tuhan maha adil. Deja boleh teruskan perbuatan itu tetapi bukan kepada saya.

Jangan pula ingat saya sengaja ingin hebohkan hal ini? Saya bercerita pun selepas pihak media yang tanya," -kata Farahdhiya kepada mStar
ps:/ setiap masalah ada caranya untuk diselesaikan. selesaikan dengan bertentang mata, insyallah masalah dapat diselesaikan. Peace!

Gambar Shahir terbaru selepas 'menghilang'

Khamis, 10 Mac 2011

Pada 7 Mac yang lalu, AF ke-9 sudah mula dirasmikan. Dan disitulah semua juara dan naib juara yang segelintirnya turut hadir memeriahkan suasana ketika itu. Tidak ketinggalan juara AF yang terbaru, Shahir. Mungkin ramai yang merindui Shahir sebab sebelum ini Shahir mempunyai beban masalah pribadi yang dia sendiri dikatakan menghidap penyakit. Disebabkan itulah, Shahir mengurangkan jadual hariannya. Namun gambar dibawah ini dapat memberikan anda semangat besar, dan mengetahui jelas bahawasanya Shahir masih lagi segak, tampan, dan bertenaga. Cewah~ -Gambar Budiey

SHAHIR

SHAHIR

SHAHIR

SHAHIR

SHAHIR

Aznil Hj Nawawi pengacara Akademi Fantasia ke-9!!

Selepas meninggalkan Akademi Fantasia (AF) selama tiga tahun sejak 2007 dan bermula dengannya pada tahun 2003 selama 5 tahun, pengacara nombor satu negara, yang tidak asing lagi dan awet muda gitue, Aznil Nawawi kini kembali mengacarakan musim ke-9 Akademi Fantasia yang terakhir itu. Sejak Aznil meninggalkan AF dulu, korang perasan tak rating program tu semakin menurun. Mungkin sebab 'magnet' Aznil yang membuatkan program itu ramai penonton tak.

“Saya sedar ramai yang akan mempersoalkan kedudukan saya selepas saya menarik diri daripada AF pada 2007. Tetapi, saya harus akui AF meninggalkan impak yang cukup besar dalam karier saya. Apabila Astro memberitahu ini merupakan AF yang terakhir, saya fikir saya harus melakukannya kerana nostalgia AF memang cukup indah,” kata Aznil kepada Utusan.

Maya Karin nafi bercinta dengan Datuk Seri Effendi

Terkejut dan ketawa besar Maya Karin apabila diajukan gosip yang tersebar luas mengenai dirinya yang dikaitkan bersama Datuk Seri Effendi Norwawi. Maya memberitahu tidak mungkin gosip tersebut adalah satu realiti terhadap dirinya. Malah anak kelahiran Jerman ini mengakui gosip tersebut sebagai tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

"Mana mungkin saya ada hubungan dengan Datuk Seri Effendi. Memang tak logik kerana saya sendiri memang berkawan baik dengan anaknya, Elyna. Malah, saya juga selalu melepak di rumah Elyna. Takkanlah saya nak buat macam itu. Saya dan Elyna sangat rapat. Kami juga berkawan rapat dengan Jeslina Hashim dan beberapa lagi kawan perempuan yang lain.Tak mungkin saya akan tergamak bercinta dengan bapa kawan sendiri dan suami orang pula itu. No way!.

"Saya tak mungkin akan berkawan dengan suami orang. Semua orang tahu Datuk Seri itu suami kepada Datin Seri Tiara Jacquelina dan saya harap sangat orang yang menyebarkan gosip itu berfikir dua atau tiga kali sebelum menyebarkannya. Saya sendiri kenal baik dengan Datin Seri Tiara dan cerita ini sangat mengarut," jelasnya. -sumber Murai

Gambar Lisa Surihani waktu kanak-kanak

Rabu, 9 Mac 2011

Memang zaman kanak-kanak merupakan saat yang dipanggil orang saat kecomelan. Setiap kanak-kanak mesti comel. Kalau makin besar makin comel, itu dah kira satu bonus. Tapi kalau jadi 'SM' itu satu takdir. Hehe. Nak tengok zaman comel Lisa Surihani yang sememangnya comel tak? tengoklah betapa comelnya Lisa di waktu kecilnya. Tip top bila Lisa dah dewasa, nampak masih lagi kecomelannya. Masa Lisa kecil pakai spek, apasal bila dewasa dah tak pakai erk, tak sedar pula kalau Lisa pakai contact lens. Zzz. Apa-apa pun korang layan lah dulu ya. Kerja pejabat jangan diabaikan pula. Haha.

Lan Pet Pet sorok bini, ikut macam Rosyam Nor

Siapa tidak kenal dengan pelawak terkenal tempatan, Lan Pet Pet. Tapi tidak ramai yang tahu mengenai rumahtangga Lan kan. Tapi minta maaflah yer, Lan tak mahu menceritakan hal rumahtangga, isteri dan keluarganya kepada umum sebab Lan takut “ada orang dengki”. Dan ini semua atas permintaan ibu Lan sendiri. Nanti silap hari bulan, ada orang nak pecah belahkan rumahtangga, kan naya tue. Macam abang Rosyam Nor lah ni, Lan jadikan Abang Rosyam icon ke? hehe.

Mungkin ada yang masih tidak tahu, si Lan ni dah punya isteri. Lan berkahwin dengan adik Rozita Che Wan yang bernama Rubytah Abu Bakar @ Che Wan tarikh pada 20 Ogos 2008. Sykurlah kata Lan, Ruby sangat memahami kerjaya Lan, memandangkan Ruby sendiri sibuk dengan aktiviti kerjaya sebagai pereka fesyen. Semoga Lan bahagia dengan keluarga yang tersayang. -sumber mStar

Gambar perkahwinan adik dato' Siti Nurhaliza

Mungkin adik Siti Nurhaliza yang bernama Muhammad Ali yang berusia nak 30 tue kot yang nikah. Sebab kurang info mengenai gambar ni. Sekadar gambar yang diberikan kepada penulis. Tapi penulis 'confirm'kan yang Muhammad Ali lah yang kahwin tu. Hehe. Seperti biasa, seluruh ahli keluarga Siti termasuk suami, Datuk K, Saerah dan Saida serta suaminya turut hadir. Apa-apa pun semoga berbahagia kepada adik Siti sehingga selamanya.







































Kes perceraian Benjy selesai, dadah belum lagi..

Selasa, 8 Mac 2011

Khaeryll Benjamin (Benjy) yang dikawal ketat pak polisi, bertemu dengan ibunya, Azean Irdawaty dan juga isterinya, semasa hadir di mahkamah bagi mendengar tuntutan cerai dikemukakan isteri Benjy, Safiya Stephence Kar Leng Lee, di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur kelmarin 7 Mac 2011. Kata isteri Benjy, Benjy sudah melafazkan talak pada Julai tahun 2008 (aku ceraikan dengan talak satu), namun Benjy melafakan kata-kata rujuk kembali selepas 13 jam kemudian (“I’m rujuk-ing”).

Namun berita gembira buat Benjy dan keluarganya, mahkamah Syariah memutuskan lafaz rujuk itu sah dan mereka berdua masih lagi suami isteri. Tidak dipastikan apa punca utama Benjy melafazkan kata-kata perceraian berkenaan. Kirannya kes cerai ini sudah selesai, namun kes dadah Benjy masih lagi dalam proses.. Zzz