Lan Pet Pet sorok bini, ikut macam Rosyam Nor

Pada: Rabu, 9 Mac 2011
Siapa tidak kenal dengan pelawak terkenal tempatan, Lan Pet Pet. Tapi tidak ramai yang tahu mengenai rumahtangga Lan kan. Tapi minta maaflah yer, Lan tak mahu menceritakan hal rumahtangga, isteri dan keluarganya kepada umum sebab Lan takut “ada orang dengki”. Dan ini semua atas permintaan ibu Lan sendiri. Nanti silap hari bulan, ada orang nak pecah belahkan rumahtangga, kan naya tue. Macam abang Rosyam Nor lah ni, Lan jadikan Abang Rosyam icon ke? hehe.

Mungkin ada yang masih tidak tahu, si Lan ni dah punya isteri. Lan berkahwin dengan adik Rozita Che Wan yang bernama Rubytah Abu Bakar @ Che Wan tarikh pada 20 Ogos 2008. Sykurlah kata Lan, Ruby sangat memahami kerjaya Lan, memandangkan Ruby sendiri sibuk dengan aktiviti kerjaya sebagai pereka fesyen. Semoga Lan bahagia dengan keluarga yang tersayang. -sumber mStar

Tag : , , ,