Hafiz AF, Fifi Azman putus cinta!

Pada: Sabtu, 12 Mac 2011
Hafiz AF pernah dikaitkan bercinta dengan seorang pelakon,Fifi Azman. Aksi mesranya di dalam beberapa keping gambar yang tersebar di ruangan internet membuktikan ada hubungan istimewa antara mereka berdua biarpun kedua-duanya cuba menyangkal perkara itu. Menurut Hafiz hubungan mereka kini hanya sebagai teman sahaja.

"Dulu saya tidak pernah mengaku tentang hubungan saya dan dia, mungkin kerana fikirkan soal cinta, tapi sekarang ini secara jujurnya saya mengaku bahawa kami pernah bercinta beberapa bulan yang lalu, tetapi sekarang ini sudah pun berpisah.

"Sebab perpisahan? Tak perlulah saya jelaskan, yang penting kami masih lagi berhubung dan berkawan. Saya mengenali Fifi sebelum saya menyertai AF8 lagi. Setelah lama berkawan, barulah kami ambil keputusan untuk bercinta, tapi malangnya hubungan itu tidak lama.

"Semua orang pernah bercinta, begitu juga dengan saya sekarang, cuma saya masih belum bersedia untuk umumkannya pada umum. Lagipun umur saya baru sahaja menjangkau 21 tahun, jadi tak manis kalau asyik bercerita soal cinta," luah Hafiz kepada ManggaOnline.

Tag : , , , ,